Peluang Untuk Bercuti & Bermalam Di Hotel Di Penang

Hotel PenangHari ni aku nak cerita pasal salah satu negeri kat Malaysia ni yang korang kena ambik tahu. Hehe.

Negeri tu ialah Pulau Pinang atau senangnya panggil Penang ni located kat utara pantai barat semenanjung, ada pulau dengan seberang perai.

Ibu negeri dia pulak George Town, Penang ni pula bersempadan dengan Kedah dan Perak.

So, memang sinonim dengan loghat utara, minum ayaq bagai

— Tu je la yang aku tau. Hehe.

Sambung cerita, populasi penang ni adalah dalam 1.75 juta orang pada tahun 2017.

Sejarah moden Penang ni start pada tahun 1786, haa masa tu Georgetown dibuka oleh mat saleh yang bernama Francis Light.

Penang ni actually part of negeri negeri selat and jadi koloni mat saleh pada tahun 1826.

Nama Penang ni asalnya dari Pulau Pinang yang merujuk kepada buah pinang tu. Bukan masuk meminang ye, gatai korang ni. Haha.

Selain tu Penang ni jugak dipanggil pulau Mutiara.

So sket pasal sejarah, masa tahun 1770an camtu, Francis Light mendarat kat Kedah sebab dia diarahkan British East India Company untuk berdagang dengan tanah Melayu pada masa itu.

Pada masa itu adalah zaman perang, maka Francis Light ni offer kat Sultan untuk supply pertolongan askar dengan syarat bagi Pulau Pinang dekat kerajaan British.

Tapi sebenarnya Francis Light ni telah berjaya memperdayakan Sultan Kedah masa tu, bila Sultan tau je, baginda cuba dapatkan balik Pulau Pinang tapi tak berjaya.

Tahun 1800an pulak masa tu Liutenant Governor Sir George Leith berjaya dapatkan seberang Perai.

Syaratnya setiap tahun masa tu diorang bagi kerajaan kedah 10000 Spanish dollars dan dibayar oleh kerajaan Malaysia juga sekarang kepada kerajaan Kedah sebanyak RM10,000.

Georgetown, ibu negeri kepada Penang dijadikan sebagai port free duty sampai la ke tahun 1960an.

Pada mulanya untuk negeri-negeri Selat, haa kalau tak tau negeri selat tu apa bukak buku teks sejarah balik ye, hehe.

Ibu negeri-negeri selat ialah Georgetown.

Selepas tu, barulah Singapore yang jadi ibu negeri untuk negeri Selat.

Pelabuhan Penang pada masa tu, dijadikan sebagai pelabuhan penting untuk British.

Maka disebabkan itu, bandar itu dijadikan sebagai eksport yang penting.

Georgetown telah evolve menjadi financial hub dengan bank dan firm yang tumbuh bak cendawan pada masa tu.

So korang boleh anggap Penang adalah tempat yang agak maju ketika tu.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penang diperintah oleh tentera British sehingga tahun 1946.

Pada tahun 1948 Penang dimasukkan ke dalam persekutuan Malaya, and sebenarnya pada mulanya orang-orang Penang majoritinya tak setuju diserapkan ke dalam Malaya namun British tetap nak masuk gak.

Kalau tak sekarang ni kita nak masuk Penang pun kena pakai passport. Hahaha.

Korang tau menara Komtar tak?

Ia dibina pada tahun 70an.

Menara ni boleh dikatakan pada masa tu menara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Lepas tu antara achievement besar yang dicapai ialah Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985.

Pada masa tu boleh lagi kita amek gambar kat jambatan tu, skang ni kalau nak amek gambar dah takleh sebab bahaya.

Makin banyak kereta kan sekarang ni so kerajaan tak benarkan. Amek gambar jauh-jauh je la ye geng.

Antara yang menyumbang ekonomi juga adalah Bayan Lepas Free Industrial Zone, dan ramai oanggilnya sebagai Silicon Valley of the East.

Korang tau tak pada tahun 2004, tahun yang agak sedih bagi untuk negara kita.

Kita dilanda tsunami yang attack sebahagian Pulau Pinang yang menggugat sebanyak 52 nyawa. Memang sedih masa tu.

Georgetown pada masa tahun 2008 telah dipilih sebagai World Heritage oleh UNESCO.

Menarikkan sejarah Penang ni?

So apa nak ditunggu lagi, korang pergilah bercuti kat sana.

Taktau camne nak book Penang hotels

Korang boleh gunakan apps Traveloka yang useful, user friendly dan dapat carikan hotel sesuai dengan bajet dan keselesaan korang.

Selamat juga dan ada helpline yang sedia nak tolong korang 24jam.

So guys, appreciate our country by bercuti di dalam Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Amir Mazlan
5 tahun yang lalu

dah nak dekat musim cuti sekolah..sekarang masa yang sesuai untuk planning trip bercuti..

intan
5 tahun yang lalu

thanks for sharing

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading