Pilih Gewang Bising Atau Silent?

gewang bising atau silentBagi sesetengah pemancing, kriteria gewang bising atau silent adalah suatu perkara yang dianggap kurang penting.

Selalunya, kebanyakkan orang lebih mementingkan faktor warna dan kedalaman renangan gewang sebagai panduan pemilihan gewang yang hendak diguna.

Tapi sebenarnya, faktor bunyi agak penting juga (pada saya)

Gewang yang berbunyi (bergemerincing) atau silent (senyap), memainkan peranan penting untuk menarik perhatian ikan dan seterusnya mengundang strike.

Saya selalunya menetapkan pemilihan gewang bising atau silent berdasarkan situasi yang saya hadapi.

Bagaimana?

Kita semua tahu gewang bising adalah pilihan terbaik dalam air keruh, tetapi ada beberapa faktor lain lagi yang boleh dipertimbangkan:

1. Ikan Yang Sedang Feeding Frenzy

Jika kita berhadapan sekumpulan ikan yang sedang galak berburu (feeding frenzy), contohnya sebarau yang sedang boiling, gunakan gewang  yang bising sebagai pilihan pertama.

Dalam situasi ini, ikan-ikan dalam kumpulan tersebut bersaing untuk makanan. Jadi jika kita ingin mendapatkan perhatian ikan terbesar dalam kawanan tersebut, bunyi akan membantu mencetuskan nafsu ketua kumpulan itu.

Jika kawanan itu bijak dan telah culas terhadap gewang bergemerincing (dimana ia selalu berlaku), maka cepat-cepatlah bertukarlah kepada gewang jenis silent dan cuba pelbagaikan kelajuan karauan.


2. Mengilat di Kawasan Terbuka

Jika ikan berlegar-legar di kawasan seperti dataran panjang, atau kawasan drop-off yang tidak banyak struktur bahaya, gewang silent sebenarnya adalah pilihan yang lebih baik berbanding gewang bising.

Ikan yang  bermain di kawasan seperti ini dapat melihat dan mengesan gewang dari jarak jauh.

Dan kerana mereka tiada kawasan serang hendap yang khusus (seperti bongkah batu) dimana bunyi gewang akan mencetuskan naluri mereka, saya mendapati persembahan senyap dan lebih semulajadi adalah lebih baik.


3. Mengilat di Kawasan Rumpai / Teratai

Apabila ikan menyerang hendap mangsanya di kawasan perumpai tebal, saya selalunya mendapat lebih banyak strike dengan gewang bising.

Saya rasa sebab utama ia berkesan adalah seperti yang kita semua tahu, strike selalunya terjadi apabila kita menarik gewang yang tersangkut dari rumpai.

Jika kita menggunakan gewang bergemerincing, goncangan yang terhasil daripada gewang yang terlucut dari rumpai akan menghasilkan bunyi yang lebih jelas.

Inilah yang mencetus sambaran dari pemangsa.


4. Kawasan Bertekanan Tinggi

Selalunya lubuk atau spot yang selalu dikunjungi oleh pemancing atau nelayan, akan mengalami tekanan.

Semakin tinggi aktiviti penangkapan dikawasan itu, semakin tinggilah tekanan terhadap ikan-ikan di sana.

Oleh itu, ikan-ikan di kawasan tersebut lebih berhati-hati dan sangat sensitif terhadap sebarang aktiviti yang berlaku di sekitar mereka.

Dalam situasi ini, kita perlu mempersembahkan gewang kita se-natural yang mungkin.

Maka gewang bersifat silent atau senyap adalah lebih praktikal untuk mengurangkan syak wasangka ikan.

 

Penutup: Pelbagaikan Strategi Pemburuan

Ikan adalah makhluk yang agak sukar diramalkan kelakuannya.

Mungkin pada hari ini, gewang tertentu sangat laku, tetapi pada hari esoknya ia langsung tidak dipandang.

Oleh itu, kita perlu lebih bijak untuk mempelbagaikan strategi dalam memburunya.

Dan elemen bunyi dalam sesuatu gewang tidak harus diabaikan.

Ia mungkin menyelamatkan kita daripada kumpau berdarah :-)

Jika terdapat kesalahan info dalam perkongsian ini, mohon perbetulkan saya. Saya sangat ingin belajar dari tuan.

Semoga sukan memancing Malaysia terus maju!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments