Panduan dan Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh, Vietnam

bagpack bajet ke ho chi minhIni adalah panduan dan perkongsian pengalaman sepanjang travel secara bagpack bajet ke Ho Chi Minh City.

Jadi jika anda bercadang untuk melawat bandar Ho Chi Minh atau Saigon ini secara bagpack, artikel ini mungkin akan dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Teruskan membaca..

Mengapa bagpack ke Ho Chi Minh?

Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh

Travel atau pengembaraan secara bagpack adalah sangat berbeza dengan percutian yang dianjurkan oleh travel agent.

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.

Namun untuk travel ke Ho Chi Minh City, saya menyarankan anda supaya datang ke sana secara bagpack:

Mengapa?

Terdapat dua sebab:

Sebab #1: Pengangkutan awam mudah dan murah

(Tidak terdapat MRT di bandar ini)

Ya, walaupun pengangkutan awam adalah lebih tradisional (bas, teksi dan teksi-motor), ia sangat mudah didapati disekitar Ho Chi Minh.

Harga yang dikenakan pula adalah murah.

Sebagai contoh, harga perjalanan menggunakan bas dari airport ke pusat bandar adalah sekitar 4200 Dong ataupun RM0.80 sen duit Malaysia.

Anda boleh menaiki teksi atau menggunakan prebet moto untuk perjalanan dekat sekitar bandar.

Nota:

Untuk mengelakkan ditipu, gunakan teksi bermeter (Vinasun). Kos perjalanan dari pusat bandar ke airport adalah sebanyak 10usd.

 

Sebab #2: Makanan halal mudah di dapati di Ho Chi Minh

Terdapat beberapa restoran halal di sekitar bandar ini.

Apa yang menarik, ia bukanlah restoran masakan arab, tetapi menyediakan makanan halal citarasa orang melayu.

Antara restoran halal yang terbaik di Ho Chi Minh adalah:

  • Restoran Basiroh
  • Banana Leaf Halal
  • Restoran Serai
  • Salima Halal
  • Halal Saigon Seri Penang

Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Restoran Halal di Ho Chi Minh

Nota:

Restoran Halal Saigon Seri Penang adalah milik orang Malaysia iaitu Dato’ Helmi yang diuruskan oleh Muhd. Syukri.

Antara menu yang harus dicuba di restoran ini adalah nasi masak blackpepper, air kedondong, dan nasi goreng ayam roasted vietnam.

 

Dimana untuk tinggal?

Terdapat banyak pilihan untuk tinggal di Ho Chi Minh.

Anda boleh memilih sama ada hotel bertaraf 3, 4 dan 5 bintang, mahupun hostel bagpack yang lebih menjimatkan.

Dalam trip ini saya memilih hostel bagpack terletak di Bui Vien Street (district 1) yang bernama KONIKO Bagpack Hostel. Harga yang dikenakan adalah 8 usd untuk satu malam.

Namun hostel ini tiada lif. Anda harus memanjat tangga untuk sampai ke dom atau bilik yang anda tempah.

Ia agak mencabar sekiranya anda membawa banyak barang.

Selain dari Koniko, terdapat puluhan lagi hostel bagpack bajet disekitar Bui Vien Street ini.

 

Meneroka Sekitar Ho Chi Minh

Bagpack bajet ke ho chi minh city
Pengangkutan seperti bas di Ho Chi Minh adalah selesa, murah dan mudah.

Terdapat banyak jenis cara untuk anda meneroka bandar Saigon ini.

Anda mungkin memerlukan beberapa jenis pengangkutan untuk membawa anda ke destinasi yang diingini.

Walaupun tiada komuter disini, tetapi pengangkutan darat lain adalah agak baik.

  • Berjalan Kaki

Hampir kebanyakkan masa, saya hanya berjalan kaki untuk meneroka bandar ini.

Walaupun agak penat, tetapi ia memberi kepuasan kerana dapat meneroka sisi-sisi yang jarang kelihatan dalam kaca pemandangan dan berhenti dimana-mana tempat yang saya suka.

Kebanyakkan tempat terkenal di bandar ini adalah dalam walking distance, jadi tiada masalah untuk berjalan. Cuma anda perlukan sedikit stamina.

  • Motosikal

Jika anda berani dan yakin untuk meneroka bandar ini dengan moto, ia mungkin satu pilihan kepada anda.

Terdapat dua pilihan berkaitan motosikal:

  1. Sewa Motosikal
  2. Prebet / teksi motosikal

Sewa motosikal biasanya dikenakan bayaran sebanyak 10 USD dan untuk prebet adalah diantara 20-40k VND.

  • Bas

Sistem bas disini boleh dikatakan baik.

Ia tidaklah terlalu sukar untuk difahami, sangat murah dan juga selamat untuk membawa anda dari satu destinasi ke satu destinasi.

  • Teksi dan Uber

Berhati-hati dalam memilih teksi. Pilih teksi bermeter dari syarikat yang dipercayai sahaja untuk mengelakkan dari ditipu.

Jika anda mahu yang benar-benar selamat, gunakan perkhidmatan uber. Download apps dan anda sedia untuk bergerak.

 

Perkhidmatan Sinh Cafe

the sinh cafe

Dalam trip ini, saya menggunakan perkhidmatan Sinh Cafe atau juga dikenali The Sinh Tourist, untuk meneroka Terowong Chu Chi dan Sungai Mekong.

Pejabat mereka terletak di Pham Ngu Lao Street. Ia tidak jauh dari hostel di Bui Vien Street (walking distance).

Ground pakej yang ditawarkan mereka adalah berpatutan. Guide juga peramah.

 

Itenerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City

Di bawah adalah jadual perjalanan saya sepanjang 5 hari berada di sini:

Itinerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh

Hari 1

  • KLIA2 to Tan Son Nhat International Airport T2
  • Dari airport ke hostels dengan bas 152
  • Check-in di Koniko Backpackers Hostel, Bui Vien Street, District 1
  • Meneroka Bui Vien Street dan Ben Tanh Times Square
  • Singgah di Sinh Cafe
  • Menjamu selera di Little India Restaurant (Bui Vien Street)
  • Solat di Jamiul Islamiyah Mosque
  • Meneroka Pham Ngu Lao Street

Hari 2

  • Melawat Ben Tanh Market
  • Melawat Saigon Central Mosque (Jamia Muslimin Mosque)
  • The Independance Palace
  • Reunification Palace
  • War Remnants Museum
  • Notre Dame Basilica
  • Central Post Office
  • Ho Chi Minh Square
  • Diamond Plaza
  • Hard Rock Cafe
  • Ho Chi Minh City hall
  • Makan di Hjh Basiroh Halal Restaurant (Nguyen Ah Ninh Street)
  • Ben Tanh Night Market

Hari 3

  • Sepanjang hari mengikuti tour Chu Chi Tunnel
  • Makan malam di Restoran Halal Saigon Seri Penang
  • Ben Tahn Night Market

Hari 4

  • Sepanjang hari mengikuti tour Mekong River Delta
  • Makan malam di Restoran Halal Saigon Seri Penang

Hari 5

  • Pulang ke Kuala Lumpur
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Ben Tahn Market
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Pasar malam di sekitar Ben Tahn. Harganya lebih murah.
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Tiket ground tour oleh SInh Cafe
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Sekitar Chu Chi Tunnel
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Merasai pengalaman meneroka terowong buatan pasukan gerilla komunis
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Suasana sekitar Mekong River
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Independance Palace
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Mungkin untuk dijadikan makanan?
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
War Remnants Museum
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Suasana di dalam War Remnants Museum
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh
Notre Dame Basilica
Itenerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Central Post Office
Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Suasana di dalam Central Post Office
Itenerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Jamiul Islamiyah Mosque
Itenerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City
 Ho Chi Minh City
Anak anjing yang dijual ditepi jalan

Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh

 

Peringatan Langkah Keselamatan..

Seperti bandar-bandar lain, Ho Chi Minh juga tidak terlepas dari aktiviti jenayah.

Oleh itu risiko untuk barangan anda dicuri atau ditipu sentiasa ada. Salah satu kerisauan bila berada di bandar ini adalah pencuri dan perompak sentiasa berlegar-legar memerhatikan anda.

Disini ada beberapa langkah untuk mengurangkan risiko tersebut:

  • Teman – Elakkan merayau seorang diri. Anda akan menjadi sasaran mudah sekiranya kelihatan merayau seorang diri. Oleh itu dapatkan teman.
  • Kamera – Anda tidak sepatutnya memegang kamera secara terbuka. Selalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila mengambil gambar di tempat terbuka.
  • Telefon – Jangan gunakan telefon bimbit anda ditempat terbuka seperti jalan yang sibuk. Biasanya bila saya perlu menggunakan telefon, saya akan masuk ke dalam kedai berhampiran sekejap.
  • Dompet – Selalunya saya menyimpat dompet di dalam poket kanan depan dan menyimpan sedikit wang kecil di poket kiri. Dengan cara ini, jika saya perlu membeli, saya tidak perlu mengeluarkan wallet saya seketul. Untuk wanita, elakkan membawa handbag untuk mengelak menjadi mangsa ragut.
  • Kawasan tumpan pelancong – Penyamun biasanya suka berlegar-legar dikawasan tumpuan pelancong, oleh anda harus sangat berhati-hati dengan barang anda di kawasan ini.
  • Tawar-menawar – Cuba buat tawar menawar sehingga ¾ dari harga yang diminta. Namun mengikut pemerhatian saya, harga pasar malam adalah lebih murah dari Ben Tanh.
  • Teksi – Jika anda ingin menggunakan teksi, pastikan anda menaiki teksi bermeter dari syarikat yang benar-benar boleh dipercayai. Antara yang disarankan adalah Vinasun.

Walau bagaimana pun, kebanyakan warga Ho Chi Minh adalah sangat peramah dan baik.

Oleh itu, jangan terlalu takut dan nikmatilah pengembaraan anda sepenuhnya.

Cuma jangan lupa untuk berhati-hati.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

121 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
ATuah
ATuah
3 tahun yang lalu

Salam.. Agak2 utk backpack travel ke Vietnam ni bajet brpa ye?

ATuah
ATuah
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Terima kasih infonya Bro

asmida ahmad
asmida ahmad
4 tahun yang lalu

salam
saya nak tanya. adakah airasia membenarkan kita bawa air mineral masuk dlm baggage. utk ke vietnam

Hakiem
Hakiem
4 tahun yang lalu

berapa harga tiket Chu Chi tunnel

Zaf
Zaf
4 tahun yang lalu

Sorry nak tanya????, mknn yg the sinh tourist ni provide halal ya?

Dinut Moktar
Dinut Moktar
4 tahun yang lalu

Chu chi tunnel dgn mekong river kena lawat pd hari yg berbeza kah? tdk boleh di buat pd hari yg sama tak

Muhamad Naim Abd Manaf
Muhamad Naim Abd Manaf
Admin
Reply to  Dinut Moktar
4 tahun yang lalu

Kena tanya tour agent (sinh cafe), mungkin ada.

Tapi rasanya tak sempat dalam satu hari sebab mekong tu dia pergi banyak tempat, ambil masa setengah hari.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading