Sabar Yang Sebenar Tidak Selalu Seperti Yang Kita Sangka

Sabar

Ramai orang menyuruh kita bersabar. Namun tidak ramai yang benar-benar menerangkan apakah maksud sabar yang sebenar.

Kata itu sering hadir ketika hidup sedang menguji kita. Ketika hati berserabut. Ketika doa terasa lambat dijawab. Ketika jalan yang kita harapkan tiba-tiba menjadi sempit dan gelap.

Pada saat itulah nasihat yang paling kerap kita dengar ialah: sabarlah.

Tetapi sabar yang bagaimana?

Adakah sabar itu bererti diam sahaja?

Adakah sabar itu sekadar menelan semua rasa sakit tanpa berkata apa-apa?

Adakah sabar bermaksud kita mesti kelihatan kuat, walaupun di dalam hati kita sedang pecah perlahan-lahan?

Di sinilah ramai orang tersilap memahami sabar.

Baca Sepenuhnya

Sekarang Adalah Zaman Fotografi Smartphone

smartphoneSmartphone adalah kamera yang paling ideal untuk fotografi.

Mengapa?

  1. Sebab ia sentiasa ada dengan kita
  2. Kita boleh ambik gambar tanpa banyak fikir
  3. Memudahkan perkongsian gambar

Kunci untuk menjadi jurugambar yang baik adalah ini:

  1. Menangkap banyak gambar
  2. Mendapat maklumbalas
  3. Ulang

Dengan smartphone, ia akan selalu ada dengan kita (sama ada di dalam poket atau beg).

Jadi kita tiada alasan untuk tidak menangkap gambar.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Membentuk Tekad Yang Tinggi?

tekad yang tinggiKita semua mempunyai sesuatu yang kita mahukan.

Untuk menggapainya, usaha diperlukan.

Jika matlamatnya tinggi, maka lebih banyak usaha diperlukan.

Dan jalan menuju kejayaan selalunya bergantung kepada tekad yang kita ada dalam diri kita.

Apabila bercakap tentang menukar tabiat, kita akan memerlukan tekad yang tinggi untuk kekal dengan tabiat baru.

Ada beberapa tip untuk membantu kita mengekalkan tekad kita sehingga tabiat kita berubah:

Baca Sepenuhnya

Tidur Terjejas Kerana Emosi Terganggu? Mari Selesaikannya

emosi terjejas mengganggu tidur
Photo by Redd Angelo on Unsplash

Tidur juga boleh terganggu akibat faktor emosi seperti marah terhadap isteri, ahli keluarga, cemburu dengan rakan sekerja dan bimbang terhadap jiran dan banyak lagi.

Penyelesaian emosi untuk tidur ini adalah untuk tidur dengan hati yang bersih.

Ini sudah tentunya lebih mudah untuk berkata-kata berbanding jika ia dilaksanakan.

Bahkan, ia begitu sukar sehingga orang yang berjaya melakukannya dijanjikan syurga!

Baca Sepenuhnya