Apa Beza Pelajaran dan Pendidikan? — Dr. Rem Dambul

Beza Pelajaran dan PendidikanSaya selalu ditanya: apa beza pelajaran dan pendidikan?

Saya bagi situasi hipotetikal:

Kau masuk universiti, kemudian keluar dengan ijazah kelas pertama.

Lepas itu, kau minum teh di kedai Mamak sambil hisap rokok berdebus-debus. Sikit pun tidak peduli orang keliling, kiri dan kanan.

Maksudnya, kau cuma pintar akademik, tapi pandir sivik.

— Berpelajaran, tapi tidak berpendidikan.

Atau begini.

Kau belajar kalkulus dan algebra.

Kau tekuni Teori Pythagoras, tentang garis terpendek antara dua titik.

Bila rumah kau kena banjir, kau pilih jarak terdekat untuk keluar ke tempat selamat sebab Matematik kata begitu.

Meski pun kau tahu jalan itu ada longkang besar.

Akibatnya?

Kau hanyut, lemas dan mati.

Maksudnya, kau cuma ada ilmu (knowledge) tentang penyelesaian masalah, seperti dalam buku teks.

Tapi tiada hikmah (wisdom) untuk mempraktiknya secara amali di alam realiti.

— Kau berjaya menikmati pelajaran, tapi gagal menghayati pendidikan.

Pelajaran itu sekadar output yang terhasil bagi aktiviti pembelajaran (e.g kurikulum, fieldtrip, silibus, markah, graduasi, etc).

Pendidikan itu pula outcome yang membina karektor si pelajar (e.g. sikap, nilai dan budaya).

Masih ramai yang kurang hadam konsep “output” dan “outcome” dalam konteks ini.

Sebab itu, meskipun OBE (outcome-based education) sudah bertahun-tahun terolah dalam pendidikan Malaysia, masih ramai pendidik yang keliru.

Paradigma dan amalan mereka belum berganjak dari content-oriented kepada skill-oriented.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran — yang mereka pupuk, ukur dan nilai masih lagi output, bukannya outcome. OBE juga, tapi O yang lain.

Untuk membolehkan peralihan signifikan daripada ‘lanskap pelajaran’ kepada ‘lanskap pendidikan’ benar-benar berlaku — kita mesti reformasikan cara kita menaksir, menilik dan mena’akul sistem pengajaran dan pembelajaran yang ada.

Berani berubah dari output, kepada outcome.

Seorang yang terpelajar, belum tentu terdidik.

Pelajaran itu disukat pada report card dan sijil.

Pendidikan itu terpancar pada kemahiran, pemikiran dan tingkah laku.

Artikel ini adalah salinan daripada status facebook Dr Rem Dambul mengenai perbezaan antara pelajaran dan pendidikan.

Post asal anda boleh rujuk pada pautan ini.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading