Jangan tertipu dengan kanak-kanak..
… mereka sangat pakar dalam memanipulasi keadaan.
Mereka menggunakan kecomelan, muka kesian, mendesak dan menangis serta menjerit dengan kuat di khalayak ramai.
Oleh itu, menjadi tugas kita untuk menangani gelagat mereka.
Selama 3 tahun saya menjadi guru, ada beberapa perkara yang saya dapati boleh dibuat bagi mengawal kelakuan kanak-kanak agar mereka lebih patuh kepada arahan.
Paksa Mereka Kerjasama
Untuk kanak-kanak yang tidak mahu untuk berkerja bersama-sama, gunakan kaedah ‘dilemma banduan.’
Berikan mereka tugas yang perlu dilakukan bersama-sama, seperti membersihkan kelas.
Kemudian berikan mereka ganjaran atau hukuman yang sama berdasarkan prestasi sebagai satu pasukan.
Jika dalam sebuah pasukan terdapat salah seorang buat hal, dan pada masa lain ada budak lain pula enggan bekerjasama, kedua-dua mereka akan rugi.
Satu pasukan akan menanggung akibatnya.
Lambat laun, kaedah ini pasti akan memaksa mereka untuk bekerjasama.
Buat mereka bayar harga untuk sebuah keistimewaan
Siapa nak duduk bawah kipas?
Siapa nak duduk ditepi tingkap?
Siapa nak jadi ketua darjah?
Ini adalah masalah tradisi yang umum di dalam bilik darjah: Bukan semua benda dapat diberi sama rata kepada setiap murid.
Jadi biarkan murid berkira-kira dengan tugasan dan keistimewaan yang mereka dapat.
Mereka perlu bayar apa yang mereka nak. Semuanya datang dengan harga.
Jika mereka ada yang mahu mejanya betul-betul dibawah kipas, maka dia adalah orang yang terakhir boleh pulang dan pastikan semua suis kipas tertutup.
Ugut Mereka (dengan betul-betul)
Menjerit “Diam!!” tidak akan pernah berkesan.
Itu adalah satu ancaman yang budak tak gerun. Ia tiada kredibiliti. Budak-budak sudah tahu.
Lagi pun, perkara ini juga akan membuatkan kita sendiri tidak selesa.
Jadi, jalankan hukuman yang memberi faedah kepada kita.
Contohnya, “Jangan berlari-lari di padang atau cikgu batalkan kelas PJ hari ini!”
.. atau “Jangan pukul adik kamu, kalau tak petang ni tak jadi pergi jalan-jalan!”
Ungkapkan dalam nada yang tegas.
Jika mereka melanggar arahan, terus jalankan apa yang diugut dengan tegas tanpa banyak cakap.
Biarkan mereka memahami peratuan ‘kesan & akibat’.
Buat mereka menipu
Jika anda mengesyaki anak/murid anda tidak membuat kerja rumah, soal siasat mereka dengan beberapa soalan tertentu:
Bila buat? Apa yang kamu belajar? Berapa lama kamu ambik masa siapkan? Apa bahagian paling susah?
Walaupun mereka berjaya jawapan yang meyakinkan, tetapi perbuatan mengekalkan sebuah penipuan akan memberi satu ketidakselesaan psikologi.
Akhirnya mereka akan sedar bahawa bercakap jujur adalah lebih mudah.
Tujuan kita bukan untuk menjadikan mereka penipu yang hebat, tetapi mengajar mereka bahawa menipu itu langsung tidak bagus.
Gunakan kebijaksanaan kita.
Kantoikan dan nasihatkan mereka bila mereka masih liat untuk mengaku.
Jangan beri muka kepada mereka
Untuk membuat semua pelajaran ini melekat, anda perlu sedikit keras dan tegas.
Jika anak anda mengalami kesukaran menjalankan tugasan yang diberi serta menangis-nangis meminta simpati, jangan mudah untuk menolong mereka keluar dari tugasan itu.
Biar mereka berusaha untuk menyelesaikan.
Kita sedang mendidik anak kita dari segi moral dan jati diri.
Anda mesti tegas.
Jangan menyelamatkan anak-anak yang menunjukkan tingkahlaku yang buruk.
Wujudkan peraturan yang jelas dan menjatuhkan hukuman apabila perlu.
Ada harga yang perlu dibayar untuk setiap kelakuan.
Saya tidak akan membenarkan anak murid saya rehat/pulang selagi dia tidak menyiapkan tugasan yang diberi. (tidak boleh balik adalah ancaman terbesar bagi budak sekolah)
Biar mereka rasa. Biar mereka bayar.
Hasilnya selepas itu, mereka akan lebih fokus dan tidak bermain-main semasa membuat tugasan.
Penutup
Walaupun kaedah ini memakan masa, namun hasilnya bertahan lebih lama.
Kanak-kanak akan belajar mengikuti peraturan dan akan selalu berfikir tentang akibat setiap tingkahlaku yang mereka lakukan.
General rule dalam kaedah ini adalah, kita sendiri harus tegas dan konsisten terhadap peraturan.
Tinggalkan Komen Anda..