Bagaimana Melakukan Balas Sentapan Yang Sempurna?

Sentapan yang tepat bila memancing
Timing yang tepat semasa melakukan sentapan akan memberikan hookset yang sempurna!

Mungkin perkara ini tidak relevan bagi sesetengah orang.

— Jika ikan menyambar gewang, tarik sahaja la kan?

Perkara ini mungkin tidak menjadi masalah jika kita memancing ikan rakus seperti sebarau atau siakap menggunakan gewang minnow.

Namun, bagi sesetengah teknik dan spesis ikan, ia memerlukan skill dalam membuat sentapan (hookset)

Contohnya bila kita menggunakan soft plastic, jig atau gewang permukaan.

Atau spesis yang mempunyai rahang yang keras seperti lady fish atau mulut mudah koyak seperti kelah.

Ia adalah moment yang paling kritikal diantara solid hookup, hookup sipi-sipi sahaja atau tak dapat hookup langsung.

Asas Utama dalam Melakukan Balas Sentapan

Terdapat tiga perkara yang harus kita pertimbangkan semasa melakukan sentakan.

Perkara-perkara itu adalah:

  • Jenis teknik atau gewang yang kita gunakan
  • Jenis tali pancing
  • Aksi joran

Untuk memahami kesan tiga perkara ini terhadap proses balas sentapan, saya akan cuba terangkan dengan ringkas.

1. Memahami Jenis Gewang Terlebih Dahulu

Selain pancing dasar, pancingan gewang juga amat mementingkan kepekaan terhadap isyarat ikan khasnya soft plastic (S.P) dan jigging.

Soft Plastic menyerupai umpan sebenar, baik bentuk luaran, malah badannya juga terasa macam makanan betul bagi sang ikan.

Lantaran S.P terlalu menyerupai umpan sebenar, maka ramai pemancing sering alami masalah ketika memainkan gewang ini iaitu sering gagal memastikan masa yang sesuai untuk membalas.

Masalahnya berpunca apabila kita terlupa yang S.P mempunyai hanya satu mata kail tunggal dan tersembunyi di dalam badannya.

Ia bukanlah gewang biasa yang mempunyai lebih daripada sebentuk mata tiga!

Justeru apabila terasa ikan menjamah umpan, pemancing harus mengawal nafsu agar tidak kalut membalas serta-merta.

Anggapkanlah seperti memancing haruan dengan umpan katak.

Berikan sedikit masa untuk ikan menelan S.P, karaulah tali perlahan-lahan sehingga tegang, barulah sentap!

Setiap gewang adalah berbeza dan memerlukan kaedah sentapan yang berlainan.

Sebagai contoh, kaedah sentapan gewang permukaan air (katak getah contohnya) adalah berbeza dengan gewang selaman.

Perkara ini terjadi kerana perbezaan kedudukan dan jenis matakail yang digunakan.

Dalam permainan gewang permukaan air, selalunya kita perlu delay sentapan selama 1-2 saat untuk mengelakkan rabut dan memastikan ikan betul-betul mengemam gewang dalam mulut mereka.

gewang permukaan air
Dalam permainan gewang permukaan (top water), kita perlu memberi masa kepada ikan betul-betul mengemam gewang di dalam mulut mereka sebelum membuat sentapan

Contoh lain adalah, jika kita menggunakan single hook (mata kail tunggal), kita mungkin perlu membuat sentakan yang sedikit kuat untuk memastikan matakail berjaya menembusi rahang mulut ikan.

Jadi ini adalah langkah pertama.

Fikirkan dahulu mengenai jenis gewang dan bagaimana ikan akan bertindakbalas dengannya.


2. Apakah Jenis Tali Pancing Yang Digunakan?

Faktor lain yang perlu diambil kira dalam pertimbangan kita adalah tali pancing.

Saya pasti rata-rata kaki pancing akan menggunakan tali sulam (braided line).

Tali sulam adalah tali yang tidak mempunyai daya regangan, dimana ia menjadikan proses hookset lebih mudah.

Tapi keburukannya pula adalah kita mungkin tersilap menarik gewang keluar dari mulut ikan jika tergopoh-gopoh1

Malah tali mungkin meletup atau menyebabkan joran patah jika ‘overpower‘ semasa membuat libasan.

Oleh itu, jika memancing menggunakan tali sulam, saya lebih gemar menggunakan joran yang mempunyai hujung yang lebih lembut.

Tali mono pula adalah tali yang mempunyai sifat berlawanan dengan tali sulam.

Maka jika anda mempunyai kecenderungan untuk melakukan hookset yang ganas dan kuat, mungkin ada lebih sesuai menggunakan tali mono dan joran yang lebih lembut.

Ini kerana tali mono mempunyai daya regangan yang tinggi, dimana ia akan menyerap daya tenaga yang berlebihan.

Jadi jika kita melakukan hookset yang kuat, ia tidak akan meletupkan tali dan matakail dapat dibenamkan dengan selamat pada mulut ikan.


3. Pertimbangkan Jenis Aksi Joran

Joran pancing mempunyai pelbagai jenis aksi.

Secara umumnya ia dikelaskan kepada 3 jenis aksi iaitu: cepat, sederhana dan perlahan.

Apa yang dikelaskan itu merujuk kepada berapa pantas joran akan melentur sehingga ke backbone2 joran untuk membolehkan matakail dibenamkan pada mulut ikan.

gambarajah aksi joran casting

Sebagai contoh, aksi pantas akan melentur dengan cepat3 dan menjadikan proses hookset lebih pantas dapat dilakukan.

Lawan kepada aksi ini adalah joran aksi sederhana dan perlahan.

Ini bermakna ia akan mengambil masa yang lebih panjang4 untuk melentuk sehingga ke backbone.

Aksi berguna untuk menggayakan crankbait dan jerkbait kerana memberi lebih kawalan terhadap penggunaan treble hook dan menurangkan risiko gewang rabut dari mulut ikan.

Masih tidak pasti bagaimana untuk melakukan sentapan?

Saya faham memang pening sikit sebab terlalu banyak info, tetapi saya cuba jadikan topik ini seringkas yang mungkin.

Terdapat dua kaedah untuk melakukan hookset:

1. Sentapan ke Atas (over shoulder hookset)

Sentapan jenis ini adalah dimana kita akan mengarau masuk slack line dan kemudian dengan pantas melibas rod tegak ke atas (ke arah bahu).

Selalunya sentapan ini adalah lebih kuat dan berkuasa, sesuai untuk memancing ikan yang berahang keras atau menggunakan single hook seperti spinnerbait 


2. Sentakan Sisi (sweeping hookset)

Sentakan sisi adalah dimana kita mengarau masuk slack line dan kemudian menarik joran dari sisi kanan atau kiri badan anda.

Hookset ini tidaklah sekuat seperti kaedah diatas, maka ia lebih sesuai bila memancing ikan bermulut lembut atau menggunakan matakail treble hook seperti jerkbait dan crankbait.

3 Tips Tambahan Untuk Mendapat Solid Hookup

1. Tegangkan tali

Sentakan sempurna memerlukan tali pancing yang cukup tegang.

Jika anda cuba melakukan sentakan dalam keadaan tali yang kendur, risiko miss adalah tinggi.

Selalunya aplikasi seperti permainan soft plastic akan mempunyai slack line yang banyak, terutama ketika kita membiarkan gewang jatuh ke dasar

Oleh itu, sebelum melibas ke atas pastikan kita mengarau masuk dahulu sebarang tali yang kendur ke dalam reel.

Pastikan ia tegang.. dan libas!


2. Menetapkan setting Drag yang sepatutnya

Drag terlalu loose akan menyebabkan kita tidak mempunyai kuasa yang diperlukan untuk membenamkan matakail kedalam rahang ikan.

Jadi sebelum mula memancing, periksa dulu sistem tegangan drag anda berdasarkan gewang yang kita akan gunakan.

Selalunya kita akan menggunakan drag yang sedikit ketat untuk penggunaan single hook dan drag yang lebih longgar untuk penggunaan treble hook.

Dicadangkan drag diselaraskan pada kadar 25% sahaja dari kekuatan tali.


3. Pastikan timing yang tepat

Kita semua mungkin boleh mengaplikasikan perkara diatas dengan sempurna, tetapi jika gewang tidak berada di dalam mulut ikan kita tidak akan dapat menawan ikan tersebut.

Atas alasan ini, maka timing atau masa yang tepat adalah penting.

Walau bagaimanapun, timing yang tepat boleh bergantung kepada banyak situasi dan jenis gewang.

Secara umumnya, apabila saya memancing menggunakan gewang yang perlahan saya lebih suka tunggu sesaat dua untuk memastikan gewang berada dalam mulut ikan sebelum melibas joran.

Bila memancing dengan gewang bergerak laju pula, saya lebih cenderung untuk melakukan sentakan serta merta.

Penutup: Sentapan yang sempurna adalah kunci segala-galanya!

sentapan solid black bass
Strike itu susah nak dapat, tapi jika ada peluang, manfaatkan dengan solid hookup!

Ada pepatah dalam dunia memancing:

Kumpau itu biasa, mendapat strike itu luar biasa!

Oleh itu, kita perlu memanfaatkan setiap strike yang kita dapat, dan menterjemahkan kepada kejayaan mendaratkan ikan.

Kita mungkin boleh memiliki set casting paling mahal dan canggih, namun jika kita gagal membuat hookup yang sempurna, ia tidak akan memberi sebarang makna.

Semoga artikel ini membantu anda.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments