Sebelum Kita Layak Berlari..

Sebelum Kita Layak Berlari..

Dunia ini, bersama isinya, tidak diciptakan dalam sekelip mata. Segala-galanya tunduk kepada satu hukum yang sama: Proses.

Lihat sahaja bagaimana kita bermula sebagai seorang manusia.

Kita tidak dilahirkan terus berlari. Kita bermula dengan meniarap, belajar merangkak dengan lutut yang mungkin berdarah, kemudian berdiri dengan kaki yang menggigil, sebelum akhirnya kita mampu berjalan dan berlari.

Begitulah juga dengan ilmu dan kehidupan.

Baca Sepenuhnya

Ruang Kosong Di Dalam Almari

Ruang Kosong Di Dalam Almari

Cuba buka pintu almari pakaian kita pagi ini. Perhatikan deretan baju yang tergantung rapat.

Begitu padat sehinggakan hendak selit sehelai kemeja baru pun terpaksa ditolak-tolak penyangkut yang lain. Laci pula sarat dengan pelbagai jenis seluar dan t-shirt yang berlipat tebal.

Namun, apa yang peliknya, setiap kali kita berdiri di hadapan almari yang padat itu, keluhan biasa yang selalu terkeluar dari mulut kita adalah:

“Tak tahulah nak pakai baju apa hari ni.”

Realitinya, daripada beratus helai pakaian yang ada, kita hanya memakai 20 peratus baju yang sama berulang kali.

Baju yang kita paling selesa. Baju yang paling mudah digosok.

Jadi, kenapa kita masih simpan baki 80 peratus yang lain?

Baca Sepenuhnya

Memahami Tanda, Ciri & Sifat Manusia Narsistik

Sifat narsistik

Narsistik, sebagaimana juga psikopat, merupakan sebahagian daripada variasi dalam spesies manusia.

Seperti adanya orang yang pendiam dan yang peramah, yang bangun awal pagi dan yang suka berjaga malam, peminat kucing atau anjing — begitu juga wujudnya narsistik.

Satu aspek penting yang harus diingat tentang narsisistik ialah ia bukan penyakit. Ia tidak merupakan masalah mental seperti yang sering disalahanggap. Anda tidak boleh merawatnya dengan ubat-ubatan.

Jadi, apa sebenarnya narsistik?

Baca Sepenuhnya

Setiap Masalah Pasti Ada Jalan Keluar

Jalan keluar masalah

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.

Inilah yang menjadikan sesuatu masalah itu digelar sebagai “masalah”.

Kadangkala, untuk menemukan penyelesaian, kita mungkin perlu berkorban atau menanggung sesuatu beban yang kita tidak sanggup.

Kita boleh saja memutuskan untuk tidak menangani masalah tersebut. Namun, penyelesaiannya tetap ada.

Mungkin kita belum menemukan caranya. Mungkin kita perlu melakukan lebih banyak kajian atau perlu bersedia untuk berkompromi dalam apa yang kita inginkan.

Jika sesuatu itu tiada penyelesaian, maka ia bukanlah masalah. Ia adalah suatu situasi yang menyedihkan.

Ia adalah had yang perlu kita hadapi. Ia adalah sesuatu yang harus kita terima.

Baca Sepenuhnya

Kita Berhak Memilih Masalah

Mungkin kita lebih suka menghadapi masalah yang kita rasa yakin dan selesa untuk selesaikan. Mengabaikan masalah lain lebih mudah daripada mengatasinya.

Atau, kita mungkin hanya melihat masalah sebenarnya adalah satu situasi tanpa penyelesaian, yang hanya membuatkan kita semakin lemah.

Mungkin juga, kita tertarik pada masalah yang mudah dan mendesak kerana menyelesaikannya akan memberikan lebih kepuasan.

Baca Sepenuhnya