Adakah Blog Masih Relevan Bila Wujudnya Facebook?

blog masih relevan

Adakah blog masih relevan?

Persoalan memang sudah bermain sejak beberapa tahun dahulu.

Ia semakin ketara apabila banyak platform sosial media wujud yang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Tidak dinafikan, semakin kurang orang menulis di blog semenjak wujudnya facebook.

Saya mendapat soalan sebegini dari seorang pembaca:

blogging masih relevan

Jawapan ringkasnya adalah YA.

Selalunya orang yang tertanya-tanya jika blog masih relevan adalah mereka yang gemarkan media sosial dan mempunyai attention span yang pendek

Dan saya akan cuba jelaskan sebabnya dalam artikel ini mengapa blog masih relevan pada tahun 2018 dan pada tahun-tahun berikutnya.

Menulis di Facebook Mudah, Tapi..

Sesiapa sahaja boleh menulis sesuatu pada laman web seperti Facebook.

Tetapi kita perlu tahu bahawa kandungan itu secara efektifnya telah menjadi hak milik Facebook sebaik sahaja kita post ke sana.

Semakin banyak kandungan yang kita buat secara percuma, semakin bernilai-lah facebook.

Secara mudahnya, kita melakukan kerja, mereka yang mendapat keuntungan.

Istillah ini kita panggil sharecropping.

Istilah sharecropping merujuk kepada amalan pertanian yang wujud pada zaman dahulu diseluruh dunia.

Bagaimana konsep sharecropping berfungsi?

Begini:

Seorang pemilik tanah besar akan membenarkan petani-petani untuk bekerja di tanah mereka tetapi syaratnya dia mengambil sebahagian besar keuntungan yang dihasilkan dari tanaman tersebut.

Dalam hal ini, pemilik tanah mempunyai kuasa penuh.

Jika dia memutuskan untuk menghalau kita, kita kehilangan mata pencarian.

Jika dia memutuskan untuk menaikkan kadar faedah, pendapatan kita akan semakin kecil.

Kita melakukan semua kerja tetapi tuan tanah pula yang mendapat keuntungan yang paling banyak, sehingga kita hidup dalam kesempitan.

Syarat Tuan Tanah Juga Mungkin Berubah-Ubah

Cuba lihat contoh Facebook.

Bagaimana jika kita fokuskan semua penulisan kita ke facebook?

Menulis di facebook adalah mudah, percuma dan ia berpotensi menjadikan penulisan kita viral serta-merta.

Tetapi apa yang berlaku apabila Facebook fikir anda telah melakukan sesuatu yang melanggar syarat perkhidmatan mereka dan memadamkan akaun anda?

Atau ada orang yang tidak menggemari anda membuat report beramai-ramai mengatakan ia hate speech?

Facebook adalah platform yang mempunyai syarat yang sentiasa berubah-ubah.

Hari lain, esok lain pula terma dan syaratnya.

Lebih malang jika kita mempunyai bisnes dan kita hanya bergantung pada Facebook semata-mata untuk mencari pelanggan.

Ia seolah-olah kita sentiasa berharap pemilik tanah akan terus menyukai kita dan menyokong perniagaan kita.

Tetapi hakikatnya, tuan tanah tidak kenal pun siapa kita dan tidak peduli pun sebenarnya.

Bagaimana Pula Jika Tuan Tanah Meninggal?

Masalah lain adalah:

Tuan tanah mungkin masih ada atau mungkin sudah tiada tahun berikutnya.

Cuba lihat contoh platform MySpace dan Friendster.

Dulu ia amat popular. Sekarang?

Begitu juga tanah sewa, ia mempunyai kecenderungan untuk semakin tandus dari masa ke semasa.

Mungkin Facebook, LinkedIn, atau Twitter akan terus-menerus menjadi trend.

Mungkin mereka akan terus kekal sihat dan bertenaga selama beberapa dekad.

Apa yang terbaik kita boleh lakukan adalah meneka.

Dan jika tekaan kita salah?

Saya rasa anda nampak ideanya disini. Nasibnya mungkin sama dengan Friendster.

Persoalannya: Bagaimana dengan penulisan-penulisan kita yang dihimpun sekian lama dalam platform tersebut?

Platform Media Sosial Tidak Bagus untuk Penulisan?

Sudah tentu tidak.

Facebook, dan Twitter dan banyak lagi laman carian dan sosial adalah semua platform yang bagus untuk menyebarkan idea kita.

Tetapi apa yang penting adalah – kita harus lebih menumpukan usaha dan tenaga kreatif kita pada aset yang boleh kita kawal.

Apa aset tersebut? Blog kita la.

Membina aset ini adalah bersamaan dengan membeli bangunan kita sendiri berbanding menyewanya.

Kita telah meletakkan banyak masa dan usaha ke dalam penulisan kita

Oleh itu, jangan letakkan semua risiko dengan membina aset di atas tanah yang disewa, dimana kita tidak mempunyai kawalan terhadapnya.

Bila Patut Menulis di Blog?

Mari lihat realiti:

Jika anda log masuk ke Facebook dan lihat post yang lebih daripada 9 atau 10 baris, adakah anda akan membacanya? Mungkin tidak.

Tetapi sesetengah topik memang memerlukan lebih daripada beberapa ayat untuk diterangkan dengan sepenuhnya.

Di blog, anda akan mempunyai lebih banyak ruang untuk mengembangkan idea tersebut.

Penulisan di blog juga akan lebih tersusun dengan pelbagai format seperti sub-tajuk, quotes, bullet dan gambar berkaitan.

Kelebihan utama menulis di blog adalah:

  1. Dapat merangkumi sesuatu topik dengan baik dan jelas
  2. Lebih mesra SEO dan bersifat evergreen
  3. Siri-siri penulisan yang lebih tersusun dan mudah dicari

Di facebook, cuba anda cari tulisan anda yang di post pada 3 tahun lepas. Pasti jenuh untuk scroll bukan?

Di blog, setiap penulisan akan tersusun mengikut kategori, tag dan tarikh.

Ia sangat memudahkan kita mencari kembali penulisan tersebut untuk diubahsuai dan dikemaskini mengikut perkembangan semasa.

Penutup: Kualiti Adalah Segalanya

Apa yang paling penting adalah kualiti dalam penulisan kita.

Oleh itu jangan bebankan diri dengan menulis kandungan yang merapu-rapu.

Pastikan apa sahaja yang kita tulis itu jelas dan mengandungi matlumat yang sebenar.

Tulisan kita tidak semestinya panjang,  cuma pastikan ia mengandungi informasi yang diperlukan.

Kemudian berhentilah. Anda telah siap :-)

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Irfan
Irfan
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas sisi pandang tuan.. Semoga saya dapat ikut jejak langkah tuan yang selalu/berterusan berkongsi ilmu di blog ini. Sangat bermanfaat .

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading