Memahami Erti Sabar Yang Sebenar

sabar
Photo by Greg Rakozy on Unsplash

Apakah sebenarnya sabar?

Adakah belajar untuk menerima apa sahaja?

Makna kesabaran juga boleh difahami dan diertikan dengan “bertahan”

Orang yang bersabar dapat menahan diri dari melakukan sesuatu yang tidak disukai Tuhan.

Dalam masa susah, orang yang sabar tidak mengeluh, tidak berfikir negatif tentang Tuhan, dan tidak berputus asa menyembah Allah.

Dalam saat yang senang, sabar adalah bermaksud kita mampu menahan diri daripada menggunakan segala nikmat Tuhan untuk membuat perkara dilarangNya.

Sabar juga bermaksud untuk terus menyembah-Nya dengan sungguh-sungguh sama seperti ketika waktu susah, dan tidak membiarkan waktu senang membuatkan kita malas dan lalai untuk beribadah.

Sabar juga bermaksud tetap berdiri teguh dalam kehidupan.

Walau apa pun ujian yang dilemparkan dalam hidup kita, jika kita mempunyai sabar, kita akan terus tetap mematuhi dan menyembah Tuhan, dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya.

Sabar ni ada dua kategori..

First sabar yang macam biasa kita selalu buat.

Macam, menahan perit suatu dugaan,  sabar tahan marah , pendam perasaan , pendam rasa sakit. Tu sabar yang biasa.

Tapi sabar yang kedua ni ialah Sabar dengan sabar yang indah.

Orang yang dalam jenis ni, dia terima sesuatu musibah tu dengan rasa gembira.

Macam kanak-kanak  dapat gula-gula atau lebih lagi dari itu.

Dan dia menganggap, jika dia bersabar, Allah akan angkat darjat dia.

Dalam hidup kat dunia yang fana ni, kita kena sentiasa Husnuzon dengan Allah.

Everything happen for a reason or what Islam taught us that everything that happened in our lives might hiding some “hikmah” and yes Allah know best.

Belajar untuk redha.

Redha ni means bila mana kita terima apa yang Allah dah aturkan untuk kita.

Your hardest times often leads to the greatest moments of your life.

Keep the faith.

It will all be worth it in the end.

In Shaa Allah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

7 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nad
Nad
2 tahun yang lalu

Saya nak tanya, adakah seseorang yang mengadu@meluahkan masalahnya dikira orang yang tidak bersabar?

Dibah
Dibah
4 tahun yang lalu

Terima kasih ;)

Wil
Wil
4 tahun yang lalu

????

saya
saya
5 tahun yang lalu

sangat membantu :):):)