Cara Menggayakan Gewang Soft Plastic: 5 Teknik Asas untuk Beginner

Siakap merah yang dipancing menggunakan gewang soft plastic jenis minnow

Permainan soft plastic nampak mudah: pasang pada jighead, baling, kemudian karau. Tetapi bila gewang sudah masuk ke dalam air, ramai yang baru nak mula terus tertanya-tanya — berapa laju perlu dikarau, sedalam mana perlu dibiarkan tenggelam, dan bagaimana hendak tahu sama ada gewang sedang berenang dengan betul?

Sebenarnya, menggayakan soft plastic bukan tentang menghafal satu rentak yang kononnya sesuai untuk semua keadaan.

Kuncinya ialah memahami di mana gewang berada, apa yang sedang ditirunya dan bagaimana ikan bertindak pada hari tersebut.

Dalam panduan ini saya akan tunjukkan lima teknik asas yang saya gunakan untuk memainkan soft plastic: karauan lurus, retrieve & drop, lift & drop, seretan dasar serta twitching dan jerking.

Setiap teknik akan diterangkan bersama situasi yang sesuai, langkah melakukannya, tanda sambaran dan pelarasan yang boleh dibuat jika ikan tidak memberi respons.

Panduan ini dibina daripada pengalaman saya sendiri menggunakan soft plastic untuk spesies seperti siakap merah, kerapu dan anak GT.

Ia bukan formula mutlak. Arus, kedalaman, struktur dasar, bentuk gewang dan spesies sasaran tetap akan mempengaruhi hasil.

Baca Sepenuhnya

Memahami Aksi Renangan Gewang Selaman

aksi renangan gewang megabass DeepX 201

Pemancing yang cemerlang dengan gewang biasanya akan buat dua perkara dengan bagus:

  • Pertama sekali, mereka memahami aksi setiap gewang yang memberi mereka hasil.
  • Kedua, mereka bijak menyesuaikan aksi renangan gewang dengan keperluan dan situasi padang pancing.

Tetapi anda mungkin tertanya-tanya:

[su_quote url=” “]

Bagaimanakah saya boleh tahu dan faham setiap perbezaan aksi renangan gewang yang sesuai dengan keperluan saya?

[/su_quote]

Hari ini saya akan perkara ini mudah untuk anda.

Apa yang anda hanya perlu adalah luangkan masa beberapa minit untuk memahami setiap jenis aksi renangan gewang dalam artikel dibawah:

Baca Sepenuhnya

Review: Kelebihan Dan Keburukan DRAVE custom handle

Kelebihan Dan Keburukan DRAVE custom handle

[su_note note_color=”#F4f4f4″]

Disclaimer:

Review ini ditulis secara telus untuk berkongsi pengalaman dengan orang ramai. Saya tidak mendapat apa-apa insentif dari mana-mana pihak. Harap maklum.

[/su_note]

Selalunya ada tiga sebab untuk kita menukar handle asal reel:

  1. Mengurangkan berat
  2. Penampilan lebih cantik
  3. keselesaan

Macam pakai kereta, kita pasti tidak akan tertahan untuk menukar sport rim. Begitu juga dengan reel, mana tahan tengok handle yang cantik-cantik. Kan?

Tetapi adakah berbaloi untuk menukar handle atas alasan penampilan luaran semata-mata?

Baca Sepenuhnya

Apa Kriteria Dalam Memilih Dan Menukar Gewang Yang Berkesan?

menukar gewang berkesan dan killer
Gewang yang sama, tetapi varian warna yang berbeza – adakah ia akan memberikan impak yang berbeza kepada ikan?

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi panduan komprehensif mengenai pemilihan dan penukaran gewang yang berkesan dalam aktiviti memancing. Bagi pemancing yang ingin meningkatkan hasil tangkapan, memahami kriteria pemilihan gewang adalah langkah penting.

Artikel ini akan membincangkan faktor-faktor seperti keadaan air, tingkah laku ikan, dan teknik penggunaan gewang yang sesuai.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pengalaman, sila tinggalkan komen di bawah.

Pengenalan

Mungkin anda pernah terdetik dalam hati:

Mengapa gewang ‘killer’ saya tidak menjadi pada hari ini?

Ini adalah salah satu persoalan yang sentiasa bermain difikiran saya sebelum ini.

Adakalanya gewang yang saya gunakan sangat berkesan, dan pada waktu lain pula ia langsung tidak dipedulikan sang ikan.

Baca Sepenuhnya