Misi Memancing Toman Tasik Beris, Kedah

tasik beris kedah

Ini adalah catatan ringkas saya untuk trip memancing toman Tasik Beris yang lepas.

Ini adalah kali pertama saya ke sini untuk menduga mama toman yang dikatakan cukup ganas dan bertenaga.

Walaupun trip ini dirancang secara tergesa-gesa tanpa persediaan rapi, namun ia memberikan memori yang mendalam kepada saya.

Di sini saya catat beberapa persediaan yang wajar jika ingin menduga penghuni di sini.

Lokasi Tasik Beris

peta tasik beris

Tasik Beris terletak di daerah Sik Kedah merupakan sebuah tasik kian popular dengan tomannya.

Untuk menuju ke sini tidaklah sukar lantaran tasik ini terletak di sebelah jalan utama sahaja.

Perjalanan saya dari Jertih Terengganu adalah lancar dan mengambil masa lebih kurang 4 jam sahaja.

Saya menginap di chalet Hill Lake View yang terletak betul-betul di tepi tasik beris.

Kemudahan dan kebersihan chalet ini cukup memuaskan hati. Ia dilengkapi penghawa dingin dan sangat selesa.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

 

Catatan Hari Pertama

toman tasik beris
Akhirnya toman menyerah diri pada lewat petang

Pada hari pertama, guide yang membawa kami meneroka Tasik Beris adalah Fendi KN.

Permulaan hari kurang baik kerana hujan bermula sejak dari jam 4 pagi sehingga hampir jam 9.

Ini menyebabkan air sejuk dan ikan kurang aktif. Mama toman kebanyakkannya tidak berminat dengan gewang yang dilontar.

Pada waktu tengah hari, ribut kembali melanda dan kami mengambil keputusan untuk berteduh disebuah pondok.

Pemburuan diteruskan pada waktu petang selepas ribut reda.

Alhamdulillah, akhirnya seekor toman berjaya dipujuk oleh Wan Syam dengan Rapala Fat Rap.

Saya mendapat sambaran toman pada saat-saat akhir lewat petang namun hookup kurang solid menyebabkan ikan rabut.


Catatan Hari Kedua

Hari kedua cuaca sangat baik dengan matahari menyinar terang.

Hari ini kami dibawa oleh guide Amrie.

Namun malangnya, pada hari tersebut setelah hanya satu jam memancing, saya telah menerima panggilan kecemasan dari kampung (kematian ahli keluarga) yang memerlukan kami pulang segera.

spinnerbait toman
Spinnerbait yang kangkang dan gagal menahan asakan gila mama toman!

Tetapi dalam masa sejam tersebut, saya telah menerima strike lost control dari mama toman yang menyebabkan saya menggigil sepanjang hari.

Inilah menyebabkan saya sentiasa teringat-ingat kepada toman beris!

Peralatan & Gewang Yang Sesuai

Disebabkan oleh tasik ini dipenuhi oleh tumbuhan akuatik (samai), maka rod dari kelas heavy adalah lebih sesuai.

Tambahan pula kudrat mama toman di sini yang luar biasa memang memerlukan kita menyediakan peralatan yang wajar.

Oleh itu rod berkekuatan sekurang-kurangnya 10-20lb ke atas adalah wajib untuk membrek toman di sini dari masuk ke samai.

Dalam trip ini, saya gagal menahan asakan mama toman sebanyak tiga kali kerana penggunaan rod yang kurang sesuai.

tulala lite wire 63
Tulala Lite Wire gagal untuk menahan asakan toman beris. Rod yang lebih kuat diperlukan di sini.

Gewang yang popular dan boleh dikatakan wajib di tasik beris ini adalah spinnerbait.

Menurut guide di sini, spinnerbait yang terbaik adalah seberat 20 gram ke atas.

Spinnerbait yang terbukti berkesan dan mampu bertahan dengan asakan toman ganas disini adalah keluaran Din Labatta dan Atok Lure.

Selain itu, spinnerbait klasik seperti dari Jenama Hart juga berkesan namun ia lambat tenggelam ke dasar.

Teknik Yang Digunakan Untuk Memburu Toman Tasik Beris

Teknik yang kami gunakan adalah dengan mengacau anak toman.

Spinnerbait akan dilontar betul-betul pada segerombolan anak toman yang sedang mengambil udara untuk menimbulkan kemarahan induknya.

Induk toman tersebut selalunya akan berada di bawah kumpulan anak toman itu untuk mengawasi anak-anaknya dari sebarang ancaman.

Namun jangan disangka ia mudah diperangkap.

Kadang-kadang kita meluangkan masa untuk memujuknya menyerang gewang yang dihulurkan.

 

Penutup

Dalam trip ini, walaupun saya kurang bersedia dan ada panggilan kecemasan pada hari kedua, namun saya agak berpuas hati.

Tasik Beris memang terbukti mempunyai toman yang power dan populasinya masih terjaga.

Terima kasih juga kepada guide beris Fendi KN dan Amrie yang sememangnya terbaik.

InsyaaAllah saya akan repeat lagi pada lain masa.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

12 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
tajul arifin
tajul arifin
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum admin kalau tak keberatan boleh saya tahu berapa kos untk trip memancing di tasik beris

adisensei
adisensei
3 tahun yang lalu

Mantap masta kuuu ! lama nda jalan2 di blog mu ni..terbaikkk !!

OLAOLI
4 tahun yang lalu

utamakan keselamatan. gunakan jaket keselamatan bro. saya pernah terbalik sampan masa memancing. alhamdulillah pakai life jaket.

titan
4 tahun yang lalu

dah lama tak mancing.

kena cari balik joran nih.

haha

Pijan Madinil
5 tahun yang lalu

Terbaik cam biasa (^_^)d…
Boleh tahu kos penginapan & memancing (pakej) selama 2 hari tu.

Pijan Madinil
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Takpa, Hero kalah dulu… Hahaha…
Alright, TQ for the info. Mana tahu suatu hari nanti…

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading