Ini adalah persoalan penting dalam kehidupan seharian:
Adakah kita menggunakan wang untuk menjimatkan masa atau menggunakan masa untuk menjimatkan wang?
Cuba bayangkan kita kena memasak selepas seharian penat di tempat kerja.
Ia boleh menjadi satu perkara yang membuatkan kita sangat stress. Walau bagaimana pun, ia akan menjimatkan banyak wang anda.
Tetapi sebaliknya, jika kita makan di restoran atau bawa pulang makanan, ia akan menghapuskan tekanan memikirkan apakah yang hendak dimasak (dan kemudian menyediakannya).
Jadi yang mana anda pilih?
Jika kita pilih yang menjimatkan masa:
— Ia akan membuatkan kita lebih gembira dan mengurangkan stress kerana tidak cukup waktu.
Membelanjakan wang dengan membeli barangan (contohnya: kasut), tidak memberikan kesan yang sama.
.. perkara ini mungkin terpakai kepada semua orang dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, kecuali orang yang benar-benar hidup susah.
Masa adalah mahal.
Tidak semua orang dapat menikmati waktu lapang.
Walaupun ia meningkatkan kebahagiaan, kebanyakkan orang selalu enggan membelanjakan wang pada sesuatu yang menjimatkan masa, walaupun mereka mampu.
Bagaimana pula dengan anda?
Wang Boleh Membeli Kebahagiaan..
.. tetapi hanya bila kita sudah tahu apa yang benar-benar membuatkan kita bahagia
Pepatah lama mengatakan:
Wang tidak boleh membeli kebahagiaan.. “
Tidak dinafikan, pepatah ini memang betul, tetapi tidak semuanya benar.
Wang boleh membeli banyak perkara yang membuatkan kita bahagia.
Ia juga boleh mengurangkan banyak tekanan.
Walau bagaimana pun, kita masih perlu tahu apakah yang benar-benar akan membuatkan kita gembira.
Money alone won’t magically make everything better.
Tapi jika kita tahu apa yang akan membuat kita bahagia, maka wang mungkin dapat membantu kita mencapainya.
Wang adalah seperti minyak kepada kereta.
Lebih banyak minyak yang kita ada, lebih jauh kita boleh pergi dalam masa yang singkat, tanpa perlu berhenti singgah di stesen-stesen minyak kehidupan.
Minyak tidak memberi kita kebahagiaan; ia hanya memberi kita kebebasan untuk bergerak.
Begitu juga dengan duit; ia tetap tidak memberi kita kebahagiaan.
Sebaliknya ia hanya memberikan kita lebih kebebasan dalam pilihan kehidupan..
Mungkin pada kita:
kebahagiaan adalah dengan keluar travel melihat dunia..
.. atau hanya semudah menghabiskan waktu dengan orang tersayang
Dalam semua kehendak itu, wang boleh membantu kita, selagi kita tahu apa yang perlu dilakukan dengannya:
- Duit membolehkan kita membeli but bola baru tapi tidak akan mengubah skill permainan kita.
- Duit membolehkan kita memiliki set gim yang lengkap namun ia tidak dapat menghalang kita makan makanan berlemak tinggi.
Sekiranya kita ingin travel, wang boleh membelikan tiket pesawat.
Dan jika kita bahagia hanya meluangkan masa dengan orang yang kita sayangi, wang yang cukup boleh membeli lebih banyak masa.
Semuanya bergantung bagaimana kita menggunakannya.
Kita hanya harus tahu apa yang kita mahu terlebih dahulu.
Tinggalkan Komen Anda..
saya memilih untuk round the world dgn wang..nikmati kehidupan
Yup, sama la dengan prinsip saya Kaklong.
I prefer to buy some experiences than luxury items. ????