Tema WordPress Premium VS Tema Percuma (Kelebihan & Kekurangan)

developer tema wordpress premium

Apakah kelebihan tema wordpress premium?

Beberapa tahun lalu, harga sesuatu tema adalah biasanya petunjuk untuk melambangkan kualitinya.

Tema wordpress percuma selalunya mempunyai kod yang tidak bagus, dan selalu disalahgunakan untuk mencuri data sensitif pengguna dengan cara paling licik.

Tetapi masa telah berubah..

Kebanyakkan developer dalam komuniti wordpress sekarang sudah banyak membina tema yang cukup berkualiti untuk dipilih.

Sebenarnya, tema wordpress percuma bukanlah teruk. Malah ada yang kualitinya setara dengan tema premium.

Jika tema percuma sudah cukup bagus, maka mengapa kita perlu susah-susah ambil peduli dengan tema wordpress premium?

Saya akan jelaskan mengapa.

Kelebihan Tema WordPress Premium

Mesti ada sebab mengapa ia layak menerima bayaran.

Jika anda kurang jelas mengapa ia layak untuk dibayar, saya akan jelaskan apa faktor yang menjadikan sesuatu tema itu premium:

  • Selalu diupdate

Mungkin alasan yang paling kukuh untuk memilih tema premium adalah kerana tema seperti ini biasanya dikemaskini dengan kerap.

WordPress adalah CMS (content management system) yang berevolusi dengan pantas, maka mempunyai tema yang sentiasa dikemas kini untuk patch isu-isu keselamatan terbaru adalah faktor yang kritikal.

  • Bantuan berterusan

Developer tema premium pasti akan menghulurkan bantuan sebaik yang mungkin, sama ada melalui forum, live chat atau menerusi sistem tiket menggunakan emel.

Tema percuma hanya mungkin ada forum terbuka untuk bantuan.

  • Dokumentasi yang baik

Kebanyakkan tema premium menyertakan PDF yang terperinci menerangkan bagaimana menggunakan tema mereka sebaik yang mungkin.

Pendokumen sebegitu biasanya tiada dengan tema percuma.

  • Tiada pautan kepada developer

Tema percuma selalunya meletakkan pautan credit kepada developer yang muncul pada footer tema.

Ini mungkin menjadi sesuatu yang ‘mencacatkan’ jika anda menjalankan website rasmi untuk perniagaan.

Walaupun perkara ini sudah semakin kurang dijumpai dalam tema percuma, tema premium adalah cagaran terbaik memastikan tiada perkara sebegini.

  • Design yang kurang dikenali

Oleh kerana tema wordPress percuma begitu popular, maka tidak mustahil untuk menjumpai berpuluh-puluh laman web untuk menggunakan satu design yang sama.

Tema premium adalah kurang dikenali, menjadikan laman web anda berbeza daripada orang lain.

Tema WordPress Premium

Kekurangan Tema WordPress Premium

Setiap benda pasti ada kekurangan tersendiri. Ia sama ada kekurangan itu merugikan anda atau tidak, ianya terpulang kepada anda.

Disini saya senaraikan kekurangan tema premium.

  • Harga (mahal)

Biasanya developer yang terkenal berpangkalan di luar negara.

Dan matawang yang digunapakai adalah standard US Dolar. Apabila ditukarkan kepada ringgit malaysia, harganya boleh membuatkan anda cirit-birit. (atleast untuk orang kedekut macam saya)

Untuk mendapatkan satu tema premium dari developer yang bagus, ie studiopress; anda harus sanggup melabur sekurang-kurangnya RM400.

Ianya akan menjangkau ribuan ringgit jika anda mengupah designer untuk membina custom design khas.

  • Konfigurasi yang kompleks

Kebanyakan tema premium mempunyai panel administrator mereka tersendiri, dan datang dengan pelbagai tetapan penyesuaian, yang mungkin menyebabkan anda mengambil masa untuk belajar memahami bagaimana ia berfungsi.

  • Ciri-ciri yang tidak diingini

Selalunya tema premium cenderung untuk menambah pelbagai ciri-ciri khas dalam tema mereka, seperti slider, page builder, paparan tambahan.

Jangan mudah termakan dengan taktik marketing.

Mereka akan menawarkan apa yang anda tidak perlukan, seolah-olah feature itu wajib dimiliki.

Sementara perkara-perkara ini membuatkan tema tersebut sangat versatil, ciri-ciri terlampau yang banyak membuatkan ia tidak stabil.

Kesimpulan

Secara umumnya, faktor yang paling utama untuk dilihat semasa memilih tema, percuma atau premium, adalah kualiti yang digunakan untuk membinanya.

Kualiti kod dalam sesuatu tema akan mempengaruhi banyak perkara, dari segi keselamatan hingga kepada kelajuan website.

Cara yang paling mudah untuk mengukurnya, adalah dengan membaca review oleh orang yang telah menggunakannya.

Jika tema tersebut mempunyai laman forum terbuka, sila cari dan teliti apa masalah yang dihadapi pengguna.

Dan perhatikan bagaimana respon developer tersebut terhadap memberi penyelesaian kepada setiap aduan.


Saya ada menulis artikel berkenaan bagaimana memilih tema yang bagus dan sesuai.

Baca artikel tersebut disini

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments