Apakah custom album?
Bagaimanakah rupa bentuk custom album?
Saya pasti anda akan bingung jika ditanya oleh fotographer wedding seperti saya apakah jenis album yang diingini, samada custom album, photobook ataupun sticky album.
Baiklah, pada post ini saya akan menerangkan kelebihan custom album yang saya hasilkan untuk customer saya.
Kenapa saya syorkan anda ambil custom album?
Sebab yang pertama adalah ia ekslusif , kemas dan sangat berkualiti tinggi.
Foto-foto perkahwinan anda yang indah akan disusun dan dicetak membentuk storyline yang menceritakan kemeriahan perjalanan majlis, diolah secara eksklusif mengikut kreativiti editor.
Setiap design terutamanya muka hadapan (cover) adalah tidak sama dengan album lain, dan ia dibuat khas untuk anda.
Ini membuatkan setiap helaian album ini penuh nilai sentimental dan tidak membosankan sesiapa yang melihatnya.
Sebab itulah ia eksklusif.
Saiz album ini adalah pelbagai, iaitu:
- 8 x 12 inci
- 10 x 12 inci
- 10 x 15 inci
- 12 x 15 inci
- 12 x 18 inci
Setiap helaian custom album dicetak diatas material yang tebal, kalis sinar UV dan sangat berkualiti tinggi, menjadikan ia sukar rosak, jauh lebih tahan lama berbanding album biasa yang lain.
Bahagian cover custom album biasanya diperbuat daripada kaca kristal yang tahan calar, namun ia boleh digantikan dengan material lain seperti kulit dan mengikut citarasa anda.
Saat anda menyentuh dan memegangnya, pasti anda merasa ianya kemas dan solid ditangan anda.
Cuma kekurangan custom album adalah ianya berat dan tidak sesuai dipegang oleh kanak-kanak kecil.
Namun itu tidak menjadi masalah, kerana yang paling penting yang anda akan dapat adalah, kepuasan!
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh bertanyakan pada ruangan komen dibawah. InsyaaAllah saya akan menjawab se-detail yang mungkin.
Portfolio hasil kerja saya anda boleh lihat disini
Tinggalkan Komen Anda..
kalau cetak semula album kosong custom boleh tak sebab gambar pada cover dah pudar dan rosak.. softcopy saya masih ada
Boleh bang, selagi ada softcopy insyaAllah album boleh sentiasa buat balik.
Lau custom album, prmkaan mne yg lbih baik?. Plih yg glossy atau matte?
Ikut citarasa masing-masing. Kalau saya lagi suka glossy.
Saiz 12×18 inci tu adalah saiz custom album yang paling besar ke??..ke ada lg besar??berapa pages??
Setakat ini itu yang paling besar.
Berat tu kak kalau lagi besar sebab dia cover kaca.
Ooo..cmtu????..hihi..okay..thanks ya
you’re welcome!
Saya dah Ada spftcopy gambar kahwin. Boleh designkan tak? & Harga dia mcam Mana ya?
Boleh.
Harga saya kira berdasarkan jenis album + upah edit
salam..macam mana ye nak repair cermin crystal custom album yang retak?
Wassalam Kak,
Kalau dah pecah cermin tu tak boleh repair dah. Kena buat album baru