Ini adalah review ringkas mengenai rod Tulala Lite Wire 63.
Ia adalah rod Tulala kedua saya selepas Tulala Gargoyle. Oleh itu saya akan berkongsi pengalaman dan pandangan saya mengenai rod ini.
Disclaimer:
Segala pandangan saya mengenai rod ini adalah tidak bersandarkan kepada ujian saintifik. Oleh itu, maklumat yang dinyatakan mungkin mengandungi kesalahan.
Saya tidak mendapat apa-apa insentif dari mana-mana pihak.
Yang baik saya katakan baik, yang buruk saya katakan buruk.
Saya telah menggunakan rod ini selama 2 tahun. InsyaaAllah artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Pengenalan
Lite Wire 63 adalah rod yang terhasil daripada kolaborasi diantara Tulala dan Baksyn. 1
Ia merupakan rod yang istimewa untuk penggunaan wire bait (spinnerbait) kerana pengasasnya, Naoaki Fujimoto, sangat meminati gewang jenis ini.
Menurut Sham Piman, Fujimoto San mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengkaji dan memperbaiki rod prototaip yang direka.
Maka terhasillah dua siri untuk rod ini, iaitu Lite Wire (LW) dan Heavy Wire (HW).
Dan setiap siri mempunyai dua varian berbeza iaitu:
- Lite Wire 70
- Lite Wire 63
- Heavy Wire 70
- Heavy Wire 63
Bersesuaian dengan namanya (lite wire), rod ini sesuai digunakan dengan wire bait yang ringan.
Dan siri Heavy Wire untuk kegunaan game yang lebih kasar dan gewang yang lebih berat.
Design/ergonomic
Rod Tulala Lite Wire 63 mempunyai rekabentuk split handle, dimana hulu pemegangnya diperbuat daripada gabus (cork) yang berkualiti tinggi.
Ia mempunyai pangkal (butt) yang besar dan bulat sebagai balancer.
Secara personal, rod ini dirasakan sangat seimbang bagi saya, walaupun dipadankan dengan reel yang besar dan berat seperti Daiwa Z2020.
Blank rod ini bersambung kepada dua bahagian pada bahagian pangkal (butt jointed).
Rekaannya nampak old school, sememangnya menjadi minat saya berbanding rod yang terlalu beria-beria bab kosmetik.
Ciri khas rod Ini
Seperti tipikal rod Tulala yang lain, warna blank rod ini adalah berwarna coklat gelap dan akan bertukar merah dibawah panahan cahaya.
Ia dilengkapi dengan 10 cincin Fuji SiC.
Tiga daripadanya adalah dari jenis double foot (dari arah reel seat)
Dengan reel seat Fuji jenis ACS, dimana ia adalah kegemaran saya kerana ia memberi lebih genggaman terhadap rod dan lebih sedap digandingkan dengan reel berat seperti Ryoga atau Z2020.
Seperti yang telah dinyatakan, pangkal joran ini berbentuk bulat dan besar.
Prestasi Tulala Lite Wire 63
Casting
Menurut laman blog JetSlow (Kenji Mizuguchi) , Tulala Lite Wire sesuai untuk melontar gewang sehingga maksimum 21 gram (¾ oz).
Aksinya adalah medium action.
Sepanjang menggunakan rod ini, saya mengikat pelbagai jenis gewang dari soft plastic, top water, jerkbait dan crankbait.
Dan sempena nama rod ini, pastilah saya mengujinya dengan wire bait untuk menjerat toman dan haruan.
Rod ini dapat mengendalikan pelbagai jenis gewang yang saya gunakan dengan baik dan sempurna.
Sensitiviti
Ini adalah bahagian yang sukar diceritakan memandangkan saya juga bukan banyak berpengalaman.
Pada pandangan saya, rod ini bagus tahap sensitivitinya, walaupun ia tidak sebanding dengan rod Megabass Destroyer X7 (cyclone advantage) yang pernah saya gunakan.
Saya boleh merasakan getuan kecil, struktur dasaran dan getaran bilah spinnerbait dihujung tali.
Ia membolehkan saya mengetahui bila gewang saya tidak berenang dengan betul, berbelit atau ada sampah/rumpai tersangkut pada gewang.
Dalam ujian saya menggunakan spinnerbait, saya boleh merasakan getaran bilah dari spinnerbait yang sekecil Evergreen D-zone Fry (7 gram) dengan jelas sekali.
Kekuatan
Satu masalah utama pada brand Tulala ini adalah mereka tidak meletakkan sebarang label pada produk mereka.
Ini menyebabkan kita keliru dan tidak tahu poundage rod tersebut.
Untuk Lite Wire 63, pada anggaran saya poundage rod ini adalah sekitar 8-16lb.2
Joran ini fleksible dan kuat.
Ini menjadi identiti kepada blank Tulala sejak sekian lama.
Oleh sebab itu rod keluaran Tulala menjadi pujaan ramai pemancing untuk menggasak ikan dengan yakin.
Sepanjang ujian yang saya lakukan terhadap Lite Wire 63, ternyata apa yang dikatakan adalah benar.
Kekuatan backbone rod ini mula dirasai setelah ia melentur 1/3 rod.
Saya boleh menarik keluar ikan dari belitan samai, reba dan teratai tanpa masalah.
Kekuatan backbone rod ini sangat ampuh dan mampu menghadapi pemangsa yang ganas seperti toman.
Malah saya pernah angkat ikan yang beratnya hampir 2 kg dari tebing yang tinggi menggunakan rod ini sahaja dengan penuh yakin.
Ia adalah Tulala, tiada apa yang perlu dirisaukan tentang kekuatan.
Kesesuaian penggunaan
Walaupun rod diinspirasi untuk penggunaan wire bait, namun pengunaan rod ini tidak terhad.
Rod ini saya dapati sesuai untuk diaplikasikan secara meluas dengan pelbagai teknik. Ia boleh mempersembahkan jerkbait, soft plastic, gewang permukaan dan crankbait dengan baik.
Maka ia boleh dikatakan rod yang agak versatil.
Penutup
Saya berharap mendapat strike dari monster menggunakan rod ini agar benar-benar dapat mengujinya pada suatu hari nanti.
Rod ini bagi saya ringan, kuat dan sangat seimbang.
Walaupun ia rod dua bahagian, namun bila dicantumkan, prestasinya seolah-olah rod one piece.
Jika anda berhajat untuk mendapatkan rod ini, usah ragu-ragu. Ia rod yang bagus.
Setakat ini saya tidak menyesal dengan pelaburan yang dikeluarkan untuk rod ini.
Sumber rujukan:
Tinggalkan Komen Anda..
Bantu review camu camu 61 brother.. tulala x fishy arrow
Maaf brother, saya tiada rod camu camu 61. Jadi saya tidak dapat bantu tuan untuk review rod tersebut.
Salam tuan.
Selain dari panjang, adakah tuan rasa poundage (walaupun tidak dinyatakan) LW63 dengan LW70 sama atau berbeza?
Wassalam Masta,
Saya tak berani nak cakap la tu tuan, sebab saya tak pernah pegang LW70.
Kalau minta banding antara LW63, HW63 dan GG63 insyaaAllah saya boleh bantu.
Maaf ya mastaku
Ok, no problem…
Mana tau ko2 bang Sham ada bagi hint kat tuan ke apa ke…
Takpun Pakcik Naoaki Fujimoto ada bagi tau… v(^_^)v
????????????
Assalamualaikum sipu nk tanya HW63 ni berapa poundage nye yee
Adeh susah tu nak cakap masta sebab dia takde catat kat blank.
Tapi pada anggaran saya, poundage untuk HW adalah sekitar 10-20lb..
blog terbaik setakat ini..ayat ringkas dan mudah difahami..byk ilmu memblog serta ilmu memamcing dipelajari dr blog ini..5 dr 5 bintang
Alamak tuan sifu idola ku, saya hanya menulis sekadar suka-suka sahaja untuk berkongsi.
Ilmu dan pengalaman tuan jauh lebih hebat dari saya. Harap saya ada peluang untuk berguru dengan tuan.
kalau sudah ada review Heavywire nanti tag saya juga tuan..????
InsyaaAllah.
Tapi rasanya tuan lagi makan garam dengan HW ni, orang lama Tulala katakan. hihi.
takde la tuan..saya baru juga menggunakan si tupai ni.????????