Bagaimana Mengesan Gigitan Ikan Bila Menggunakan Soft Plastic?

Mengesan gigitan ikan menggunakan soft plastic
Kepekaan kita mengesan gigitan ikan akan menentukan kejayaan menggunakan SP..

Antara perkara paling kritikal bila menggunakan Soft Plastic (SP) adalah:

— mengesan gigitan ikan terhadap gewang kita.

Kemahiran ini penting kerana permainan SP adalah sangat lembut, seumpama umpan yang sebenar.

Lantaran soft plastic terlalu menyerupai umpan sebenar, maka ramai pemancing sering alami masalah ketika memainkan gewang ini iaitu sering gagal memastikan masa yang sesuai untuk membalas.

Kita sering keliru dan tidak dapat membezakan antara gewang dimakan ikan atau tersangkut reba.

Jika tersilap langkah, ia mungkin membuatkan kita kerugian jighead dan SP jika tersangkut reba oleh kerana tersilap membuat sentapan.

Oleh itu bagaimana kaedah mengesan gigitan ikan bila menggunakan SP?

Kemahiran asas menggunakan SP: Seni mengesan gigitan ikan!

mengesan gigitan ikan

Mempelajari untuk membezakan isyarat ikan memakan umpan merupakan ‘kursus asas’ bagi seorang pemancing.

Apabila ikan memakan umpan, cetusan isyarat akan disalur ke tali melalui mata kail, kemudian ke joran melalui cincin joran.

Kunci dalam permainan SP adalah merasai ketegangan tali.

Kita juga boleh memfokuskan perhatian kepada tali setelah ia masuk ke dalam air.

Jika anda melihat tali dihenjut, bergerak ke arah sisi atau ada pergerakan yang luar dari kebiasaan, itu bermakna ada ikan sedang berminat dengan gewang soft plastic anda.

Namun semakin lama anda menggunakan soft plastic, anda pasti akan mengakui bahawa kaedah merasai ketegangan tali adalah lebih baik berbanding kaedah memerhatikan tali.

Mari kita bincangkan hal ini dengan lebih lanjut:

Ada tiga keadaan dimana anda harus peka dengan gewang SP anda:
  • Sewaktu SP sedang jatuh ke dasar
  • Apabila SP sudah menyentuh dasar
  • Apabila anda mengangkat ia dari dasar

Pada saat ini, perhatian yang sepenuhnya harus diberikan kerana ia adalah moment dimana ikan selalu membuat serangan.

Kadangkala angin boleh mengganggu proses ‘merasai’ pergerakan SP, namun kita boleh menambah berat jighead untuk mengekalkan feel terhadap SP tersebut.

Jika anda merasakan sesuatu yang berbeza, ia disebabkan oleh hanya dua perkara berikut sahaja:

  • Gewang SP anda tersangkut
  • Ikan sudah menelan gewang anda.

Biasanya ramai pemancing akan melakukan sentapan sekuat mungkin bila merasai perkara ini.

Tapi jika anda melakukan ini, anda akan lebih banyak sangkut berbanding berjaya mendaratkan ikan.

Jadi apa yang harus dilakukan?

Pertama sekali, bawa bertenang.

Angkat hujung joran perlahan-lahan sambil menegangkan tali.

Jika gewang tersangkut pada sampah/reba, anda akan merasai ia ‘tidak hidup’.

Oleh itu, anda harus mengendurkan tali dan cuba leraikan gewang yang tersangkut itu sebelum ia tertancap atau terkubur lebih dalam.

Jika Soft Plastic anda telah diambil oleh ikan, anda akan merasai Dua Perkara ini:

1. Gewang Soft Plastic hilang berat secara tiba-tiba.

SP anda akan rasa ringan seolah-olah seperti sedang terapung di angkasa.

Oleh itu, karau sebarang tali yang kendur sehingga terasa beban dihujung tali, dan lakukan sentapan!


2. Bergetar.

Anda akan rasakan ada benda hidup sedang menguman umpan.

Saya rasa semua pemancing akan tahu bagaimana rasanya ada ikan dihujung tali.

Oleh itu, karau tali sehingga tegang.. dan lakukan sentapan!

Bagaimana Jika Ikan Sempat Meluahkan Gewang?

mengesan gigitan ikan soft plastic

Jika ada ikan sudah mengemam gewang SP tetapi meluahkannya kembali sebelum anda sempat menyentap..

MAKA BIARKAN SAHAJA GEWANG ANDA DI SANA.

Anda boleh mengoncang-goncang sikit SP tersebut dan biasanya  ikan akan mengutipnya kembali .

— kemudian lakukan sentapan secepat yang mungkin!

Dunia Memancing Moden Semakin Menjadi Fenomena kompleks..

Seperti jigging, kaedah memancing menggunakan gewang soft plastic sudah menjadi satu teknik yang khusus.

Pelbagai peralatan spesifik telah diciptakan khas semata-mata untuk dunia SP.

Namun semua ini tidak akan bermakna jika kita masih tidak menguasai perkara asas, iaitu mengesan ragutan dan gigitan ikan terhadap gewang SP.

Semoga artikel ini membantu anda memancing dengan soft plastic dengan lebih baik.

Jika terdapat kesalahan dalam artikel ini, mohon perbetulkan saya dalam ruangan komen dibawah.

Terima kasih!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Adancast
Adancast
6 tahun yang lalu

Terima ksih atas perkongsian yg bnyk mmbntu sy

Jack
Jack
6 tahun yang lalu

Sy suka artikel tuan.tpi sy nk tnya.apa itu jigging??

shahrudin
shahrudin
7 tahun yang lalu

Sangat berguna untuk newbie macam saya. Harap pihak tuan update lg berkaitan ilmu casting berkenaan sp. Terima kasih.