Memilih Tali Pancing Terbaik: Braid VS Mono VS Fluorocarbon

tali pancing terbaikApakah tali pancing terbaik?

Ini sebenarnya satu persoalan yang agak popular dikalangan pemancing.

Sesetengah orang mungkin berpendapat tali sulam (braid) adalah pilihan muktamad.

Ada juga pemancing lebih gemar melontar fluorocarbon, dan malah ada yang tidak mempedulikan tali jenis lain selain daripada tali tangsi (mono)

Jadi bagaimana pilihan anda?

Dalam perbandingan ini, kita akan melihat kelebihan, kekurangan dan apakah situasi yang paling sesuai untuk setiap jenis tali.

 

1# Tali Monofilamen (Tangsi)

tali tangsi

Tali tangsi atau mono adalah antara generasi tali pancing yang terawal wujud dipasaran.

Ia cukup popular digunakan diseluruh dunia oleh pemancing dan nelayan untuk mencipta rekod-rekod yang terhebat.

Ia telah lama wujud sebelum terciptanya tali sulam dan fluorocarbon.

Kelebihan Tali Mono

1# Harga Yang Murah

Dalam kesemua jenis kategori tali pancing, tali tangsi (mono) adalah yang termurah.

Oleh itu ia selalunya dipilih oleh kebanyakan orang untuk untuk memancing, terutama mereka yang baru menceburi dunia memancing.


2# Lebih Mudah Digunakan

Pilihan terbaik untuk mereka yang masih dalam proses belajar membaling adalah tali mono (tangsi)

Tali tidak lembut dan tidak juga terlalu keras, malah senang dileraikan jika berlaku birdnest. Kelebihan lain tali mono adalah ia senang untuk diikat berbanding tali lain.

Tali Fluorocarbon adalah lebih keras dan sukar dilontar.

Tali sulam pula terlalu lembut kerana tiada memori dan ia sangat sukar dileraikan jika berlaku birdnest.


3# Daya Regangan Yang Tinggi

Tali mono mempunyai regangan yang tinggi.

Mengapa ciri ini penting?

Memancing menggunakan tali yang mempunyai daya regangan yang tinggi akan membantu ia lebih elastik dan fleksibel.

Sebagai contoh, jika anda memancing dengan tali sulam dimana ia tiada daya regangan, dan sistem drag pada reel tidak diset dengan betul (serta menggunakan aksi joran tidak sesuai) — risiko untuk ikan terlepas adalah sangat tinggi.

Sebaliknya, sifat tali mono mempunyai sedikit daya regangan akan membantu menyerap daya tekanan terutamanya ketika kita melakukan sentapan.

Penambahan daya regangan juga akan membantu bila memancing menggunakan treble hook kerana ia menjadikan gewang sukar untuk diluahkan dari mulut ikan.

Oleh itu, tangsi adalah tali yang sangat bagus bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia mengilat.


4# Mempunyai Daya Keapungan Sederhana

Tali sulam terapung, fluorocarbon cepat tenggelam dan sifat tali mono diantara keduanya.

Walaupun ia tidak terapung seperti tali sulam, tetapi ia tidaklah tenggelam terlalu cepat seperti tali fluorocarbon.

Kita perlu peka dengan perkara ini apabila menggunakan teknik pancingan yang berbeza.

Contohnya dalam aspek pemilihan gewang yang ingin digunakan.

Memahami Kekurangan Tali Mono

Di atas saya telah terangkan beberapa kelebihan, maka di bawah ini saya akan terangkan pula kekurangan tali ini pula:

1# Tali Mono Kurang Sensitif

Seperti kita maklum, tali mono mempunyai daya regangan tinggi dan lebih elastik, tetapi ciri ini ada kekurangannya.

Oleh kerana daya regangan tinggi, maka ia tidaklah sensitif seperti tali fluorocarbon atau sulam.

Sensiviti sangat penting terutamanya untuk mengesan apa yang berlaku pada gewang kita di bawah air sana.

Sifat Fluorocarbon adalah lebih baik untuk faktor ini, tetapi kita akan bincangkan dengan lebih lanjut pada bahagian dibawah.


2# Kurang Tahan Geseran

Tali mono tidak terlalu tahan geseran.

Berbanding dengan dengan tali fluorocarbon yang sama kekuatan, tali mono adalah lebih lemah terhadap geseran.

Jika anda memancing dengan tali ini dikawasan yang berbatu atau sekitar struktur, risiko untuk putus adalah tinggi jika berlaku geseran.

Untuk mengurangkan  risiko ini sentiasalah memeriksa sebarang luka atau kekasaran pada tali anda.


3# Tali Mono Menyerap Air & Sinar UV

Kekurangan tali mono yang lain adalah ia menyerap air dan juga cahaya.

Tali monofilamen mudah dilemahkan oleh sinar UV.

Oleh itu, lebih banyak anda keluar memancing dengan tali mono, maka lebih keraplah anda perlu menukar tali ini.

Saya mencadangkan anda menukar tali mono sekurang-kurangnya setahun sekali.

Bilakah Sesuai Menggunakan Mono?

1# Bila menggayakan gewang permukaan air

Tali mono sesuai untuk gewang permukaan air.

Selalunya bila memancing menggunakan gewang permukan air seperti katak plastik, bila ikan menyambar kita akan terkejut lalu membuat sentapan awal sehingga gewang rabut dari mulut ikan.

Salah satu cara mengatasi masalah ini adalah menggunakan tali mono.

Mengapa?

Kerana daya regangan & fleksibiliti tinggi akan melambatkan hookset, dan memberi lebih masa untuk ikan mengumam gewang.

Selain itu, tali mono lebih bagus daya apungannya berbanding tali fluorocarbon.

Ini akan membantu gewang permukaan beraksi dengan lebih baik.

Walaubagaimana pun, saya tidak mencadangkan penggunaan tali mono di kawasan heavy cover kerana ia tidak tahan geseran.


2# Bagus Untuk Pemancing Baru Menggunakan Baitcaster

Tali mono sangat sesuai untuk beginner kerana:

  • Lebih senang untuk diikat
  • Senang untuk dilontar
  • Lebih mudah untuk dileraikan

Maka ini adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang masih dalam proses belajar, terutama mereka yang ingin belajar menggunakan BC.

Lagi pun jika berlaku backlash, tidaklah rasa kesal sangat untuk memotong tali yang berselirat tersebut.

 

2# Tali Fluorocarbon

Kelebihan Tali Fluorocarbon

1# Halimunan Di Dalam Air

Tali fluorocarbon telah menjadi fenomena kepada pemancing pada hari ini.

Mengapa tali ini istimewa?

Salah satu sebabnya adalah tali adalah hampir tidak boleh dilihat (halimunan) di bawah air.

Ini sangat memberi kelebihan untuk memburu ikan yang culas dan terlalu waspada.

Ramai orang mengatakan mereka mendapat lebih sambaran bila menggunakan tali fluorocarbon


2# Tahan Geseran

Tali Fluorocarbon lebih tahan geseran berbanding tali nylon (mono) dan tidak terjejas oleh sinar UV.

Ia sangat tahan lelasan dan tidak mudah dilemahkan oleh bahan kimia.

Oleh itu ia menjadi pilihan terbaik untuk memancing di kawasan yang penuh struktur.


3# Tahap Sensitiviti Tinggi

Fluorocarbon adalah jauh lebih sensitif berbanding tali mono biasa.

Ini boleh menjadi perbezaan besar apabila kita perlu merasai apa yang berada jauh di dasar tasik atau mengesan sebarang gigitan ikan.


3# Kurang Daya Regangan

Walaupun ia masih mempunyai sedikit daya regangan, tetapi ia tidaklah sebanyak tali mono.

Sifat ini akan membantu mempercepatkan proses hookset dan tancapan kukuh menggunakan single hook seperti gewang spinnerbait ke mulut ikan.


4# Kadar Tenggelam Tinggi

Salah satu sifat tali fluorocarbon adalah kadar penenggelaman yang tinggi.

Sifat ini akan menjadi kelebihan kepada kita bila memancing menggunakan gewang deep diving atau soft plastic yang memerlukan junaman pantas ke dasar.

Memahami Kekurangan Tali Fluorocarbon

1# Harga Yang Sangat Mahal

Ia jauh lebih mahal berbanding tali mono.

Harganya mungkin 4 atau 5 kali ganda lebih mahal berbanding tali mono.

Mungkin kalau nak jimat, jika anda ingin gunakan tali ini sebagai tali utama anda boleh backing dengan tali mono dulu sebelum menyambung dengan tali fluoro.


2# Tali Fluoro Adalah Lebih Keras

Fluorocarbon adalah keras dan mempunyai lebih memori berbanding tali mono.

Jadi ia akan menjadikan ia sukar dilontar jauh bila menggunakan gewang yang lebih ringan.

Oleh kerana ia mempunyai memori yang kuat, maka ia sukar digunakan dengan reel spinning.


4# Sukar diikat

Bila melakukan ikatan dengan tali fluoro, adalah penting untuk membasahkan tali.

Jika tidak, ia akan melemahkan tali pada bahagian ikatan.

Selain itu, sifatnya yang keras akan menyukarkan sikit proses ikatan.

Kita perlu lebih teliti untuk menyiapkan ikatan yang rapi.

Bila Waktu Sesuai Menggunakan Tali Fluorocarbon?

1# Sebagai perambut

Oleh kerana ketahanannya yang bagus terhadap geseran, tali ini amat sesuai dijadikan perambut untuk perairan yang dipenuhi struktur.

Selain itu, sifat tenggelamnya akan membantu selaman gewang menjunam lebih pantas.


2# Kaedah finnesse dan Soft Plastic

Fluorocarbon adalah tali yang sangat sensitif.

Malah sifatnya yang halimunan adalah faktor yang penting.

Oleh itu ia sangat bagus untuk aplikasi finesse dan penggunaan soft plastic tanpa pemberat untuk menduga penghuni dasar yang sensitif.

 

 

3# Tali Sulam (Braid)

tali sulam braided

Kelebihan Tali Sulam

Tali sulam boleh dikatakan sebagai tali yang wajib kepada semua pemancing pada zaman ini.

Kita boleh menemui pelbagai jenis, kualiti dan harga dipasaran. Jadi apakah kelebihan tali ini?

1# Tiada daya regangan

Tali sulam tiada regangan. Zero.

Sifat ini akan memberikan anda kebolehan untuk membuat hookset yang sangat pantas terhadap ikan.


2# Sangat sensitif

Oleh kerana tiada regangan pada tali ini, ia sangat sensitif walaupun hanya terdapat pergerakan kecil pada hujung tali.

Maka ia sangat sesuai untuk merasai pergerakan gewang.


3# Tiada Memori

Tidak seperti tali mono, ia tiada memori langsung.

Ini bermaksud ia sangat best digunakan pada reel spinning (dan juga baitcaster) kerana kita tidak akan rasa tali seperti ingin melimpah dari spool.

Tali akan keluar dan masuk dengan lembut dan lancar.


4# Keapungan Yang Tinggi

Tidak seperti tali mono dan fluoro, sifat tali sulam adalah terapung.

Ini menjadikan ia sangat sesuai untuk persembahan gewang ringan dan teknik topwater.

Ia membolehkan gewang dilontar jauh dan beraksi dengan lebih baik kerana tidak diganggu oleh berat tali.


5# Sangat Kuat berbanding diameter

Tali sulam sangat kuat walaupun berdiameter kecil.

Malah jika dibandingkan dengan tali mono atau fluorocarbon yang sama kekuatan, diameternya jauh lebih halus.

Oleh itu, ia adalah pilihan utama sebagai tali untuk teknik casting kerana lebih banyak tali boleh dimuatkan dalam reel yang kecil.

Ia juga menawarkan lebih kawalan terhadap ikan bila bermain dikawasan struktur yang padat seperti heavy cover.

Kekurangan Tali Sulam

1# Keterlihatan dalam air 

Berlawanan dengan fluoro yang halimunan, tali sulam “sangat nampak” di dalam air.

Disebabkan hal ini, ramai pemancing akan menggunakan fluorocarbon sebagai perambut.

Pada asasnya, kombinasi ini akan menggabungkan ciri kekuatan tali sulam dengan sifat halimunan tali fluorocarbon.


2# Serapan daya kejutan yang lemah 

Tali mono memang terbukti sangat bagus menyerap daya kejutan, tetapi tali sulam tidak.

Untuk menyelesaikan masalah ini, dicadangkan menggunakan rod yang lebih lembut dan mengurangkan sedikit kekuatan setting pada drag.

Ini untuk mengelakkan tali daripada meletup.


3# Tiada daya regangan 

Walaupun tali tiada regangan adalah satu kelebihan, ia juga boleh menjadi titik kelemahan seperti tali boleh meletup secara tiba-tiba (contohnya ketika birdnest).

Walaupun begitu, risiko ini boleh dikurangkan dengan sedikit latihan.

Nanti lama-lama, kita akan OK.


4# Sukar Diikat 

Tali sulam sukar diikat berbanding tali mono.

Mengapa?

Sebab halus yang amat.

Dan terlalu lembut.

Ia memerlukan lebih lilitan dan lebuh perhatian semasa membuat ikatan untuk memastikan tali dapat grip dengan elok.

Ia memerlukan sedikit disiplin dan latihan untuk menguasai tali ini.

Bila Waktu Sesuai Menggunakan Tali Sulam?

1# Untuk membaling jauh 

Oleh kerana sifat tali sulam yang tiada memori, ia adalah pilihan terbaik untuk membaling gewang sejauh mungkin.

Ia sangat sesuai untuk membaling gewang yang ringan dan kecil.


2# Memancing dikawasan rumpai (heavy cover) 

Walaupun tali sulam tidak tahan bergeser dengan benda tajam dan keras seperti batu, tapi ia cemerlang bila bertempur dikawasan rumpai air.

Ia boleh memotong tumbuhan akuatik seperti teratai dengan mudah sekiranya ikan membuat belitan disekeliling tumbuhan tersebut.

Oleh itu ia pilihan yang utama untuk permainan heavy cover.

 

 

Kesimpulan..

Sebenarnya pemilihan tali pancing terbaik bergantung kepada situasi.

Sesetengah keadaan memerlukan kita memilih tali sulam.

Dan sesetengah keadaan memelukan kita menggunakan tali fluorocarbon.

Adakalanya, penggunaan tali mono lebih efektif seperti permainan popper.

Oleh itu, saya berharap penerangan ringkas ini mengenai kelebihan & kekurangan setiap jenis tali pancing akan membantu anda memahami dengan lebih jelas.


Jika terdapat kesalahan pada artikel ini, mohon perbetulkan saya pada ruangan komen di bawah.

Semoga kita semua dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

11 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Fikri ibrahim
Fikri ibrahim
5 tahun yang lalu

Izinkan Saya share artikel ini

Saufi
Saufi
5 tahun yang lalu

saya baru lagi dalam memancing nih. terutama sekali dalam BC nih… saya nak tanya, kalau saya pasang braid kat BC saya, perlukah saya pasang pasang perambut mono atau fluro kat hujung? kalau perlu, yang mana satu dan berapa panjang kena pasang… saya tengok kat youtube, diorang cakap tali “leader” tu merujuk kepada perambut ker?

Marisa johni
Marisa johni
6 tahun yang lalu

D tmpt sy cra mmancing adlh sngt bbezadn sy mmerlukn tangsi yg halimunan d sebabkn cra pancingan sy mmerlukn ikan myentuh tangsi. mono mmg baik tp ia agk mudh terluka dgn sisik ikan fluro baru nk cba.apa yg tuan ble katakn dgn fluro tentang sensitif bila ikan menyentuh tangsi adkh ia sma dgn tangsi mono?

Marisa johni
Marisa johni
6 tahun yang lalu

Apkh yg d maksudkn dgn lb? Adkh ianya saiz tangsi….dn kg yg ditulis ‘test’ adkh ia bmaksud berat atau beban berat bla blaku kejutan ketika myentap ikan?

nano
nano
Reply to  Muhamad Naim
6 tahun yang lalu

Apa pla maksud yard bro, misalnya dkt sticker fc, 50yd mcmtu

aris
aris
Reply to  Muhamad Naim
6 tahun yang lalu

boss,, boleh kasih saran tx..saye nk cari tali tangsi yg kuality bagus dan kuat biasa guna tali tangsi ap y…brand ap??? mksih.