Konsep Ikigai – Apa Tujuan Hidup Kita Bangun Setiap Pagi?

tujuan hidup
Pasti ada tujuan hidup kita bangun setiap pagi * by eleanor davis

Mempunyai tujuan (sense of purpose) adalah penting untuk kehidupan kita.

Okinawa adalah kawasan yang paling selatan di Negara Jepun dan meliputi ribuan pulau kecil yang menjadi titik-titik kecil pada kebiruan lautan Pasifik.

Pulau-pulau ini menjadi tempat tinggal kepada orang yang paling sihat dan gembira di planet ini.

Orang Jepun secara puratanya mempunyai kadar jangka hayat sebanyak 83 tahun, iaitu yang tertinggi di dunia.

Secara umumnya, wanita lebih tinggi jangka hayatnya dengan purata 86 tahun, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

*artikel kajian mengenai kes ini boleh dilihat di sini, sini dan sini

 

Kisah yang terdapat di Okinawa ini adalah hebat

Walaupun dikelaskan sebagai kawasan yang paling miskin di Jepun, tetapi penduduk Okinawa diiktiraf mempunyai kadar jangka hayat tertinggi

Mengapa?

Tentulah ada banyak sebab.

Tetapi salah satu perkara yang terpenting menyumbang ke arah ini adalah, kebanyakkan orang-orang Okinawa mempunyai rasa tujuan hidup yang kuat.

Orang-orang Okinawa dikenali kerana budaya mereka sentiasa mengekalkan pandangan yang positif dan berusaha untuk mencapai ikigai, iaitu satu konsep yang membawa maksud ‘tujuan untuk hidup’ atau ‘tujuan untuk bangun setiap pagi’.

Semua orang mempunyai Ikigai.

Samada berkhidmat untuk komuniti, menjaga cucu, berkebun atau apa-apa sahaja.

Dan berdasarkan apa yang boleh kita lihat daripada jangka hayat mereka yang tinggi, jelaslah bahawa bila kita mempunyai tujuan hidup  akan membuatkan kita gembira dan hidup sihat.

 

Apa Ikigai atau tujuan hidup kita?

Pernahkah anda terfikir setiap pagi, apakah tujuan hidup kita setelah kita bingkas bangun?

Apakai ikigai kita?

Ya, sudah pasti sebagai orang Islam kita bertuah kerana sudah diberitahu tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah.

Buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Setiap pagi kita bangun untuk solat subuh (beribadah) – itu sudah satu ikigai buat kita.

Hebatnya agama Islam *kagum*

Tetapi apakah tujuan hidup sampingan yang boleh kita kecapi sementara kita di dunia ini?

Apa yang boleh kita capai?

Seperti yang kita tahu, dalam sesuatu perjalanan terdapat dua bahagian, iaitu dimana kita sekarang (point A) dan kemana arah tujuan kita (point B)

Masalah biasa yang sering berlaku adalah kita sering terkandas di point A. Terkandas kerana hanya semata-mata memikirkan perasaan kita, apa yang sedang kita rasakan.

Nak kuruskan badan?

Senang untuk menghabiskan masa untuk berfikir, “Aku tidak suka rupa aku ni. Aku tak percaya aku biarkan badan aku jadi gemuk macam gini. Aku nak hilangkan 25KG.”

Nak jadi pandai guna DSLR macm pro? 

Senang untuk menghabiskan masa untuk berfikir, “Aku bukan jenis seni. Nak belajar takde orang yang nak mengajar. Bahan bacaan pun banyak dalam bahasa Inggeris”

Masalah dalam pernyataan-pernyataan diatas adalah ia terlalu memfokuskan kepada Point A.

Bila kita terperangkap dengan perasaan-perasaan yang kita rasakan pada waktu sekarang, kita hanya  akan berakhir dengan memikirkan masalah, daripada sepatutnya terus maju menuju apa yang ingin dicapai (Point B)

Berfikir itu bagus, but purpose is the result of practice.

Saya mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk mahir dalam fotografi.

Saya juga belum bagus dalam bidang penulisan, tapi setelah konsisten menulis setiap minggu selama hampir 4 tahun, saya mula sukakan aktiviti ni.

Rase pelik pulak kalau tak menaip. hihi

Contoh lain adalah JK Rowling, mengambil masa 20 tahun untuk memahirkan diri untuk menulis, sehingga terbitnya best seller Harry Potter.

David Beckham menghabiskan masa untuk membuat 1000 tendangan sehari sebelum bergelar pakar sepakan percuma dunia.

A lot of people is like to be something, but it never becomes their purpose because they never schedule time to practice it.

Imagine having something important that pulls you out of bed each morning.

Imagine focusing your energy on something that is important to you and that fulfills you.

Kebanyakkan orang fikir memerlukan perancangan yang baik, kelengkapan dan pengalaman, atau bantuan dari orang lain..

… tetapi sebenarnya apa yang kita perlukan adalah mempraktikkan secara berterusan.

Kepandaian dan pengalaman akan datang kemudian nanti.

Passion, purpose, and mastery aren’t the result of inconsistent effort.

Pilih sesuatu yang seronok dan berguna untuk dibuat and start working on it.

Buatlah kemajuan dengannya, kerana itu adalah lebih penting berbanding daripada terus menerus buang masa memikir untuk memilih sesuatu yang kita rasa tepat dengan kita.

Kita sentiasa boleh menukar untuk buat perkara lain pada kemudian masa, jika apa yang kita pilih ini tidak boleh masuk dengan kita walau sudah berusaha.

Too often, we wait until we find the “right thing”, which means we end up finding nothing.

Purpose comes with practice dan usaha berterusan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

9 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Norlaili Mohammad Tambi
Norlaili Mohammad Tambi
3 tahun yang lalu

Saya ingin sekali memgunakan teknikmikigai ininuntuk memberi.peransang kepada sesiapa pun.dari budak kecil hingga ke dewasa..saya mesti lakukan dan saya percaya dengan teknik ikigai..pasti tiada mistahil..insyaallah dengan seizin yang maha kuasa.tekad nekad dan iktikad ini..akan saya capai .bukan seorang tetapi ramai..apa yang saya dapati ikigai adalah semangat, keyakinan, planning, dan melakukan tanpa rasa kalah..sekali pun susah..dan terus berusaha hingga mencapai matlamat yang kita mahu..tq ikigai..walau pun belum khatam lagi..tapi saya dapat merasakan..teknik ini yang terbaik dan segera sedar diri..dan mesti bersungguh mencapai matlamat sesusah mana sekali pun..hihi saya pun bukan kuat..tp saya percaya..jika hari ini tidak bermula..bila bila pun tak akan mula..langkah seterus semangat..insyaallah doa kan saya untuk berbakti pada nusa dan bangsa..terutama manusia yang masih lemah dan semangat yakin diri yang masih dibawah paras 40/100????????????????????????????????

Zam
Zam
Reply to  Norlaili Mohammad Tambi
3 tahun yang lalu

Jazakallah hulkhoir.
Kipidap dongibab

khairi
khairi
3 tahun yang lalu

ilmu baru , terbaik. sebenarnya konsep ini dah ada dalam Islam ‘Istiqomah”

NORIZAH BINTI RASDI
NORIZAH BINTI RASDI
5 tahun yang lalu

THUMB UP

Shaa Ismail
Shaa Ismail
8 tahun yang lalu

thumb up.

Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
10 tahun yang lalu

Deep…good writing!

Inchenaim
Reply to  Nur Husna Hasan
10 tahun yang lalu

Haha.. saya pun xtau saya bobe gapo ni teacher. Tak banjir ke kt rumah?

Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
Reply to  Inchenaim
10 tahun yang lalu

Ada isi berguna yang reader bole ambil even bobe pon,hihi…Alhamdulillah rumah selamat lg setakat ni, memang tak pernah banjir pun, cuma sekolah la air melimpah ruah