Anda tahu apa yang paling best setakat ini saya rasa?
— Hidup secara minimalist.
Ramai tokoh hebat didunia ini mengamalkan gaya hidup secara minimalist.
Contohnya Umar Abd Aziz dan Steve Jobs.
Sangat ringkas dan sederhana.
Apa itu gaya hidup secara minimalist?
Secara jujurnya, untuk menjadi seorang yang minimalist anda perlu hidup dengan kurang dari 50 barang, tidak boleh memiliki kereta, televisyen dan rumah.
Anda juga tidak boleh mempunyai pekerjaan.
Malah tidak boleh mempunyai anak dan isteri.
Anda juga mesti sanggup makan apa sahaja, tidak boleh berus gigi, mandi tak boleh bersabun dan rela untuk pergi serta tinggal dimana-mana sahaja tempat dalam dunia ini.
OK, saya bergurau sahaja. hihi
——
Minimalist sebenarnya adalah gaya hidup yang ringkas.
Tidak mempunyai banyak barang dan hanya memiliki benda yang diperlukan sahaja.
Simple.
Gaya kehidupan minimalist cenderung kepada suasana persekitaran yang ringkas dan kemas, menyingkirkan benda yang tak diperlukan.
Dan hanya hidup dengan barang-barang yang penting sahaja secara sederhana.
Ia adalah satu kehidupan yang rileks dan tenang tanpa terlalu obses dengan gadjet dan terikut-ikut dengan trend kehidupan semasa.
Hidup secara minimalist bukannya bermakna miskin dan tidak berharta, tetapi lebih selesa hidup secara sederhana dan ringkas.
Minimalist itu menenangkan.
Minimalist adalah hidup yang membosankan, kosong dan tak bermakna?
Jangan silap faham.
Hidup secara minimalist bukannya bermakna kita perlu hidup secara kosong, bosan dan statik tanpa perubahan.
Ia bergantung kepada seseorang itu kerana setiap orang adalah berbeza.
Setiap orang mempunyai gaya tersendiri menyesuaikan konsep minimalist yang sesuai dengan gaya hidup mereka.
Menurut Tim Ferriss, kehidupan secara minimalist adalah:
The choice-minimal lifestyle becomes an attractive tool when we consider two truths:
1) Considering options costs attention that then can’t be spent on action or present-state awareness.
2) Attention is necessary for not only productivity but appreciation.
Therefore:
Too many choices = less or no productivity
Too many choices = less or no appreciation
Too many choices = sense of overwhelm
Bagi saya, kehidupan yang minimalist adalah menyingkirkan perkara yang tak diperlukan..
… dan membuka ruang kepada apa yang lebih penting dan keseronokan yang lain.
Ia adalah hidup simple yang membolehkan saya lebih fokus dan merasa lebih tenang, serta tidak serabut.
Selain itu, ia membolehkan saya menyimpan lebih duit kerana saya hanya membelanjakan terhadap perkara yang diperlukan sahaja.
Apa yang best hidup secara minimalist?
Banyak.
Kurang stress. Kurang berbelanja dan kurang hutang.
Masa untuk maintaining setiap barang pun berkurang, dan lebih masa untuk buat aktiviti lain yang kita enjoy.
Lagipun saya serabut tengok barang banyak-banyak.
Dengan meminimumkan barang kita, lebih mudah untuk mengemas dan menyusun barang kita.
Dengan gaya hidup yang minimalist, kita akan merasakan:
- Hidup yang sangat ringkas & rileks
- Merasa serba cukup
- Balajar sayang apa yang kita ada.
- Making time and space untuk fokus apa yang benar-benar penting
- Mencari kebebasan
- Sentiasa menjangkakan dan menerima perubahan
Apa yang menarik mengenai minimalism ini adalah apabila kita benar-benar menghayatinya..
… kita akan sedar bahawa apabila kita hidup dengan serba ringkas, kita akan rasa kehidupan kita akan lebih bermakna..
… lebih daripada apa yang pernah kita bayangkan.
Hidup secara minimalist adalah orang kedekut?
Tidak.
Kedekut dan minimalist itu dua perkara berbeza.
Untuk jadi kedekut tak perlu jadi minimalist, orang kaya raya pun boleh kedekut.
Orang yang serba lengkap dan mewah pun boleh kedekut.
Semua orang boleh kedekut.
Tapi minimalist adalah lain.
Sifat seorang minimalist bukannya kedekut, tetapi berhati-hati dan hanya membelanjakan wang kepada perkara yang perlu sahaja.
Jika anda terpaksa membeli sesuatu barang, lebih baik terus memilih barang yang berkualiti, bukan barangan murah.
Kerana barangan yang berkualiti (sedikit mahal) adalah lebih elok dan lebih tahan lama.
Minimalist adalah berkenaan dengan kualiti, bukan kuantiti.Walaubagaimana pun, ini bukanlah ukuran yang sebenar, kerana ada juga barangan yang murah tetapi berkualiti.
Saya cadangkan anda beli barang yang anda benar-benar suka dan mahu, sebab ia akan bersama kita dengan tempoh yang lama.
Contoh berkaitan hal ini adalah dalam membeli pakaian, saya cenderung untuk beli 1 atau 2 helai sahaja dalam setahun.
Yang saya rasakan cukup untuk keperluan saya sahaja.
Sebab saya tahu, bila kita terlalu banyak pakaian dalam almari, alih-alih tak dipakai juga. Pakai baju yang sama juga setiap minggu.
Orang lelaki mungkin tiada masalah dengan perkara ini, tetapi mungkin sukar kot bagi orang perempuan. huhu
Bagi saya, daripada kita membeli dan menambah pakaian baru pada setiap bulan, apa kata anda belajar memenuhkan almari baju anda dengan beberapa helai koleksi pakaian yang berkualiti, cantik dan kita boleh pakai selalu, serta berasa puas hati bila memakainya.
Yang penting, minimumkan pembelian dalam setiap perkara.
Simple itu sexy.
Penutup
Hidup secara minimalist adalah bukanlah sesuatu yang keterlaluan.
Minimalism adalah merupakan alat untuk menyingkirkan sesuatu yang tak diperlukan, supaya dapat menjalani hidup yang lebih bermakna..
… kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan, kebebasan dan adanya kesedaran kendiri.
Bila saya telah dapat menyingkirkan perkara lain, saya akan lebih dapat menumpukan fokus kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupan seperti kesihatan, hubungan silaturahim, minat saya, dan sumbangan terhadap masyarakat.
That’s what living a meaningful life is about for me.
Bagaimana pula dengan anda?
Adakah anda juga seorang minimalist?
Tinggalkan Komen Anda..
“less is more”‘ minimalist ni banyak di praktik kan di negara barat and banyak blog yang kita boleh refer. dan sangat dianjurkan utk kita yang muslim ni, saya pun sedikit demi sedikit learn how to becoming minimalist, banyak baju2 atau barang2 yang dah disedekahkan dan kita dapat merasakan keselesaan hidup dan ketenangan.Bila hidup tenang maka lebih rapat kita pada yang maha pencipta, mungkin para minimalist malaysia di luar sana should gather & share the idea kan :)
Ya betul, saya setuju dengan idea gather & share itu :-)
Saya baru berjinak-jinak dengan minimalism dalam 2 tahun kebelakangan ni. Alhamdulillah, banyak membantu saya save duit dan simplify banyak aspek dalam hidup saya. Saya jadi kurang risau dan tenang (aishahkamaludin.com)
Ya benar puan Aishah, sejak saya mengamalkan hidup minimalis ni, saya rasa sangat bebas.
We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like.
Memang sangat tenang dan bebas merasai kehidupan tanpa tekanan dan boleh buat apa je yang kita nak buat. I started to feel good about myself, not because of what i’ve owned but just because of who are me.
hai Naim…
im fariha. boleh sy dapatkan nombor untuk dihubungi? kami nak buat topik mengenai minimalist di malaysia untuk program tv kami.
Maaf puan.
Minimalist ni memang sangat dianjurkan dalam Islam. Contoh paling terbaik minimalist practitioner adalah Rasulullah sendiri… terbaik artikel ni. Kalau boleh kita berjumpa dan berbicara…
Alhamdulillah. Terima kasih sudi singgah membaca penulisan ini tuan.
Assalamualaikum
Salam kenal dari Indonesia
Terimakasih atas blognya yang sangat menginspirasi.. Saya senang bisa sampai di blog Anda. Semoga Anda dirahmati Allah selalu.
Apa yang anda kotakan di artikelnya ini saya setuju sepenuhnya.. Saya pun saat ini sedang belajar menjalani gaya hidup minimalist, ini adalah hari ke 4 saya.
Bagi seorang perempuan amat sangat sulit untuk menjalani ini dimana biasanya akan memiliki banyak sekali barang, bahkan untuk lipstik saja memiliki banyak pilihan warna, belum lagi baju sepatu dan lain lain.
Apalagi untuk seorang istri sekaligus ibu. Belum lagi barang barang yg sentimental. Oouuh rasanya ingin menangis saat harus didonasikan.
Tapi saya melihat banyak juga ibu ibu yang sukses menjalani hidup dengan minimalist. Saat ini saya sedang berjuang untuk itu… Please doakan saya ya.. Semoga bisa menjadi minimalist no matter how slow it takes. Saya berani memulai karena satu keyakinan bahwa… Saya ingin lebih bermanfaat dalam hidup.
salam hangat saya untuk semua minimalist yang mengunjungi blog v ini.
Salam
Wassalam,
Salam kenal juga dari saya.
Saya mendoakan setiap perubahan ke arah kebaikan yang anda lakukan dipermudahkan.
Sesuatu perubahan memang sukar tapi tidak mustahil. Dan saya jamin hidup dengan cara sederhana sangat mendamaikan (dimana sekarang ini saya sedang merasakannya)
Kita tidak perlu berfikir perkara remeh dan lebih banyak masa untuk rehat.
Semoga kita saling berbagi tips nanti.
tengok bro punya blog pun cukup minimalis, saya setuju dengan pendapat, rasa bersyukur lagi penting, cumanya kat malaysia nih, banyak sangat simpan barang kenangan, jadi perlukan stor yang luas. Tapi orang minimalis tentu suka bersedekah, kerana tak mahu banyak barang dalam rumah
Bersedekah untuk barang yang tak diperlukan, yep, salah satu daripadanya (atleast saya macam itu)..
Tapi bagi saya apa yang lebih penting lagi adalah kita buat perancangan siap2 sebelum beli sesuatu benda. Jangan mudah terikut kemahuan.
Masalahnya disini, nak menahan nafsu tu part yang susah sebenarnya kan tuan..
saya setuju, terima kasih di atas perkongsian ini, saya pun suka konsep minimalist????