3 Sebab Penting Mengapa Kita Perlukan Perambut (Shock Leader)

perambut kejutan

Mengapa kita perlukan perambut?

  • Apakah alasan utama kita memerlukan perambut (shock leader) dalam aktiviti pancingan kita?
  • Adakah tali sulam (PE) tidak cukup bagus?

Ini adalah beberapa persoalan yang sering timbul.

Apa pun, perambut adalah sesuatu yang paling mustahak kerana ia akan banyak membantu kejayaan kita mendaratkan ikan.

Sumber artikel ini adalah daripada laman web Japanese Angler Secret – Why do you need a leader oleh Mr. Totos

Sebenarnya, tali PE sudah wujud sejak tahun 90-an lagi, namun ia mula popular pada tahun 2000 ke atas seiring dengan populariti aktiviti casting.

Kelebihan tali PE adalah ringan, kuat dan sangat sensitif (memandangkan ia tidak mempunyai regangan).

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa kekurangan pada tali ini:

  1. Lemah dalam ikatan
  2. Lemah menyerap impak kejutan
  3. Lemah dengan geseran

Selain itu, kelemahan nyata yang lain adalah tali ini sangat jelas kelihatan di dalam air.

Ia mungkin menakutkan ikan-ikan yang sensitif dan mudah culas.

Jadi, untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini, kita perlu menyambungkan tali mono atau fluorocarbon kepada sistem tali utama kita.

Mari kita lihat eksperimen yang dijalankan untuk membuktikan kelemahan tali PE.

Tali PE lemah dalam ikatan

Ujian yang dijalankan oleh Mr. Totos menggunakan clinch knot membuktikan tali fluorocarbon berjaya mengekalkan 85% kekuatan tali.

Kemudian dia mengikat tali PE #2 (berkekuatan 9kg) pula untuk menguji kekuatan ikatan. Daripada hasil 3 kali ujian, tali PE hanya mampu mengekalkan purata kekuatan tali sebanyak 3kg.

Ia hanya 33% daripada kekuatan tali. Tali PE tersebut terlucut dengan sendirinya daripada ikatan.

Dengan clinch knot, tali fluorocarbon mengekalkan 85% kekuatan dan tali PE hanya mengekal 33% sahaja dari kekuatan asal.

Tali PE lemah dengan impak kejutan

perambut

Tali PE tidak mempunyai regangan seperti tali mono dan fluorocarbon.

Ini adalah peratusan regangan sebelum putus untuk setiap jenis tali:

  • Mono: 20% – 45%
  • Fluorocarbon: 17% – 37%
  • Tali PE: lebih kurang 4% sahaja

Data diatas adalah daripada YGK

Oleh kerana tali PE tidak mempunyai regangan, jadi impak kejutan adalah lebih direct.

Sebab itulah tali PE lemah dalam menerima daya kejutan secara tiba-tiba.

Namun dalam realiti sebenarnya, terdapat pelbagai cushioning factor seperti lenturan joran, drag pada reel dan slack line.

Tali Sulam lemah dengan geseran

Pada penghujung sistem tali kita, ia selalunya akan menjadi kawasan yang mengalami banyak kerosakan akibat geseran hasil daripada gigi ikan, sirip, sisik dan struktur disekitar.

Mr. Toto telah menjalankan experimen untuk menunjukkan kelemahan tali PE menghadapi geseran.

kepentingan perambut

Dia menggunakan pengepit baju untuk memastikan tekanan yang sama.

Dia melakukan 3 hingga 4 round gesekan kertas pasir pada tali PE dan ia putus. Manakala tali fluorocarbon dan mono (berkekuatan yang sama) boleh menerima 10 round gesekan dan tidak putus.

perambut

Dia menggesek tali PE dengan sekali gesekan. Perhatikan tali PE telah berbulu hasil dari satu gesekan.

Kemudian Mr. Totos membuat regangan kepada tali tersebut dan mengukur tahap breaking weight.

Ujian ini dilakukan sebanyak 3 kali dan hasilnya adalah:

Tali PE berkekuatan 10kg hanya mampu bertahan sebanyak 2kg sahaja.

Ini adalah mengejutkan kerana ia hanya 18% daripada kekuatan asal tali.

Maka jelaslah bahawa tali mono dan fluoro adalah lebih berdaya tahan berbanding tali PE

Tali sulam yang telah berbulu hanya mampu mengekalkan 18% sahaja kekuatan tali.

 

Penutup

Kita memerlukan sistem tali perambut untuk membuatkan tali sukar dikesan oleh ikan.

Dan apa yang paling penting sekali adalah ia lebih tahan lasak untuk menghadapi kekuatan ikan serta halangan-halangan yang tidak terduga.

Oleh itu, ia adalah wajib untuk membantu kita mendaratkan ikan trofi.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

9 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Fazli
Fazli
3 tahun yang lalu

Brpa pjg leader utk casting tenggiri

Baru belajar
Baru belajar
5 tahun yang lalu

Tali tangsi perlu pakai tali leader jugak??

Marisa johni
Marisa johni
5 tahun yang lalu

Ble kh tali hantu d gnakn sbgi tali utama?dn adkh tali hantu 30lb mampu menahan asakan ikan mega yg lbh dr kmampuanya?

hafiz
hafiz
5 tahun yang lalu

semoga sihat dan sembuh encik naim. saya selalu membaca tulisan encik tentang pancing pada waktu lapang. amat menarik dan bagus.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading