Kenapa terdapat banyak perbezaan daya juang di antara sejenis ikan dengan ikan yang lain bila terkena pancing?
Ini merupakan antara soalan yang sering bermain di dalam fikiran saya.
Bahagian ini diwujudkan untuk mengumpulkan artikel-artikel berkaitan ilmu memancing disepanjang apa yang saya belajar, terutama mengenai casting dan gewang.
Semoga bermanfaat!

Apakah warna soft plastic yang paling killer?
Kalau mahukan satu jawapan yang jujur, sebenarnya tiada satu warna yang akan sentiasa menjadi. Warna yang disambar hari ini mungkin langsung tidak dipedulikan esok walaupun kita memancing di lubuk yang sama.
Ini bukan bermaksud warna tidak penting. Warna tetap boleh membantu ikan mengesan atau meyakini gewang kita. Cuma keberkesanannya bergantung pada cahaya, kejernihan dan warna air, kedalaman, latar belakang, spesies sasaran serta cara gewang itu dipersembahkan.
Bagi sesetengah pemancing, kriteria gewang bising atau silent adalah suatu perkara yang dianggap kurang penting.
Selalunya, kebanyakkan orang lebih mementingkan faktor warna dan kedalaman renangan gewang sebagai panduan pemilihan gewang yang hendak diguna.
Tapi sebenarnya, faktor bunyi agak penting juga (pada saya)
Gewang yang berbunyi (bergemerincing) atau silent (senyap), memainkan peranan penting untuk menarik perhatian ikan dan seterusnya mengundang strike.

Apa yang anda faham mengenai spool pada baitcaster (bc) anda?
kita mungkin mudah tersilap menganggap bahawa gelendung (spool) untuk semua baitcaster adalah sama.
Disamping berfungsi menyimpan tali pada reel, spool juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi balingan dan keupayaan sesuatu reel.
Saiz spool, berat, kedalaman, kelebaran dan rekabentuk serta jenis rotor memberikan pengaruh besar terhadap fungsi dan potensi sesebuah reel.
[su_dropcap style=”flat” size=”3″]A[/su_dropcap]ntara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna soft plastics (SP) adalah ia sering terlorot daripada jighead atau matakail.
Masalah ini bukan sahaja akan membuatkan SP cepat rosak, malah menjejaskan persembahannya apabila beraksi di dalam air
Di sini ada satu kaedah untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku yang dikongsikan oleh sifu Badrulhisyam Badrulhisyam.
Sila rujuk gambar di bawah: