Bagaimana Melakukan Balas Sentapan Yang Sempurna?

Sentapan yang tepat bila memancing
Timing yang tepat semasa melakukan sentapan akan memberikan hookset yang sempurna!

Mungkin perkara ini tidak relevan bagi sesetengah orang.

— Jika ikan menyambar gewang, tarik sahaja la kan?

Perkara ini mungkin tidak menjadi masalah jika kita memancing ikan rakus seperti sebarau atau siakap menggunakan gewang minnow.

Namun, bagi sesetengah teknik dan spesis ikan, ia memerlukan skill dalam membuat sentapan (hookset)

Contohnya bila kita menggunakan soft plastic, jig atau gewang permukaan.

Atau spesis yang mempunyai rahang yang keras seperti lady fish atau mulut mudah koyak seperti kelah.

Ia adalah moment yang paling kritikal diantara solid hookup, hookup sipi-sipi sahaja atau tak dapat hookup langsung.

Baca Sepenuhnya

Gewang Killer: Kaedah Menggayakan Gewang Jerkbait

gewang jerkbait
Master gewang jerkbait, Mr. Teru

Tahu apakah faktor yang paling mencetuskan nafsu ikan pemangsa untuk menyerang?

— apabila terdapat ikan kecil yang sedang cedera atau hampir mati, dimana ia adalah sasaran mudah.

Ia adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh banyak pemangsa!

Berdasarkan tabiat inilah munculnya asas penciptaan gewang jerkbait.

Gewang jerkbait dicipta untuk meniru mimik ikan yang sedang cedera, seolah-olah ia tidak dapat berenang dengan sempurna, kelemasan dan menunggu masa untuk mati.

Sebab itulah ia cukup killer untuk kebanyakkan spesis ikan pemangsa.

Baca Sepenuhnya

5 Kaedah Menggayakan Gewang Permukaan Secara Efektif

teknik gewang permukaan
Letupan ganas pada gewang permukaan memang satu saat yang sangat mengujakan!

Dalam dunia mengilat, tiada yang lebih mengujakan daripada gewang permukaan.

Letupan sambaran ganas secara tiba-tiba mampu membuatkan jantung kita berhenti berdegup seketika.

— Boleh lembik lutut dibuatnya!

Artikel ini akan memaparkan 5 teknik berkesan untuk menggayakan gewang gewang permukaan serta perkara-perkara lain yang perlu diketahui.

Baca Sepenuhnya

Tips Memancing Siakap Merah Dengan Soft Plastic

siakap merah soft plastic

Antara spesis yang sentiasa mencetuskan adrenaline rush kepada pemancing adalah Siakap Merah. Mengapa?

— Pastilah kerana ia ikan yang sangat agresif dan kuat!

Ia akan menghentam gewang dengan cukup padu dan berjuang sepenuh tenaga untuk melepaskan diri.

Taktiknya juga cukup licik dan jahat.1. Spesis ini adalah game fish yang hebat kerana, apabila ia dalam mood yang yang baik, ia akan menghentam pelbagai jenis gewang yang dihulurkan.

Maka tidak hairanlah ia sangat disanjungi oleh pemancing kita.

Baca Sepenuhnya