Bagaimanakah menghasilkan penulisan yang baik?
- Berapa patah perkataan yang diperlukan dalam artikel blog?
- Berapa panjang sepatutnya anda tulis untuk pembaca dan dalam masa yang sama mesra SEO?
- Artikel yang dalam bentuk panjang lebih bagus? Atau dalam bentuk point-point?
Sebenarnya tiada jawapan yang khusus, kerana ia bergantung kepada pendekatan anda.
Ada blogger suka menulis pendek, padat dan straight to the point.
Contohnya Pakdi (Suzardi Maulan) dan Seth Godin. Artikel mereka tulis adalah sekitar 100-200 patah perkataan.
Pada masa yang sama pula, ada blogger yang menghasilkan artikel panjang, terperinci dan banyak menggunakan analogi.
Contohnya Khairul Abdullah dan Tim Ferris, dimana penulisan mereka adalah sangat terperinci dan panjang (adakalanya mencecah 5000 patah perkataan)
Darren Rowse pula menasihatkan supaya berhenti apabila sudah cukup.
Blogger-blogger yang disebutkan diatas mempunyai bilangan pembaca yang ramai dan sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.
Jadi untuk menjawab persoalan ini sememangnya agak sukar.
Tetapi saya mempunyai point yang kukuh berkenaan topik ini, berdasarkan pengalaman, data, trend dan apa yang saya tahu mengenai jenis kandungan yang digemari oleh enjin carian (google terutamanya).
Sila baca dengan lebih lanjut.
Baca Sepenuhnya