Pakej Percutian Muslim Ke Korea 2024

pakej percutian ke korea

Anda sedang mencari pakej percutian muslim ke Korea?

Disini saya ingin kongsikan satu pakej percutian muslim ke Korea yang terbaik di Malaysia.

Pakej ini dibawakan oleh Kembara Sufi Travel & Tours SDN BHD

Apa yang menarik, syarikat ini memang sudah terkenal dengan kesungguhan menjaga kebajikan ahli rombongannya dalam segi kemudahan ibadah dan makanan yang halal.

Untuk pengetahuan anda, Kembara Sufi adalah syarikat yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pelancongan Islam.

Saya sendiri sudah beberapa kali mengikuti pakej percutian muslim ke Korea ini bersama Kembara Sufi.

Oleh itu saya akan kongsikan details mengenai pakej ini berserta gambar-gambar yang saya ambil sepanjang mengikuti percutian ini.

Semoga membantu anda membuat pilihan terbaik.

Berapa Harga Yang Ditawarkan Untuk Pakej Percutian Ini?

Harga yang ditawarkan adalah cukup kompetitif dan termurah di Malaysia.

Harga semasa yang ditawarkan untuk pakej ini adalah bermula dari RM2999.

Perjalanan pakej ini akan mengambil masa sebanyak 5 hari 4 malam (5D4N).

Pakej Percutian Muslim ke Korea Ini Merangkumi:

  • Tiket flight (penerbangan pergi & balik)
  • Penginapan (Hotel 3 & 4 bintang)
  • Makanan sepanjang trip
  • Air Mineral
  • Pengangkutan (coach)
  • Tiket lawatan / pass masuk ke semua tempat
  • Guider yang boleh bertutur Bahasa Melayu/English
  • Bagasi 20kg pergi dan balik
Kos pakej ini tidak termasuk:
  • Sewa peralatan bermain ski (optional)
  • Guide Tip

Apakah Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Korea?

Iklim Korea berlaku sepertimana negera-negara eropah juga.

Justeru itu, sekiranya kita berada di korea sepanjang tahun, kita akan melihat empat musim iaitu bunga, panas, gugur, dan musim sejuk.

Masa lawatan dan percutian yang TERBAIK  ke Korea Selatan adalah pada Musim Luruh, iaitu pada bulan September hingga November.

Pada waktu ini, cuaca di Korea adalah cerah, langit biru, dan pemandangan dedaun musim luruh yang menakjubkan sehingga menonjolkan keindahan negara Korea yang  sebenar.

musim winter
Musim sejuk adalah waktu yang popular untuk pelancong dari Malaysia

Pada Musim Sejuk, cuaca adalah sejuk tetapi kering.

Dan ini adalah masa yang baik untuk melawat negara Korea jika anda berhajat untuk bermain ski dan merasai keseronokan bermain salji.

Pelancong dari Malaysia selalunya mengambil peluang melawat Korea pada musim ini.

musim bunga korea

Musim Bunga (April hingga Mei) adalah musim yang sangat cantik dan juga masa yang paling sesak dengan pelancong di Korea dari seluruh dunia.

Waktu ni memang waktu paling sukar untuk mendapatkan hotel dan tempat penginapan.

Jika anda berpeluang datang pada waktu ini, ada sememangnya sangat bertuah!

Apa Tempat Yang Akan Dilawati Dalam Pakej Percutian Muslim Ke Korea Ini?

Sepanjang 5 hari 4 malam peserta pakej percutian ini akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan popular yang menjadi pujaan ramai pelancong.

Di bawah saya kongsikan sebahagian daripada destinasi yang akan dikunjungi:

1. Nami Island

Nami island

Siapa peminat drama winter sonata?

Nami island adalah salah satu tempat yang menjadi tempat rakaman drama popular tersebut.

Terletak di Chuncheon, 63km daripada Seoul, Nami adalah destinasi yang sangat popular dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar Korea.

Pastilah kerana ia menawarkan pemandangan yang sangat indah yang pasti tidak dapat dilupakan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan jujukan pokok maple dan ginko yang pastinya memukau hati anda.


2. Mount Soerak

soeraksan national park

Mt. Soerak juga dikenali sebagai Soeraksan National Park, merupakan sebuah kawasan yang diwartakan sebagai kawasan warisan dunia oleh UNESCO.

Seoraksan sentiasa menerima kunjungan pelawat sepanjang tahun.

Samada untuk menyaksikan fenomena indah pertukaran warna daun pada musim luruh, menikmati pemandangan dari puncak, ataupun melakukan trekking.

Puncak unik Mt. Soerak yang sentiasa berkabus mewujudkan pemandangan yang berawan. Anda boleh menaiki cable car untuk ke puncak.

Dalam taman ini juga terletak beberapa kuil yang terkenal, termasuklah Baekdam-Sa.


3. Everland Theme Park

everland theme park

Everland adalah taman tema yang terbesar di Korea Selatan.

Terletak di Seoul, ia menerima sehingga 7.3 juta pelawat setahun. Disamping tarikan utamanya, taman tema yang hebat ini turut mempunyai zoo, taman tema air, dan taman bunga.

Zoo (zootopia) menempatkan lebih dari 2000 haiwan dengan lebih dari 201 spesis.

pakej percutian muslim ke korea

Dan pastilah tarikan paling menarik adalah T-Express, iaitu landasan roller coaster kayu yang terpanjang, paling tinggi dan paling curam, sehingga 77 darjah.

Pass masuk ke taman tema ini sudah termasuk di dalam pakej. Cuma masuk, santai dan hiburkan diri anda dengan pelbagai perkara menarik disini.

Jangan risau, disini terdapat surau dan akan ditunjuk terlebih kepada anda dahulu dimana lokasinya.


4. Gyeongbokgung Palace

Dibina sejak 6 abad yang lalu oleh pengasas dinasti Chosun, Gyeongbokgung adalah yang terbesar diantara lima istana utama.

Jika kita datang tepat pada masanya, kita akan dapat menyaksikan acara pertukaran pengawal dihadapan istana.

Istana ini pernah musnah semasa penjajahan Jepun, namun telah proses pemulihan kembali kawasan ini telah dijalan dibawah pemerintahan Maharaja Gojong.

Dalam kawasan ini juga menempatkan Muzium Rakyat Kebangsaan Korea dan tiket masuk sudah termasuk didalam pakej.


5. Seoul Central Mosque

Pakej Percutian Muslim Ke Korea

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang melawat masjid ini.

Seoul Central Mosque terletak di Itaewon dan dibina daripada hasil sumbangan negara Islam dari seluruh dunia.

Tersergam indah diatas bukit, masjid ini adalah destinasi wajib bagi rombongan Kembara Sufi untuk menunaikan solat.

Itaewon merupakan kawasan yang didiami oleh ramai penduduk muslim korea. Maka anda boleh mendapatkan banyak makanan halal dengan mudah disini.

Bukan sahaja makanan Korea seperti bibimbap dan bulgogi, anda juga boleh menemui hidangan arab, turki, barat dan malah sajian Malaysia disini.


6. Ski Resort

ski resort

Antara aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelancong dari Malaysia semasa musim winter adalah bermain ski.

Antara resort ski yang selalu menjadi penginapan tetamu dari Kembara Sufi adalah Vivaldi Park Ski World.

Resort ini mempunyai bilik berkonsepkan apartment sangat selesa, lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Wifi juga disediakan.

Vivaldi park menawarkan pengalaman bermain ski pada waktu siang dan juga malam.

Anda juga boleh menaiki gondola untuk ke puncak bukit untuk menikmati pemandangan pergunungan yang cantik dari tempat tinggi.


7. Teddy Bear Museum

Teddy Bear Museum atau juga dikenali sebagai Teseum adalah tempat sempurna untuk mengambil gambar comel dan bergelak ketawa dengan keluarga anda.

Museum ini adalah unik kerana menempatkan teddy bear bersaiz manusia dan bersaiz gergasi.

Anda boleh memegang, malah boleh memeluk teddy bear-teddy bear disini. Cuma tak boleh bawa balik. Aha.


8. DIY Kimchi Making

Pakej Percutian Muslim Ke Korea

Antara aktiviti wajib bila berkunjung ke Korea adalah membuat kimchii.

Kimchii adalah makanan wajib bagi rakyat Korea. Mereka sangat bangga dengan makanan ini.

Oleh itu jangan lepaskan peluang belajar membuat kimchii. Anda akan dibawa ke tempat memproses kimchii dan diajar secara step by step.

Jangan risau, tiada sebarang bayaran dikenakan. Anda juga boleh merasai pelbagai jenis kimchii yang dibuat disini secara percuma.


9. Namsan Tower

menara namsan
Tangga untuk menaiki dek pencerapan. Cantik bukan?

Bila berada di Seoul, antara tempat iconic yang mesti dilawati adalah N Seoul Tower (Namsan Tower).

Berdiri megah 480 meter dari aras laut, dek pencerapan menara ini menawarkan pemandangan mengagumkan kota raya Seoul terutamanya pada waktu malam.

Disini adalah tempat terbaik untuk jurugambar dan mereka yang ingin menikmati keindahan sebenar Seoul.

Malah anda juga boleh meneroka pelbagai perkara menarik berteknologi tinggi di dalam plaza menara ini.

Jika anda berhajat melihat lebih banyak lagi gambar berkaitan pakej percutian muslim ke Korea dan destinasi lain, anda boleh melawat Facebook Page Kembara Sufi Travel.

Dibawah ini saya sertakan itenery perjalanan sepanjang mengikuti pakej percutian ini:

Aturcara perjalanan Pakej Percutian Muslim ke Korea 5 Hari 4 Malam
Hari Pertama: Kuala Lumpur – Incheon
  • Berkumpul di KLIA2
  • Menaiki penerbangan ke Incheon
  • Disambut oleh guider
  • Bertolak ke Seoul & melawat masjid
  • Perjalanan Ke Nami Island
  • Check in resort

(makan tengahari & malam disediakan)


Hari Kedua: Nami Island – Mt. Soerak
  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke Mt. Soerak
  • Teddy bear Museum
  • Melawat Daepohang Fish Market
  • Check-in resort di Mt. Soerak

(makan tengahari & malam disediakan)


Hari Ketiga: Soeraksan – Seoul
  • Sarapan pagi
  • Melawat Seasonal Fruit Farm
  • Merasai pengalaman membuat DIY Kimchi
  • Melawat taman tema terbesar Korea Everland
  • Membeli belah di Dongdaemun
  • Check-in hotel

(makan tengahari & malam disediakan)


Hari Keempat: Seoul
  1. Sarapan pagi
  2. Seoul city tour (Gyeongbokgung, National Folklore Museum & Blue House)
  3. Melawat ke toko ginseng, Amethyst showroom, Hoganbo & Cosmetics.
  4. Singgah Namdaemun & Myeongdong
  5. Kembali ke hotel

(makan tengahari & malam disediakan)


Hari Kelima: Seoul – Incheon – Kuala Lumpur
  1. Sarapan pagi di hotel
  2. Check out
  3. Bertolak ke Airport Incheon International
  4. Singgah di Chungha Grocery & souvenir Shop
  5. Terbang pulang ke Kuala Lumpur
Nota

Aturcara perjalanan mungkin berubah-ubah mengikut kesesuaian masa, cuaca dan musim.

Berminat Untuk Menyertai Pakej Percutian Muslim Ini?

Jangan lepaskan peluang menjejakkan kaki ke Korea dengan pakej percutian muslim paling jimat ini.

Apa yang lebih penting adalah; kebajikan anda untuk  menunaikan solat dan makanan yang halal sentiasa terjaga  sepanjang tempoh permusafiran ini.

Jika anda berminat, hubungi pihak Kembara Sufi Travel & Tour menerusi talian:

  • Office Shah Alam : 03 – 55234498 & 03 – 55244498
  • Office Kuantan : 09 – 5341598
  • Office Johor      : 07 – 4530953

Anda juga boleh gunakan contact form dibawah untuk berhubung secara terus melalui emel:

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

11 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Ezzat
Ezzat
5 tahun yang lalu

Assalamualaikum
Whatsapp saya
01130846820

eina
eina
5 tahun yang lalu

bulan 12 2019 ad tak

Noryati Mahmud
Noryati Mahmud
5 tahun yang lalu

as salam pakej musim sejuk bulan januari 2019 ada lagi x

Othman
Othman
5 tahun yang lalu

Salam… Saya nak tahu pakage untuk ke korea dlm bulan tiga 2019

fauzi
fauzi
7 tahun yang lalu

saya cari pakej utk mid jan 2018