Memahami Konsep Second-Order Thinking

second-order thinking
Photo by Ashley Batz on Unsplash

Kadangkala, apabila kita menyelesaikan sesuatu masalah, tanpa kita sedar kita mencipta satu lagi masalah lain.

Second-order thinking akan membantu mengenalpasti masalah kedua tersebut dan kesan-kesannya sebelum ia berlaku.

Meramal masalah ini terlebih dahulu sebelum ia berlaku akan membolehkan kita mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya untuk mengelakkan ia betul-betul berlaku pada kemudiannya.

Pertimbangkan contoh ini:

Amerika ingin membantu kepada perubahan rejim di sebuah negara lain, telah menyediakan dana dan senjata kepada sekumpulan “pemberontak kecil”.

Dan ternyata pemberontak kecil tersebut menjadi lebih berkuasa dan kemudiannya pula berperang dengan Amerika yang menjadi penaja tadi selama beberapa dekad.

Isi artikel ini adalah yang saya pelajari daripada Shane Parrish di blog Farnam Street

Experience is what you got when you didn’t get what you wanted.”

— Howard Marks

Kebolehan untuk berfikir merentasi masalah sehingga ke masalah ke dua, ketiga dan seterusnya (secara mudahnya, second-order thinking) — adalah satu kebolehan yang sangat berkuasa yang membolehkan orang bijak pandai menggunakan kelebihan tersebut sepanjang masa.

Second Order Thinking Example

Memahami Second-Order Thinking

Dalam buku tulisannya, The Most Important Thing, Howard Marks menerangkan konsep second-order thinking, iaitu:

Pemikiran peringkat pertama (First-level thinking) adalah mudah dan superficial, dan hampir semua orang boleh melakukannya.

Semua pemikir peringkat pertama memerlukan pendapat tentang masa depan, seperti “Jika reputasi syarikat itu menguntungkan, bermakna stok saham akan meningkat naik.”

Sebaliknya pula, Pemikiran peringkat (second-order thinking) adalah mendalam, kompleks dan berliku-liku.

Orang yang berfikir menggunakan second-order thinking selalunya akan mengambil kira banyak faktor dalam membuat sesuatu keputusan.

Contohnya:

  1. Apakah pembolehubah ubah utama dan bagaimana ia berkait
  2. Dimana kelebihan & kekuatan?
  3. Jika saya mengambil keputusan ini, apa yang akan berlaku kelak?

Orang yang menggunakan pemikiran first-order selalunya cenderung untuk melihat sesuatu perkara sebagai ringkas, mudah dan boleh dipertahankan.

Mereka gagal untuk menyedari bahawa mereka sedang berurusan dengan sistem yang kompleks.

Mereka tidak mampu untuk berfikir merentasi lapisan kedua dan lapis-lapis seterusnya.

Lebih utama, mereka umumnya tidak menyedari keperluan untuk berfikir dari segi langkah kedua.

Pemikir second-order, sebaliknya, berfikir dari segi interaksi, masa, dan dinamik sesuatu sistem.

Mereka peka terhadap setiap bias dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi.

It’s not supposed to be easy. Anyone who finds it easy is stupid.”

— Charlie Munger

Orang yang mempunyai first-order thinking semuanya kelihatan sama.

Mereka berfikir dengan cara yang sama dan mereka biasanya akan membuat kesimpulan yang sama.

Disinilah perkara ini menjadi menarik.

Orang luar biasa selalunya berbeza dengan orang lain. Ia selalunya seperti itu.

Pembentukan orang yang berfikir luar diluar kotak tidak akan terjadi dari pemikiran first-order thinking.

Ia mesti terbentuk dari second-order thinking.

Keperluan Untuk Menyesuaikan Diri Secara Bijak

The problem is that extraordinary performance comes only from correct nonconsensual forecasts, but nonconsensual forecasts are hard to make, hard to make correctly and hard to act on,”

Kita tidak boleh melakukan perkara yang sama dengan apa yang dilakukan oleh orang lain dan berharapkan untuk mengatasi mereka.

Apabila kita melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain, kita juga akan mendapat hasil yang sama dengan orang lain.

Tetapi ia sebenarnya menjadi berbeza sahaja tidak cukup — kita juga harus betul.

Matlamatnya bukanlah untuk mencapai perbezaan yang ‘membabi buta’ dari orang ramai, tetapi cara pemikiran yang membezakan kita daripada orang lain.

— Satu cara berfikir yang memberikan kelebihan kepada kita.

Ramai orang tidak mahu kelihatan salah kerana ini bagi mereka mungkin kelihatan bodoh.

Namun begitu, ia adalah kesilapan besar.

Worldly wisdom teaches that it is better for reputation to fail conventionally than to succeed unconventionally.”

— John Meynard Keynes

Mempunyai kemampuan untuk mengambil risiko untuk sanggup kelihatan bodoh, sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek, adalah perlu untuk menjadi seseorang berbeza.

Jika anda kelihatan seperti orang lain, anda tidak akan kelihatan seperti orang bodoh.

Ya sudah tentu, tetapi anda juga tidak akan pernah mengatasi orang lain.

Kesimpulan Second-order Thinking

Second-order thinking akan memerlukan banyak kerja.

Memang tidak mudah untuk berfikir dari sudut sistem, interaksi, dan masa.

Walau bagaimanapun, dengan cara demikian adalah jalan yang bijak untuk membezakan diri daripada orang kebanyakkan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading