Tidak Perlu Jadi Outspoken. Diam Itu Lebih Baik

Diam itu lebih baik

Ramai di antara kita cenderung untuk “meluahkan” apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan.

Tetapi sebenarnya, dalam kebanyakan masa — ia selalunya tidak perlu.

Kata-kata yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perkara baik..

.. malah, ia juga sangat berkuasa menjadi alat untuk menyakiti, menimbulkan kemarahan, dan akhirnya membuat diri kita sendiri rugi.

Kadang-kadang perkara terbaik adalah diam.

Bahasa atau kata-kata adalah satu kaedah yang sangat berguna untuk manusia berkomunikasi dengan satu sama lain.

Tetapi, ia sering disalahguna sebagai alat untuk menimbulkan fitnah dan salah faham.

Jika kita boleh belajar bagaimana untuk diam dan hanya mengatakan apa yang benar dan perlu sahaja, insyaaAllah kita akan sentiasa dekat dengan kebaikan.

Apa Yang Kita Boleh Dapat Dari Diam?

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam.”

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Sekiranya anda belum jelas, diam itu adalah suatu simbol kecerdikan.

Ini bukan bermaksud kita tidak perlu mempertahankan apa yang kita percaya adalah benar..

.. tetapi hidup kita akan menjadi lebih baik dalam jangka masa panjang jika kita hanya bercakap mengenai perkara yang benar-benar penting sahaja.

Tidak banyak pun faedah untuk meluahkan setiap apa yang kita rasa, terutama ke dalam media sosial seperti Facebook.

Sabar dan diamkan diri adalah lebih baik daripada meluahkan setiap perasaan kita.

Juga, lebih baik untuk berdiam diri apabila kita sedang marah.

Percayalah, kata-kata yang telah kita hamburkan (semasa marah), 90% daripadanya kita mungkin akan menyesal kemudian hari.

Setiap perkataan yang kita catatkan boleh membawa kerosakan atau memakan diri kita sendiri.

Sebelum kita membuka mulut, tanya diri kita terlebih dahulu, “Adakah ini perlu dinyatakan?

Sekiranya tidak perlu, lebih baik berdiam diri dan fokus pada diri sendiri.

Don’t Speak Unless It’s Something Worth Saying

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

10 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
zaini
zaini
4 tahun yang lalu

saya akui saya tak banyak bercakap hal selain kerja di pejabat…akibatnya orang menyisihkan saya. Prinsip saya cuma tak suka bercakap kosong dan menyinggung perasaan org lain dengan kata-kata. Saya berdiam kerana Islam mahukan seseorang itu berdiam dari berkata yang tak berfaedah. Maafkan sy jika sy silap

Ann
Ann
4 tahun yang lalu

Saya mempunyai seorg teman yg outspoken.bila b,ckp kena focus ke dia saja..keluar semuanya perkataan² yg tidak sepatutnya.semoga dia mampu mengawalnya satu hari nnti… kdg2 dia benar2 menyakiti hati Saya.sabar jerlh.

Fatihah
Fatihah
7 tahun yang lalu

Berlebih-lebihan dalam pembicaraan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan. Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap keadaan.

Pijie
Pijie
7 tahun yang lalu

Aku jenis outspoken in expressing my ideas and thoughts.

Contoh cam bahagi kerja untuk assignment, buat program etc. Maybe some people assume me as bossy. Mungkin sebab tu ada orang tak suka aku.

Tapi kalau aku tak very direct, tugas tak jalan dengan sempurna pulak.

Pijie
Pijie
Reply to  Muhamad Naim
7 tahun yang lalu

K..

Al-Kadir
Al-Kadir
7 tahun yang lalu

Well, that advice would turn Twitter into a ghost town laa… huhu.