Tema Wordpress Premium VS Tema Percuma (Kelebihan & Kekurangan)

developer tema wordpress premium

Apakah kelebihan tema wordpress premium?

Beberapa tahun lalu, harga sesuatu tema adalah biasanya petunjuk untuk melambangkan kualitinya.

Tema wordpress percuma selalunya mempunyai kod yang tidak bagus, dan selalu disalahgunakan untuk mencuri data sensitif pengguna dengan cara paling licik.

Tetapi masa telah berubah..

Kebanyakkan developer dalam komuniti wordpress sekarang sudah banyak membina tema yang cukup berkualiti untuk dipilih.

Sebenarnya, tema wordpress percuma bukanlah teruk. Malah ada yang kualitinya setara dengan tema premium.

Jika tema percuma sudah cukup bagus, maka mengapa kita perlu susah-susah ambil peduli dengan tema wordpress premium?

Saya akan jelaskan mengapa.

Baca Sepenuhnya

Cara Memilih Hosting Terbaik untuk Website WordPress Anda

Ilustrasi memilih hosting yang sesuai untuk website

Memilih hosting boleh jadi memeningkan. Satu syarikat menawarkan storan “unlimited”, satu lagi menjanjikan server laju, manakala harga promosi pula nampak terlalu murah untuk dilepaskan.

Tetapi apabila website mula perlahan atau tidak boleh dibuka, barulah kita sedar bahawa harga bulanan cuma sebahagian daripada perkara yang perlu dinilai.

Hosting terbaik ialah hosting yang sesuai dengan keperluan website, bajet dan kemampuan anda menguruskannya. Blog baharu, kedai online dan website yang menerima lonjakan trafik tidak semestinya memerlukan pelan yang sama.

Panduan ini akan membantu anda memahami jenis hosting, membandingkan perkara yang penting dan menentukan sama ada perkhidmatan seperti DigitalOcean sesuai untuk anda.

Baca Sepenuhnya