Bagaimana Contoh Custom Album?

contoh custom album

Apakah custom album?

Bagaimanakah rupa bentuk custom album?

Saya pasti anda akan bingung jika ditanya oleh fotographer wedding seperti saya apakah jenis album yang diingini, samada custom album, photobook ataupun sticky album.

Baiklah, pada post ini saya akan menerangkan kelebihan custom album yang saya hasilkan untuk customer saya.

custom album set
Contoh full set pakej
helaian
Contoh setiap helaian
bahagian dalam
Contoh bahagian dalam album
gambar canvas
contoh gambar canvas 24 x 16 dan DVD case untuk softcopy

DSC_0807 DSC_0810 DSC_0824 DSC_0829 DSC_0837contoh-custom

Kenapa saya syorkan anda ambil custom album?

Sebab yang pertama adalah ia ekslusif , kemas dan sangat berkualiti tinggi.

Foto-foto perkahwinan anda yang indah akan disusun dan dicetak membentuk storyline yang menceritakan kemeriahan perjalanan majlis, diolah secara eksklusif mengikut kreativiti editor.

Setiap design terutamanya muka hadapan (cover) adalah tidak sama dengan album lain, dan ia dibuat khas untuk anda.

Ini membuatkan setiap helaian album ini penuh nilai sentimental dan tidak membosankan sesiapa yang melihatnya.

Sebab itulah ia eksklusif.

Saiz album ini adalah pelbagai, iaitu:

  • 8 x 12 inci
  • 10 x 12 inci
  • 10 x 15 inci
  • 12 x 15 inci
  • 12 x 18 inci

Setiap helaian custom album dicetak diatas material yang tebal, kalis sinar UV dan sangat berkualiti tinggi, menjadikan ia sukar rosak, jauh lebih tahan lama berbanding album biasa yang lain.

Bahagian cover custom album biasanya diperbuat daripada kaca kristal yang tahan calar, namun ia boleh digantikan dengan material lain seperti kulit dan mengikut citarasa anda.

Saat anda menyentuh dan memegangnya, pasti anda merasa ianya kemas dan solid ditangan anda.

Cuma kekurangan custom album adalah ianya berat dan tidak sesuai dipegang oleh kanak-kanak kecil.

Namun itu tidak menjadi masalah, kerana yang paling penting yang anda akan dapat adalah, kepuasan!

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah. InsyaaAllah saya akan menjawab se-detail yang mungkin.

Portfolio hasil kerja saya anda boleh lihat disini

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

22 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
saiful
saiful
2 tahun yang lalu

kalau cetak semula album kosong custom boleh tak sebab gambar pada cover dah pudar dan rosak.. softcopy saya masih ada

Nur Hani
Nur Hani
3 tahun yang lalu

Lau custom album, prmkaan mne yg lbih baik?. Plih yg glossy atau matte?

Nur Hani
Nur Hani
4 tahun yang lalu

Saiz 12×18 inci tu adalah saiz custom album yang paling besar ke??..ke ada lg besar??berapa pages??

Nur Hani
Nur Hani
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

Ooo..cmtu????..hihi..okay..thanks ya

Ain
Ain
4 tahun yang lalu

Saya dah Ada spftcopy gambar kahwin. Boleh designkan tak? & Harga dia mcam Mana ya?

Syasya
Syasya
5 tahun yang lalu

salam..macam mana ye nak repair cermin crystal custom album yang retak?

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading