Kreativiti adalah seperti Bernafas

kreativiti seperti bernafasKita selalu beranggapan bahawa orang yang kreatif mampu menzahirkan banyak karya setiap masa.

Tetapi sebenarnya tanggapan itu silap.

Kreativiti sebenarnya bukanlah sesuatu yang berkekalan.

Jika anda seorang penulis, pasti anda pernah mengalami writer’s block – dimana saya selalu mengalaminya.

Kita perlu berhenti seketika untuk menjadikan sesuatu kerja itu sentiasa berguna.

Kreativiti adalah seperti sedang bernafas.

Apabila kita menghasilkan karya, ia sama seperti dengan menghembus nafas. Tetapi kita tidak boleh menghembus nafas selamanya.

Lama-kelamaan kita perlu menarik kembali nafas, atau kita akan mati..

Apa yang hendak disimpulkan adalah, tinggalkan seketika kerja anda.

Pergi keluar.

Relax dan baca buku atau bahan yang diluar bidang anda.

Cuba lakukan sesuatu yang baru.

InsyaaAllah, anda akan berasa lebih baik dan kembali bersemangat selepas itu.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments