Salah satu masalah utama menggunakan baitcaster adalah berlakunya backlash.
Backlash atau juga dipanggil “bihun” atau “sarang burung” oleh orang kita, selalunya terjadi kepada mereka yang baru berjinak-jinak menggunakan baitcaster.
Namun, tragedi ini kadangkala masih juga menimpa pemancing otai. Haha.
Jadi ia adalah common issue bila menggunakan baitcaster.
Maka usah malu bila perkara ini berlaku kepada anda.
Dalam artikel ini saya akan berkongsi 5 tips untuk mengelakkan backlash atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah tersebut.
Bagaimana backlash terjadi?
Apabila gewang mencecah air, kelajuannya akan perlahan dan berhenti secara mendadak.
Walaupun kelajuan gewang telah terhenti, namun putaran gelendung masih tidak.
Oleh itu, tali tiada tempat untuk pergi. Maka berlakulah huru-hara besar tali pada spool BC anda. Ia akan berbelit disana-sini.
Fenomena inilah yang dikenali sebagai backlash.
Ia ibarat satu malapetaka besar kepada pemancing jika ia berlaku semasa ikan sedang galak menghentam umpan.
Orang lain sibuk dapat strike, kita duk sibuk perlerai tali. Jahanam. >.<”
Bagaimana mengurangkan dan mengelakkan backlash dari berlaku?
Terdapat beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan risiko terjadinya bihun.
Antaranya adalah:
1. Melaras sistem brek
Boleh dikatakan semua kekili baitcaster mempunyai sistem brek yang boleh dilaras.
Selalunya sistem brek magnetik boleh dilaras dari luar sahaja.
Manakala sistem brek emparan (centrifugal) perlu dibuka sideplate pada baitcaster untuk melaraskannya.
Sistem brek ini, jika dilaras dengan betul, akan banyak membantu anda mengelakkan terjadinya bihun.
Jika anda masih baru menggunakan baitcaster, dinasihatkan melaraskan sistem brek ini pada tahap yang tinggi terlebih dahulu.
Apabila sudah mahir mengawal spool dengan ibu jari, anda bolehlah menurunkan tahap brek secara berperingkat-peringkat untuk lontaran yang lebih jauh.
2. Melaras spool tension knob
Perkara kedua yang berkait rapat dengan sistem brek adalah spool tension.
Sebelum melakukan balingan, pastikan anda melaras ini terlebih dahulu.
Anda boleh melaras spool tension ini dengan melaras knob yang terdapat disebelah handle dan star drag.
Objektifnya adalah jatuhan umpan tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Hanya sedang-sedang.
Apa yang kita mahu gewang kita akan mendarat dengan lancar dan lembut diatas air.
3. Gunakan gewang berat
Kekili baitcaster sangat sesuai mengendalikan gewang yang berat.
Untuk mereka yang masih baru menggunakan baitcaster, pilih umpan yang berat seperti spinnerbait atau soft plastic yang besar.
Jika anda menggunakan umpan ringan, anda akan dihantui oleh masalah backlash sehingga gila.
Ini kerana umpan ringan tidak akan mampu membawa tali keluar sepantas putaran spool.
Oleh itu elakkan masalah ini dengan bermula dengan gewang yang berat.
4. Pilih joran yang tepat
Pemilihan joran yang tepat juga memberi kesan terhadap mengurangkan backlash.
Untuk permulaan, sebolehnya pilih joran beraksi secara sederhana (medium action).
Lenturan joran beraksi sederhana akan menyerap tenaga dengan baik semasa lontaran, dan melancarkan gewang anda tanpa backlash.
5. Jangan lontar menentang angin
Apabila melakukan balingan menentang arah angin, ia akan membuatkan gewang anda menjadi perlahan secara mendadak.
Malangnya, spool pada BC anda tidak, dan ini akan menyebabkan berlakunya backlash.
Lebih baik anda melakukan lontaran mengikut arah angin, kerana sedikit sebanyak ia akan membuatkan umpan pergi lebih jauh selain mengelakkan backlash.
Kaedah meleraikan tali jika “bihun” terjadi..
Walaupun kita sudah mengamalkan langkah di atas, namun backlash mungkin masih lagi terjadi sekali dua.
Tonton video dibawah untuk melihat tips menyelesaikan masalah backlash tanpa memotong tali anda:
Penutup: Untuk mahir menggunakan baitcaster memerlukan latihan..
Bak kata orang kampung saya, practice makes perfect.
Jangan tunggu sehingga anda berada ditepi sungai barulah hendak melakukan eksperimen dan berlatih dengan baitcaster anda.
Ini hanya akan membuatkan anda kecewa.
Seboleh mungkin, berlatihlah melontar di kawasan halaman rumah anda. Sekurang-kurangnya anda boleh mengawal keadaan di sekitar anda.
Ini akan memberi anda keyakinan bila memburu ikan di lapangan sebenar nanti.
Semoga artikel ini membantu anda.
Jika terdapat kesalahan dalam artikel ini, mohon perbetulkan saya dalam ruangan komen dibawah.
Terima kasih!
Tinggalkan Komen Anda..
Kalau reel shimano caius sesuai dengan rod macam mana ya min????
Asalammualaikum Tuan Naim , saya ingin mengajukan sedikit soalan berkenaan setup spining M/MH , apakah reel yg bersesuaian dengan rod saya ? Mohon penjelasan Tuan
*Maaf* Size reel , Tuan
Untuk setup spinning, saya cadangkan reel shimano bersaiz 2500 atau 3000
semasa baling gewang,tali pandai tersangkut,dan menyebabkan gewang patah balik dan backlash teruk..apa punca nya????
Ia mungkin berpunca dari banyak faktor.
Pertama sekali tuan boleh tengok dari segi setting brek dahulu.
Kalau bc lixada or lizard ok x
Maaf, saya tak pernah dengar brand tu
Betul ke klo letak tali braided murah contoh harga tali rm10-30 mudah jadi bihun?
Tak betul. Bihun terjadi bila setting brek kurang ngam dan thumb masih lagi kurang cekap. Selain tu, angin juga menyebabkan mudah bihun.
Pttlah semcm tokey kedai racun sy hari tu.. Nasib baik tak beli yg rm50.. Thanks bossku