Racun Tupai: Dranckrazy × Tulala GARGOYLE 63

tulala gargoyle
Setelah sekian lama teracun dengan pakcik ini, Mr. Teru, akhirnya saya tewas juga… haha!

Ini adalah racun terhebat yang pernah saya kena!

Ia membuatkan saya tanpa berfikir panjang terus order rod ini dengan Terminal Tackle. Tak pernah saya mabuk sebegini!

Ini adalah rod kolaborasi antara dua syarikat rod terhebat jepun, Dranckrazy dan Tulala; untuk melahirkan siri rod yang dinamakan GARGOYLE 63.

Spec rod ini sangat bahaya..

PE 5 untuk tali sulam, 30lb untuk nylon dan 25lb untuk fluorocarbon.

Sepanjang 6 kaki 3 inci dengan beratnya adalah 170 gram. Rod ini adalah 2 bahagian (butt join) dengan panjang bahagian grip belakang adalah 26cm.

Mampu untuk mengendalikan berat gewang dalam julat 10 gram (3/8 OZ) sehingga 113 gram (4 OZ). What a dreamlike rod!

Sudah lama saya mengidam rod casting dalam kelas extra heavy (XH) yang pendek dan ringan sebegini.

Dibawah adalah gambar dari laman web Dranckrazy:

tulala gargoyle 63

tulala gargoyle 63

tulala gargoyle 63

tulala gargoyle 63

tulala gargoyle 63
Drankcrazy × Tulala Gargoyle 63

Hasil dari pencarian saya mengenai rod ini juga agak menarik.

Blank yang digunakan adalah blank yang dipertingkatkan dari siri el horizonte 78, lembut pada hujung tapi sangat keras pada bahagian pangkalnya.

Menurut beberapa pemilik Gargoyle 63, rod ini mempunyai lifting power yang sangat baik.

Apa yang paling mengujakan, rod ini menggunakan aksesori paling latest dalam industri.

Cincin yang digunakan pada rod ini adalah Fuji Torzite pada hujung (tip) dan Fuji SiC double foot pada bahagian yang lain.

– Ini adalah salah satu faktor yang meningkatkan harga joran ini.

Reel seat pula adalah dari jenis terbaru dari Fuji PTS. Secara personal, saya lebih menyukai jenis ACS. Namun tidak mengapa, saya akan berikan ia peluang terlebih dahulu.

Rod ini saya akan gandingkan dengan reel Daiwa Z2020 Black Limited.

Dan pastilah ikan blackbass adalah sasaran saya.


Saya akan update review mengenai joran ini selepas joran ini sampai dari Jepun dalam masa 3 minggu lagi.

Saya sungguh excited! Haha. ♥

guest
6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments