Pernahkah anda terfikir bagaimana tali pancing untuk casting dicipta?
Dalam dokumentari ini, ia memaparkan proses-proses yang diperlukan untuk membuat tali pancing dari jenis sulam (braid) yang biasa kita gunakan dalam casting.
Pernahkah anda terfikir bagaimana tali pancing untuk casting dicipta?
Dalam dokumentari ini, ia memaparkan proses-proses yang diperlukan untuk membuat tali pancing dari jenis sulam (braid) yang biasa kita gunakan dalam casting.
Sikap baik dan hormat-menghormati akan membawa banyak kebaikan.
Apabila kita berada di atas talian internet, kita adalah sebahagian daripada komuniti yang luas di seluruh dunia. Dunia dirasakan kecil, seolah-olah satu kejiranan sahaja.
Kita akan sangat mudah dipengaruhi oleh kemarahan dan kebiadapan apabila tiada orang di hadapan kita.
Kita semua mungkin sedar bahawa kemarahan boleh melukakan, dan ia boleh merebak menjadi kemarahan yang lebih besar.
Oleh itu, adalah bagus untuk menjaga fikiran dan sikap kita.
Berfikiran positif mempunyai banyak kebaikan.
Daripada mengembangkan kreativiti kita, ia juga akan turut membantu memperbaiki tahap kesihatan.
Dan apa yang lebih penting, ia akan memberi kita ketenangan hati serta kegembiraan.
Tetapi malangnya, jika anda lebih cenderung untuk berfikiran negatif, maka sukarlah untuk semua ini terjadi.
Disini ada kaedah dan cara bagaimana melatih semula otak kita untuk menjadi seorang yang lebih positif.
Ramai di antara kita cenderung untuk “meluahkan” apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan.
Tetapi sebenarnya, dalam kebanyakan masa — ia selalunya tidak perlu.
Kata-kata yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perkara baik..
.. malah, ia juga sangat berkuasa menjadi alat untuk menyakiti, menimbulkan kemarahan, dan akhirnya membuat diri kita sendiri rugi.