Dengan Menulis, Kita Akan Belajar Dan Lebih Faham

menulis jurnal belajarPada zaman ini, kita semua sentiasa menyerap maklumat yang banyak – setiap masa.

Tidak kira melalui secara lisan, sosial media, internet. Maklumat memang sentiasa dihujung jari.

Tetapi:

  • Seberapa banyak sebenarnya yang kita mampu ingat?
  • Bagaimana ia digunakan dalam “cara yang bermakna?”
  • Bagaimana kita boleh ingat semua perkara yang kita baca?

Kunci untuk belajar adalah berhenti menyerap informasi secara pasif, dan mula melibatkan diri secara aktif dengan idea-idea yang kita terima.

Cuba bayangkan pelajar yang mencatatkan apa yang disebutkan oleh gurunya secara verbal..

.. berbanding dengan pelajar yang merumuskan segala informasi tersebut dalam ayat tersendiri dan kemudian menghubungkan ia kembali dengan konsep yang dipelajari sebelum ini.

Yang mana anda rasa belajar dan faham dengan lebih baik?

Malangnya, kebanyakan daripada kita semua tidak lagi terlibat dengan peperiksaan, projek, kajian atau kelas untuk melibatkan diri dengan lebih mendalam terhadap sesuatu informasi.

Ia seolah-olah terapung dalam fikiran kita buat sementara, sebelum ia lama-kelamaan pudar dan dilupakan.

Jadi bagaimana kita boleh menjadikan pengetahuan kita tidak hilang begitu sahaja?

 

Salah satu cara efektif untuk menguatkan apa yang kita belajar atau baca adalah menerusi penulisan reflektif.

Telah ternyata bahawa tabiat menulis jurnal akan membantu melatih perhatian dan menguatkan laluan neural.

Menurut pakar neurologi, Judy Willis:

The practice of writing can enhance the brain’s intake, processing, retaining, and retrieving of information… it promotes the brain’s attentive focus … boosts long-term memory, illuminates patterns, gives the brain time for reflection, and when well-guided, is a source of conceptual development and stimulus of the brain’s highest cognition.

Penulisan reflektif telah membuktikan bahawa ia akan memperbaiki kemahiran membuat keputusan dan tahap pemikiran kritikal.1

Jurnal terbukti sebagai satu alat yang tak ternilai untuk melihat kembali pengalaman lalu, menilai perbuatan lampau, dan merangka pemahaman untuk menghadapi cabaran masa akan datang.

Menulis akan memperjelaskan lagi pemikiran dan membantu kita menjadi lebih matang dalam melihat sesuatu isu.

Tabiat menulis akan “memaksa otak kita berfungsi secara efektif” menyusun struktur idea dan hujah dengan lebih baik..

… menyatukan pandangan yang berbeza, mengenalpasti maklumat penting..

… dan menganalisis maklumat dari data umum.

  • Apa masalah yang ingin kita selesaikan?
  • Apa kesalahan-kesalahan yang kita lakukan pada masa lampau?
  • Mengapa ini masalah perlu diselesaikan segera? Mengapa sekarang? Apa yang akan jadi jika kita tidak selesaikan masalah ini sekarang?
  • Apakah isu paling penting kita rasa harus diberi perhatian?
  • Apakah matlamat melalui penyelesaian kita?

Membuat keputusan yang kompleks selalu membuatkan kita pening.

Kita mungkin menghadapi beberapa masalah besar dalam masa serentak..

.. dan sukar untuk mengenalpasti yang mana harus diberi perhatian terlebih dahulu.

Dengan mengambil masa untuk menulis idea atau masalah, kita akan mampu menarik keluar pelbagai isu yang terselidung disebaliknya.

Setelah anda berjaya memecahkan isu-isu tersebut, kemudian anda akan dapat fokus dan kenalpasti yang mana paling penting.

Disinilah pentingnya penulisan jurnal membantu kita melihat dengan jelas setiap maklumat, kelemahan dan masalah yang ada.

Dalam Islam, konsep ini sudah lama diperkenalkan, dikenali sebagai “Muhasabah”

Sesungguhnya seorang mukmin adalah bertanggungjawab atas dirinya, oleh itu hendaklah dia sentiasa bermuhasabah diri kepada Allah SWT

— Imam Hasan al-Basri

Dengan muhasabah diri, seorang ‎Muslim akan sedar betapa banyak dosa atau kelemahan yang ada pada dirinya.

Dia akan sentiasa ingat kelemahan tersebut dan memahami implikasi daripadanya.

Ini akan menjadi dorongan untuk dia terus meningkatkan kualiti untuk merangka langkah-langkah seterusnya.

Saya rasa anda sudah nampak pointnya disini.

Penutup: Ia Berkenaan Produktiviti..

Anda perlu tahu bahawa dalam dunia hari ini, produktiviti bukan lagi mengenai menghasilkan banyak perkara dalam satu masa.

Tetapi ia berkenaan kelajuan yang kita boleh capai untuk belajar benda baru, dan kapisiti kita untuk berfikir secara kritikal dan kreatif.

Ia berkenaan kualiti.

Tabiat menulis jurnal adalah satu pelaburan yang sangat bernilai untuk kita belajar lebih mendalam dan lebih kreatif.

Oleh itu, ambillah masa sekitar 5 minit sehari untuk melengkapkan jurnal anda setiap hari.

guest
2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments