Bagaimana Proses Menjadi Macai Bermula?

macai PH Umno PAS
Photo by Jon Tyson on Unsplash

Macai dan kemacaian seseorang bermula semudah ini sahaja:

— kita mengundi parti yang menang dan kita rasa menjadi sebahagian daripada [rangkaian kuasa] kerajaan.

Jadi apabila ada pihak lain sindir, perlekeh dan kritik kerajaan, kita tiba-tiba mudah tersinggung.

Hati kita terasa panas, dan kita mudah melenting untuk mempertahanan parti [kerajaan] itu.

Sepatutnya kita hanya mengundi perubahan dan selalu mengawasi perjalanan kerajaan demi memastikan perubahan itu dilaksanakan; bukan menjadi macai.

Namun ia selalunya tidak berlaku begitu kerana kita rasa menjadi “sebahagian” rangkaian kuasa itu!

Padahal rakyat, selepas membuang undi, kerja mereka sepatutnya mengawasi kuasa.

Mengawasi ertinya berhati-hati, selalu waspada dan mencurigai gerak pemimpin kerajaan.

Kerana di tangan mereka ada amanah yang kita sampaikan melalui undi kita. Tetapi tidak jadi begitu pula.

Pengundi tidak dapat “menjarakkan diri” daripada kuasa kerana kemenangan itu atau kerana setuju dengan dasar [manifesto] kerajaan itu atau kerana suka pada pemimpin kerajaan tertentu.

Pengundi, pada asalnya rakyat biasa yang memilih, “menganut” kekuasaan [macam memeluk agama] dan “memperibadikan” unsur kekuasaan itu [seakan-akan sebahagian keluarga kita].1

Macam kita terasa kalau ibu bapa kita dimaki atau adik-beradik kita dikeji.

Macam kita terasa jika anutan agama kita terusik.

Demikian hebatnya kuasa memacaikan seseorang; menukar pengundi, rakyat biasa, menjadi ejen kekuasaan tidak rasmi.

Padahal kita bukan anggota parti atau dekat dengan aktivis parti atau anak penggiat parti.

Kita hanya pengundi biasa tetapi “dirasuk” unsur kuasa itu.

Ajaib, memang ganjil.

Dulu penyokong BN mengalami psikologi ini, kini penyokong PH pula menganutnya.

Kalau kita sokong PAS, kita tiba-tiba rasa Kuala Terengganu diperintah oleh “kita”.

Kalau kita sokong PH pula, mula tumbuh perasaan Putrajaya dan Dataran Merdeka “kita punya”.

Tiba-tiba ia muncul…

Disclaimer:

Tulisan ini adalah dinukilkan oleh warga facebook, Fathi Aris Omar. Saya hanya copypaste sahaja di sini memandangkan ia sangat padat dan mendalam.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
mrhanafi
6 tahun yang lalu

satu penjelasan yang mantap…

banyak perkataan yang bagus untuk dipelajari..

mancai,dedak dan sebagainya dalam politik