Benarkah Ikan Tak Makan Bila Tiada Arus?

Adakah ikan tidak makan jika tiada arus

Dalam dunia memancing, pepatah “tiada arus, tiada ikan” bukan sekadar ungkapan biasa, tetapi sudah menjadi seperti pegangan yang diterima ramai.

Bayangkan senario ini: seorang pemancing tiba di sebuah lokasi muara yang berpotensi, menyasarkan spesies seperti siakap atau siakap merah.

Namun, apabila melihat keadaan air yang tenang tidak bergerak atau ‘air mati’, pemancing tersebut biasanya akan terus membuat kesimpulan bahawa dia akan kumpau pada hari itu.

Kepercayaan yang lahir daripada pengalaman sekian lama ini menunjukkan hubungan langsung antara pergerakan air dengan selera makan ikan pemangsa.

Walau bagaimanapun, persoalannya, sejauh manakah kebenaran mutlak pepatah ini?

Adakah kita sebagai pemancing mungkin terlalu mempermudahkan dinamik ekosistem akuatik yang sebenarnya jauh lebih rumit?

Tidak mustahil sikap terlalu bergantung pada prinsip ini menyebabkan kita sering terlepas peluang keemasan.

Justeru, artikel ini akan membongkar teori ini dari sudut pandang sains, teknikal, dan pengalaman sebenar di lapangan. Kita akan mencari jawapan kepada persoalan utama: adakah kejayaan memancing benar-benar bergantung pada arus, atau ada faktor lain yang turut memainkan peranan?

Dengan pendekatan ini, diharapkan kita dapat memahami peranan sebenar arus dalam aktiviti memancing dengan lebih jelas dan menyeluruh.

Baca Sepenuhnya

Memahami Tidal Coefficient

Memahami Tidal Coefficient Untuk Memancing

Dalam artikel ini saya akan kongsikan tentang Tidal Coefficient (TC), iaitu sejenis julat nombor antara 20 hingga 120 yang sering anda lihat dalam aplikasi Nautide atau Tides4Fishing. Jika anda sudah membaca artikel saya sebelum ini mengenai pasang surut lautan dan mahu mendalami lagi bagaimana membaca angka ini untuk merancang trip memancing anda dengan lebih tepat, artikel kali ini amat sesuai untuk anda.

Dalam tulisan ini, saya akan cuba terangkan secara ringkas tetapi jelas tentang maksud sebenar TC, bagaimana ia dikira, dan paling penting, bagaimana anda boleh menggunakan TC untuk memilih waktu terbaik memancing di lokasi persisiran lautan seperti muara, pantai, dan kelong.

Untuk memudahkan anda membaca artikel ini, saya telah sediakan pautan lompat (jumplink) dalam bahagian isi kandungan. Anda hanya perlu klik pada link tersebut untuk terus ke bahagian yang anda ingin tahu.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau pengalaman yang ingin dikongsi, tinggalkan sahaja komen anda pada ruangan di bawah.

Baca Sepenuhnya

Tips Jigging Ebek Kapak Daripada Pak Wong

Jigging Ebek

Ini adalah ulangsiar perkongsian mengenai teknik dan tips jigging ebek kapak oleh Pak Wong, iaitu ketua editor Majalah Sirip dan boleh dikatakan salah seorang pemancing lagenda Malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Baca Sepenuhnya

Panduan Asas Jigging Untuk Pemula (Lengkap)

Panduan jigging Malaysia

Dalam artikel ini saya akan kongsikan tips asas jigging dan pengalaman saya memancing menggunakan jig. Jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia memancing dan memerlukan maklumat praktikal tentang jigging, mungkin artikel ini dapat membantu anda.

Dalam tulisan ini, saya akan cuba cover sebeberapa banyak perkara asas yang anda mungkin ingin tahu dan perlu tahu.

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda, saya telah menyediakan pautan lompat (jumplink) pada bahagian isi kandungan. Anda hanya perlu klik pada link tersebut untuk melompat ke bahagian yang anda ingin baca dan tahu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh meninggalkan soalan pada ruangan komen di bawah.

Baca Sepenuhnya

Deria Bau Ikan: Bagaimana Ia Berfungsi?

Deria bau ikan

Adakah ikan mempunyai deria bau? Jika ada, bagaimana deria bau ikan berfungsi?

Adakah ikan tertarik dengan sesuatu bau perisa umpan atau ia hanya membuatkan mereka menjauhkan diri?

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi apa yang pernah didedahkan oleh Dr. Mark Burdass1 berkaitan topik apa yang ikan boleh bau dan adakah perisa umpan sebenarnya berkesan atau tidak.

Baca Sepenuhnya