Pandangan Pertama Knob Drave M5 Terbaru 2018 (R-Edition)

drave on daiwa z2020 black limited customAntara syarikat tempatan yang sentiasa membuat saya teruja adalah Drave Fishing.

Semenjak menggunakan offset handle Drave dari tahun 2016, saya sentiasa berpuas hati dengan produk ini.

Ia memangnya produk yang solid dan tidak pernah gagal mencapai expectation saya.

Tahun ini, Drave mengeluarkan swept handle T5 versi kedua dan knob M5 R-edition terbaharu.

Apa yang menarik saya kali ini adalah knob Drave M5 versi kedua tersebut.

Ini kerana saya bercadang untuk menggantikan knob livre fortissimo yang dipasang pada reel Z2020 saya, dimana saya rasa tidak selesa dengan gengaman jari saya.

Saya rasa knob M5 adalah calon terbaik dimana saya telah berasa selesa menggunakannya sejak 2 tahun yang lepas.

Tanpa membuang masa, saya terus menghubungi pihak Drave untuk memesan knob Drave M5 terbaru.

Oleh itu, ikuti ulasan ringkas saya mengenai knob terbaru ini.

Disclaimer:

Review ini ditulis secara telus untuk berkongsi pengalaman dengan orang ramai. Saya tidak mendapat apa-apa insentif dari mana-mana pihak. Harap maklum.

 

Apa yang ada dalam kotak

drave m5

Ini adalah apa yang saya dapat semasa menerima bungkusan dari pihak Drave.

Sepasang knob M5 diletakkan dengan rapi di dalam kotak yang dilapisi span. Setiap set kotak ini juga disertakan dengan sepaket washer dan juga bushing.

knob drave m5 r edition

Bearing tidak disediakan.

Namun kita boleh add-on bearing (4 biji bearing) yang berkualiti dengan tambahan RM30 sahaja.

Perbezaan knob M5 generasi pertama VS knob Drave M5 terbaharu

Baiklah kita mulakan dengan perbezaan M5 versi lama dan M5 versi baru.

Knob M5 R-Edition keluaran 2018 diperbuat daripada gabungan aluminium dan plastic ABS, berbeza dari versi sebelumnya yang diperbuat daripada full aluminium.

Ini membuatkan ia dirasakan kurang solid berbanding knob M5 terdahulu.

Jangan salah faham.

Perkara ini tidaklah mendatangkan masalah, ia tetap tough.

Cuma saya rasa sedikit aneh kerana sudah terbiasa dengan M5 generasi pertama.

Apa yang saya suka mengenai knob M5 ini

Setelah memasang knob ini pada handle, dan diuji, ternyata knob M5 terbaru ini adalah ia selesa di pegang.

Tekstur pada knob ini menjadikan ia tidak mudah licin dan seakan melekat ditangan.

Malah, ia jauh lebih selesa dari knob Livre Fortissimo yang saya pakai sebelum ini.

Kedua, disebabkan material baru pembuatan knob ini, ia mempunyai berat jauh lebih ringan dari M5 versi terdahulu.

Seolah-olah dua kali ganda lebih ringan.

Ini adalah perkara yang bagus kerana sememangnya ia akan memenuhi tujuan utama upgrade reel, iaitu menyingkirkan berat sebanyak yang boleh.

Penutup: Adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

custom daiwa z2020 black limited with drave

Ya, sememangnya.

Knob M5 adalah berbaloi untuk dimiliki. Malah, harganya sangat mampu milik.

Saya berharap pada masa hadapan pihak Drave turut menambah variasi saiz swept handle T5 dengan menambah satu lagi ukuran, iaitu 110mm.

Memandangkan knob ini baru lagi dengan saya, saya masih belum lihat lagi ketahanannya bagaimana. Oleh itu mari kita berikan ia masa untuk melihat bagaimana prestasinya.

InsyaaAllah saya akan sentiasa update post ini dari masa ke semasa.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Akem
Akem
5 tahun yang lalu

Maaf tanye, saye newbie dlm mancing ni, bc jnis ni sesuai tak untuk long cast

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading