Dalam dunia casting, snap swivel merupakan satu alat yang penting.
Snap swivel atau juga dikenali sebagai “cili” di negara kita, akan memudahkan kerja kita memasang dan menukar gewang.
Penggunaan snap juga akan membuatkan gewang beraksi lebih baik berbanding diikat terus pada tali. Selain itu, ia mengelakkan tali dari terbelit pada gewang.
Terdapat banyak jenis dan bentuk snap swivel di pasaran.
Kita perlu memilih snap mengikut keperluan dan kesesuaian gewang dalam memburu sesuatu spesis atau keadaan tertentu.
Tips: kekal aksesori kita seringkas yang mungkin. Semakin ‘meriah’ aksesori digunakan, ia akan menakutkan ikan.
Dibawah ini saya senaraikan jenis-jenis snap yang biasa ditemui di kedai pancing.
Kelebihan: Mudah dibuka dan ditutup. Profil yang bulat memberikan aksi gewang yang baik.
Kekurangan: Kerap terkangkang bila berlawan ikan besar
Tips: Bengkokkan sedikit cangkuk snap ini ke dalam. Ini akan membuatkan snap tersebut sukar dibuka, tetapi mengurangkan kejadian terkangkang.
Sesuai untuk: Pancingan ultralight hingga medium heavy.
Kelebihan: Boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz. Mudah ditutup
Kekurangan: Sukar dimasukkan ke dalam gelung gewang yang tersembunyi ke dalam. Contohnya popper bermulut cawan.
Tips: Kadangkala, akan ada bucu tajam pada hujung dawai. Pastikan anda menumpulkan bahagian ini untuk mengelakkan kecederaan.
Sesuai untuk: Laut persisiran
Kelebihan: Berkebolehan kalis sangkut.
Kekurangan: Pilihan saiz yang agak terhad. Sukar atau mustahil untuk digunakan dengan gewang yang mempunyai gelung ikatan yang tersorok.
Tips: Tiada pembukaan atau penutupan untuk snap ini. Hanya sisipkan gelung ikatan di bawah klip dan tarik.
Sesuai untuk: Pancingan pantai.
Penutup
Ini adalah sebahagian snap swivel yang biasa digunakan untuk gewang.
InsyaaAllah, artikel ini akan diupdate dari masa ke semasa selepas saya menguji snap dari jenis yang lain pula.
Tinggalkan Komen Anda..
assalamualaikum tuan,
Saya ingin bertanya, adakah bersesuaian untuk menggunakan DUO LOCK SNAP tanpa menggunakan SWIVEL sekiranya saya menggunakan spinning reel.
Boleh tuan, tiada masalah.
Jika saya menggunakan gewang SP (minnow, grub atau shrimp) dengan kaedah ini, adakah gewang saya akan berputar didalam air? Jika berputar, tidakkah ini akan mengurangkan ransangan gewang terhadap ikan.
Mungkin tuan perlu lihat kepada kesesuaian.
Jika penggunaan snap menyebabkan persembahan gewang tidak sempurna (dalam situasi tuan; berputar), mungkin tuan perlu menggunakan snap lain atau mengikat secara terus.
Saya lebih selesa mengikat SP direct kepada perambut tanpa penggunaan snap kerana ia lebih natural. Prinsip dalam permainan SP adalah penggunaan aksesori seringkas yang mungkin.
Terima kasih tuan. Info yg berguna utk saya.
Sama-sama tuan. :-)