Kaedah Memilih Jighead Untuk Gewang Soft Plastic

kaedah memilih jighead

Bagaimana memilih jighead yang tepat untuk soft plastic?

Dalam artikel ini saya memberi beberapa panduan dalam memilih saiz dan berat jighead yang sesuai.

Saya juga akan menerangkan kepentingan kriteria-kriteria tersebut dalam mempengaruhi aksi soft plastic yang bakal digunakan.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

 

Pengenalan

Memancing menggunakan soft plastik memang kedengaran mudah.

Namun, untuk menjadikan gewang ini sebagai senjata yang efektif, ia tidaklah semudah yang disangkakan..

Selain daripada memerlukan banyak kesabaran, menggunakan gewang ini juga memerlukan sedikit kemahiran teknikal dalam menyediakan setup yang betul.

Dan salah satu perkara yang paling kritikal dalam permainan ini adalah pemilihan jighead yang tepat dan sesuai.

Tetapi bagaimana kaedah memilih jighead yang sesuai mengikut apa yang kita perlukan?

Mari saya terangkan:

 

Peraturan Pertama: Tentukan Saiz Matakail

pemilihan saiz jighead

Saiz matakail hendaklah sepadan dengan saiz gewang soft plastic:

  • Jika mata kail terlalu kecil, ikan akan sukar tersangkut pada mata kail.
  • Jika mata kail terlalu besar pula, gewang tidak akan beraksi secara semulajadi dan tidak menarik.

Oleh itu, bila membeli matakail dan soft plastic, pertama sekali bandingkan terlebih dahulu saiz dua perkara supaya pilihan adalah sesuai dan tepat.

Jangan segan bertanya tauke kedai.

Ikan pasti lebih mudah terperangkap jika saiz mata kail yang betul digunakan.

Sebagai rujukan saya menggunakan jighead bersaiz 3/0 untuk SP minnow bersaiz 3 inci dan 4/0 untuk SP bersaiz 4 inci.

Dibawah ini adalah rujukan saiz mata kail sesuai untuk soft plastic mengikut saiz (inci) yang dikeluarkan oleh TT Lures:

saiz jighead untuk soft plastic

 

Peraturan Kedua: Tentukan Berat Jighead

berat jighead

Berat jighead hendaklah mengikut kesesuaian lokasi dan keadaan lubuk.

Kedalaman air, kelajuan arus, struktur, kaedah pancingan dan jenis gewang soft plastic itu sendiri merupakan faktor yang memerlukan kita berfikir sejenak untuk menentukan apa yang sesuai.

Oleh itu saya senaraikan beberapa senario di bawah:

  • Kedalaman Air

Semakin dalam air, semakin berat jighead yang anda perlukan.

Sebab utama adalah kita mahukan soft plastic sampai ke spot sasaran secepat yang boleh.

Walau bagaimana pun, soft plastic tidaklah harus jatuh ke dasar gedebuk seperti batu bata.

Ia seharusnya kelihatan melayang jatuh se-hidup yang mungkin.


  • Kelajuan Arus

Jika ikan sasaran berada di kawasan dasar, lebih laju arus maka lebih berat jighead yang diperlukan.

Ini kerana kita mahukan soft plastic tenggelam lebih cepat agar tidak hanyut dan tersasar dari strike zone.

Tips lain adalah dengan melontar gewang soft plastic ke atas melepasi kawasan sasaran dan seterusnya biarkan arus membawa gewang tersebut ke arah strike zone / struktur sasaran.


  • Struktur / Spot Sasaran

Jika sasaran kita adalah kawasan dasar, jighead yang berat akan membantu gewang soft plastic sampai lebih cepat dan mengekalkan ia pada strike zone (dasar).

Untuk sasaran pertengahan air, contohnya di atas reba atau rumpair, mulakan dengan menggunakan jighead yang ringan.

Tukar jighead sehingga kita menemui berat yang mampu memberi persembahan yang membuatkan ikan menyerang.


  • Teknik Persembahan Gewang

Bagaimana soft plastic tersebut dipersembahkan juga mempengaruhi pemilihan jighead.

Apa yang kita perlukan adalah padanan yang tepat antara soft plastic dan jighead untuk mewujudkan persembahan sehidup yang mungkin.

Apabila mengilat menggunakan soft plastik yang tiada aksi tersendiri seperti udang, gewang ini lebih efektif dipadankan dengan jighead ringan agar ia dapat hanyut menuruni kolum air secara lebih semulajadi.

jighead soft plastic
Pemasangan gewang yang salah. Soft plastic hendaklah lurus supaya aksi renangan tidak terjejas
 Tips tambahan 
  • Beli beberapa jenis bentuk jighead untuk menyesuaikan dengan keadaan berbeza
  • Sentiasa periksa ketajaman mata kail dan asah jika perlu
  • Jika perlu, potong sikit soft plastic agar kedudukan dan orientasinya bersesuaian dengan mata kail jighead
  • Pastikan gewang soft plastik lurus dan tidak bengkok pada jighead. Jika tidak, ia akan mencacatkan aksi.
  • Pastikan penembusan hujung mata kail di tengah-tengah badan gewang soft plastic. Jika hujung mata kail tembus ke sisi atau senget, SP tidak akan berenang dengan betul.

 

Perkara Yang Paling Penting..

Sebelum membuat balingan, ujilah aksi gewang soft plastic anda terlebih dahulu.

Dengan memerhatikan terlebih dahulu bagaimana ia beraksi dan pembuat pembetulan (jika perlu) akan meningkatkan peluang kita mendapat strike.

Ya ikan bukan cerdik, tetapi ia tidaklah terlalu bodoh untuk diperangkap dengan mudah.

Soft plastic yang dipadankan dengan jighead yang tepat hanya separuh cerita.

Perkara seterusnya anda perlu keluar memancing dan melakukan eksperimen berulangkali sehingga menemui apa yang ikan mahukan.

Semoga panduan ini membantu.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

8 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Rokies Taka
Rokies Taka
5 tahun yang lalu

Perkongsian yang sangat bermanfaat. Think Like A Fish.

anon
anon
6 tahun yang lalu

Assalamualaikum wbt,tuan rod berapa lb paling sesuai utk menggayakan sp ni?berapa panjang?fast action atau moderate?

Semoga tuan dapat membantu..terima kasih

anon
anon
Reply to  Muhamad Naim
6 tahun yang lalu

Terbaik tuan..terima kasih atas perkongsian ilmu..

Haruan Hunter
Haruan Hunter
7 tahun yang lalu

Sangat berguna! Tq bos!