Mengapa Kita Selalu Gagal Menyiapkan Sesuatu?

gagal menyiapkan artikel dan projekMengapa anda selalu gagal menghasilkan sesuatu?

Sebab anda selalu menangguhkan dahulu sesuatu projek sehingga semua perinciannya dirasakan tepat dan sempurna.

Anda menangguhkan dahulu untuk sambung kembali, tetapi pada akhirnya projek itu terbengkalai sama sekali..

Adakah anda selalu mengalami situasi ini?

Dalam konteks penulis atau blogger, kita selalu takut untuk menerbitkan karya penulisan kita kerana merasakan ia masih belum cukup sempurna.

Kita takut silap.

Kita takut orang tidak suka. Kita takut malu.

Jadi kita merasakan lebih baik menunggu dahulu untuk memastikan semua sempurna, dari pembuka ayat sehingga perenggan penutup.

Menunggu untuk gagal..

..sebenarnya.

Tidak kira betapa hebatnya artikel anda..

Jika anda merasa ragu-ragu kerana takut untuk membuat kesilapan, sebenarnya, anda akan tidak pernah sebenarnya selesai.

Takut membuat silap sebenarnya membuatkan kita tidak bertindak.

Tidak bertindak akan membuatkan kita gagal.

Jika anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu penulisan sehinggalah ia tiada cacat cela, anda sebenarnya tidak akan pernah dapat menyelesaikannya.

Percaya dapat mengelak semua kesilapan adalah satu delusi.

Pasti ada silap dalam penulisan anda.

Belajarlah untuk menerima bahawa manusia melakukan kesilapan sekali sekala.

Finishing is better than doing it flawlessly.

Kenapa sindrom ini selalu terjadi dikalangan penulis?

Kita membesar dengan percaya bahawa membuat silap itu adalah sesuatu yang sangat teruk.

Disepanjang hidup, kita sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Kita rasa kesilapan itu adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Jika anda berterusan untuk hidup dalam cara ini, anda tidak akan dapat belajar daripada kesilapan.

Anda tidak dapat meneroka kemungkinan yang baru.

The most important thing is what you learn from a mistake about how to do better next time.

Tanda seseorang yang berjaya adalah bukannya terletak kepada sebeberapa banyak kesilapan yang dia buat, tetapi berapa cepat bangkit, belajar daripada kesilapan dan bergerak ke hadapan.

Melakukan kesilapan adalah lebih baik dari tidak buat langsung, tapi..

Setelah anda selesai menyiapkan, anda boleh kembali semula untuk membersihkan kesilapan-kesilapan disepanjang proses tadi.

You can find the areas where you can improve and get to work on them.

Tapi pertama sekali, anda kena siapkan dulu.

Jangan terlalu takut dengan kegagalan atau anda tidak akan pernah siap.


Kalau anda mengalami kesukaran untuk bermula, anda boleh menggunakan strategi 2-minit ini.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments