— menganggap sistem tegangan atau drag berfungsi seperti brek kereta.
Selalunya ia akan dikunci ketat dan berharap ikan berhenti serta-merta.
Sebenarnya anggapan ini kurang tepat.
Fungsi sebenar sistem tegangan adalah untuk memenatkan dan memperlahankan larian ikan, sehingga ikan tersebut kehabisan tenaga.
Melaraskan drag dengan betul akan memberi banyak kelebihan kepada pemancing.
Oleh itu artikel kali ini akan membincangkan kepentingan drag dan bagaimana membuat pelarasan sistem tegangan yang betul.
Kepentingan Setting Drag Yang Sempurna
Apakah kepentingan untuk setting drag yang sempurna?
Melaras tekanan drag yang betul sangat penting untuk mengelakkan:
- Ikan terlepas (semasa melompat atau menggoyang kepala)
- Tali putus akibat tegangan berlebihan
- Mengelakkan kerosakan peralatan seperti rod patah
Fungsi sistem drag yang sempurna bukan sahaja perlu kuat, malah apa yang lebih penting ia seharusnya sangat lancar dan tidak tersekat-sekat.
Disinilah reel berkualiti tinggi memberi kelebihan.
Selalunya reel murah tidak dilengkapi dengan sistem drag yang lancar seperti yang terdapat pada reel yang lebih mahal.
Kita akan mendapati reel yang murah akan mempunyai sistem drag yang tersekat-sekat dan tekanan tidak seragam disepanjang putaran gelendung.
Ditambah pula dengan penggunaan tali sulam (braided) yang tidak mempunyai regangan akan membuat keadaan semakin buruk.
Bila-bila masa sahaja tali boleh meletup
Berapa Banyak Sepatutnya Tekanan Drag Harus Ditetapkan?
Bergantung kepada kekuatan tali:
— sistem tegangan seharusnya ditetapkan pada kadar 25% daripada kekuatan sebenar tali utama.
Sekiranya memancing di kawasan berstruktur dan menentang pemangsa ganas yang suka lari ke reba, setting drag yang sesuai adalah sehingga maksimum 50% kekuatan tali utama.
Soalan:
Mengapa kita hanya mengenakan tekanan yang sebegitu kecil berbanding kekuatan sebenar tali?
Kita perlu tahu bahawa:
Perkiraan ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti perubahan diameter spool, kesan rintangan lenturan rod dan air, kelemahan ikatan dan peralatan.
Saya akan cuba terangkan faktor-faktor ini secara ringkas.
Pertama sekali kita perlu sedar bahawa tekanan pada sistem tegangan bukan statik sepanjang masa.
Semasa ikan memecut melarikan diri menjauhi kita, tali dalam gelendung akan semakin berkurangan.
Ini menyebabkan diameter gelendung menjadi semakin kecil.
Kesannya lebih banyak kuasa diperlukan untuk terus menarik tali keluar dari gelendung.
Apabila diameter spool telah dikosongkan separuh, maka tekanan drag telah digandakan kepada dua.
Tegangan drag 2kg semasa gelendung penuh akan menjadi 4kg setelah separuh tali dilarikan ikan.
Malah, bila ikan terus membuat larian menggila sehingga tinggal kira-kira ¼ sahaja tali dalam gelendung, — maka tekanan drag telah menjadi empat kali ganda!
Maka, jika kita menetapkan drag pada kadar 25% dari kekuatan tali, maka sekarang kita telah mencapai breaking point.
Kedua, tali akan menjadi lemah menerusi ikatan dan simpulan.
Contohnya, ikatan FG hanya dapat mengekalkan kira-kira 80% sahaja kekuatan tali.
Dan kebanyakkan tali juga tidak dinilaikan dengan tepat kekuatannya.
Di bawah saya senaraikan jenis ikatan dan berapa banyak kekuatan tali akan dikekalkan melalui ikatan tersebut:
Ketiga, tali juga turut kehilangan kekuatan daripada kerosakan akibat sinar UV, penyerapan air dan luka-luka kecil semasa penggunaan.
Joran dan reel bekerja dalam satu unit.
Aksi joran akan memberi kesan kepada tekanan drag apabila tali keluar menerusi hujung joran.
Joran yang mempunyai aksi pantas akan meningkat tekanan pada kita, maka tekanan drag akan dirasakan tinggi.
Pada joran yang lebih lembut dengan lenturan backbone yang perlahan akan menyerap tekanan sehinggal ke pangkal joran, dan menyebarkan ia kembali kepada ikan.
Setting drag yang sama pada reel yang sama dipadankan dengan rod yang mempunyai dua aksi berbeza ini akan menghasilkan perbezaan yang besar.
Sebab itulah kesan lenturan joran perlu diambil kira dalam pelarasan sistem tegangan.
Bagaimana Cara Setting Drag Yang Betul dan Tepat
Untuk melakukan ini, kita memerlukan alat penimbang dan seorang pembantu.
- Pasangkan reel pada rod, masukkan tali melalui semua cincin dan ikat tali pada alat penimbang.
- Kemudian minta pembantu anda menarik alat penimbang, sehingga tali terkeluar daripada reel dan joran melentur.
- Periksa beban yang tercatat pada alat penimbang dan laraskan setting drag sehingga betul.
- Oleh kerana kesan geseran tali yang merentasi cincin joran juga mempengaruhi setting drag, kita seharusnya tidak menetapkan sistem tegangan tanpa melalukan tali menerusi cincin dan tarik rod sehingga melentur.
- Dengan menetapkan sistem tegangan melalui kaedah ini, kita boleh memastikan yang kita telah menggunakan tekanan paling tinggi yang dibenarkan pada rod dan reel, untuk menundukkan ikan dengan risiko paling kecil tali putus atau joran patah.
Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh merujuk panduan yang disediakan oleh sifu Kanicen Nix dalam artikel ini di blog ultralight anglers.
Walau bagaimanapun, semasa proses melawan ikan kita perlu ingat bahawa kita harus berhati-hati dengan sudut lengkungan joran.
Jika sudut lengkungan melebihi 90 darjah (berlaku apabila kita mengangkat tinggi joran bila ikan dekat), kita meningkatkan risiko joran patah walaupun drag telah disetkan dengan betul.
“Saya Tidak Pernah Ada Masalah Pun Setting Drag Sehingga Full?”
Ya anda mungkin betul.
Tetapi kejadian tali putus ini berlaku kepada sesiapa yang berjaya strike ikan besar dan kuat.
Dan dimana dalam situasi, ini setting drag yang sempurna-lah akan benar-benar memberikan perbezaan yang besar.
Memetik kata-kata Tuan Syafie, Pro Staff dari Shimano:
Nasib anda baik sebab ikan tak overpower equipment anda walaupun ikan itu besar. Kalau dia kuat memang anda termenung la kehilangan trophy yang diidamkan2kan.
Jadi bagaimana?
Penutup
Secara kesimpulannya, sangat penting untuk kita memahami bagaimana sistem drag berfungsi.
Tekanan drag akan berubah mengikut tahap jumlah tali yang tinggal di dalam spool dan kesan dari lenturan joran.
Daya rintangan air juga memberikan impak apabila banyak tali diseret keluar melalui kolum air.
Jika terdapat kesalahan fakta atau teknikal, mohon perbetulkan saya agar sama-sama kita dapat menimba ilmu dalam dunia memancing.
Akhir kata, kumpau itu indah! ????
Tinggalkan Komen Anda..
Powerla tuan. Kena banyak belajar jigging lagi ni. Owh ya, cantik cap.
Setting drag ini perlu diaplikasi untuk semua jenis kaedah memancing, bukan untuk jigging sahaja tuan.
Oh topi itu untuk mengelak kumpau. Haha ????????
Terima kasih sudi bertandang ke blog saya.