Pernahkah ada seseorang mencari anda untuk meminta nasihat dan pandangan?
Apabila ada seseorang meminta nasihat kita, sukar untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar inginkan bantuan, atau mereka hanya inginkan seseorang untuk meluahkan masalah mereka.
Oleh itu, sebelum kita memberikan sesuatu pandangan, tanyakan dahulu kepada mereka soalan ini terlebih dahulu.
Sepanjang saya menulis di blog akuislam.com, saya kerap menerima emel daripada para pembaca yang mengajukan masalah mereka.
— Kadang-kadang, saya terkeliru dengan emel yang dihantar.
Samada dia mahukan pandangan saya..
.. atau sekadar ingin menceritakan masalahnya sahaja.
Sebenarnya, orang yang betul-betul memerlukan nasihat dengan orang yang hanya memerlukan tempat meluah: adalah berbeza sama sekali.
Mungkin mereka mahu mengadu tanpa mengaku bahawa mereka sebenarnya sedang mengadu.
Atau mungkin mereka hanya sekadar mahukan kepastian dan hanya mahu dengar anda mengatakan kepada mereka bahawa mereka sedang melakukan perkara betul dan semuanya akan baik-baik sahaja.
Satu-satunya cara untuk memastikan perkara ini adalah dengan bertanya terus kepada mereka soalan ini terlebih dahulu:
Saya cuma nak tahu, awak serius ke ni?”
Dengar dengan teliti jawapan mereka.
Jawapan mereka akan memberi petunjuk kepada anda sama ada mereka mahukan keselesaan sahaja..
… atau betul-betul memerlukan nasihat yang sebenar.
Jika jawapan mereka kedengaran sesuatu yang lebih kurang seperti “Saya akan cuba buat apa yang kamu sarankan..“, itu sebenarnya membawa maksud mereka TIDAK MAHU nasihat anda.
Mungkin mereka hanya mahu mengadu dan meluahkan masalah sahaja.
Mereka hanya mahukan orang yang mendengar.
Oleh itu, cuma berikan mereka senyuman dan memberitahu mereka bahawa mereka akan jumpa penyelesaiannya nanti.
Okay?
Tinggalkan Komen Anda..
Ya. Saya tiba-tiba terfikirkan sesuatu.
Saya selalu dijadikan tempat mengadu. Sedangkan saya tak terfikir apa yang mereka mahu sebenarnya.
Yang saya selalu kata, mereka tak perlu difahami. Dengar saja dah cukup.
Nampaknya lepas ni, saya kena pastikan dulu, apa yang mereka mahukan dari saya.
Terima kasih tuan. Saya mohon share fakta ye.
Sekadar berkongsi pandangan saya sahaja tuan. Saya juga gembira membaca pandangan tuan.
Terima kasih sudi singgah disini.