Ini adalah panduan dan perkongsian pengalaman sepanjang travel secara bagpack bajet ke Ho Chi Minh City.
Jadi jika anda bercadang untuk melawat bandar Ho Chi Minh atau Saigon ini secara bagpack, artikel ini mungkin akan dapat membantu anda sedikit sebanyak.
Teruskan membaca..
Mengapa bagpack ke Ho Chi Minh?
Travel atau pengembaraan secara bagpack adalah sangat berbeza dengan percutian yang dianjurkan oleh travel agent.
Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri.
Namun untuk travel ke Ho Chi Minh City, saya menyarankan anda supaya datang ke sana secara bagpack:
Mengapa?
Terdapat dua sebab:
Sebab #1: Pengangkutan awam mudah dan murah
(Tidak terdapat MRT di bandar ini)
Ya, walaupun pengangkutan awam adalah lebih tradisional (bas, teksi dan teksi-motor), ia sangat mudah didapati disekitar Ho Chi Minh.
Harga yang dikenakan pula adalah murah.
Sebagai contoh, harga perjalanan menggunakan bas dari airport ke pusat bandar adalah sekitar 4200 Dong ataupun RM0.80 sen duit Malaysia.
Anda boleh menaiki teksi atau menggunakan prebet moto untuk perjalanan dekat sekitar bandar.
Untuk mengelakkan ditipu, gunakan teksi bermeter (Vinasun). Kos perjalanan dari pusat bandar ke airport adalah sebanyak 10usd.
Sebab #2: Makanan halal mudah di dapati di Ho Chi Minh
Terdapat beberapa restoran halal di sekitar bandar ini.
Apa yang menarik, ia bukanlah restoran masakan arab, tetapi menyediakan makanan halal citarasa orang melayu.
Antara restoran halal yang terbaik di Ho Chi Minh adalah:
- Restoran Basiroh
- Banana Leaf Halal
- Restoran Serai
- Salima Halal
- Halal Saigon Seri Penang
Restoran Halal Saigon Seri Penang adalah milik orang Malaysia iaitu Dato’ Helmi yang diuruskan oleh Muhd. Syukri.
Antara menu yang harus dicuba di restoran ini adalah nasi masak blackpepper, air kedondong, dan nasi goreng ayam roasted vietnam.
Dimana untuk tinggal?
Terdapat banyak pilihan untuk tinggal di Ho Chi Minh.
Anda boleh memilih sama ada hotel bertaraf 3, 4 dan 5 bintang, mahupun hostel bagpack yang lebih menjimatkan.
Dalam trip ini saya memilih hostel bagpack terletak di Bui Vien Street (district 1) yang bernama KONIKO Bagpack Hostel. Harga yang dikenakan adalah 8 usd untuk satu malam.
Namun hostel ini tiada lif. Anda harus memanjat tangga untuk sampai ke dom atau bilik yang anda tempah.
Ia agak mencabar sekiranya anda membawa banyak barang.
Selain dari Koniko, terdapat puluhan lagi hostel bagpack bajet disekitar Bui Vien Street ini.
Meneroka Sekitar Ho Chi Minh

Terdapat banyak jenis cara untuk anda meneroka bandar Saigon ini.
Anda mungkin memerlukan beberapa jenis pengangkutan untuk membawa anda ke destinasi yang diingini.
Walaupun tiada komuter disini, tetapi pengangkutan darat lain adalah agak baik.
- Berjalan Kaki
Hampir kebanyakkan masa, saya hanya berjalan kaki untuk meneroka bandar ini.
Walaupun agak penat, tetapi ia memberi kepuasan kerana dapat meneroka sisi-sisi yang jarang kelihatan dalam kaca pemandangan dan berhenti dimana-mana tempat yang saya suka.
Kebanyakkan tempat terkenal di bandar ini adalah dalam walking distance, jadi tiada masalah untuk berjalan. Cuma anda perlukan sedikit stamina.
- Motosikal
Jika anda berani dan yakin untuk meneroka bandar ini dengan moto, ia mungkin satu pilihan kepada anda.
Terdapat dua pilihan berkaitan motosikal:
- Sewa Motosikal
- Prebet / teksi motosikal
Sewa motosikal biasanya dikenakan bayaran sebanyak 10 USD dan untuk prebet adalah diantara 20-40k VND.
- Bas
Sistem bas disini boleh dikatakan baik.
Ia tidaklah terlalu sukar untuk difahami, sangat murah dan juga selamat untuk membawa anda dari satu destinasi ke satu destinasi.
- Teksi dan Uber
Berhati-hati dalam memilih teksi. Pilih teksi bermeter dari syarikat yang dipercayai sahaja untuk mengelakkan dari ditipu.
Jika anda mahu yang benar-benar selamat, gunakan perkhidmatan uber. Download apps dan anda sedia untuk bergerak.
Perkhidmatan Sinh Cafe
Dalam trip ini, saya menggunakan perkhidmatan Sinh Cafe atau juga dikenali The Sinh Tourist, untuk meneroka Terowong Chu Chi dan Sungai Mekong.
Pejabat mereka terletak di Pham Ngu Lao Street. Ia tidak jauh dari hostel di Bui Vien Street (walking distance).
Ground pakej yang ditawarkan mereka adalah berpatutan. Guide juga peramah.
- Maklumat lanjut mengenai Sinh Cafe boleh dilayari disini: The Sinh Tourist
Itenerari Bagpack Bajet Ke Ho Chi Minh City
Di bawah adalah jadual perjalanan saya sepanjang 5 hari berada di sini:
Hari 1
- KLIA2 to Tan Son Nhat International Airport T2
- Dari airport ke hostels dengan bas 152
- Check-in di Koniko Backpackers Hostel, Bui Vien Street, District 1
- Meneroka Bui Vien Street dan Ben Tanh Times Square
- Singgah di Sinh Cafe
- Menjamu selera di Little India Restaurant (Bui Vien Street)
- Solat di Jamiul Islamiyah Mosque
- Meneroka Pham Ngu Lao Street
Hari 2
- Melawat Ben Tanh Market
- Melawat Saigon Central Mosque (Jamia Muslimin Mosque)
- The Independance Palace
- Reunification Palace
- War Remnants Museum
- Notre Dame Basilica
- Central Post Office
- Ho Chi Minh Square
- Diamond Plaza
- Hard Rock Cafe
- Ho Chi Minh City hall
- Makan di Hjh Basiroh Halal Restaurant (Nguyen Ah Ninh Street)
- Ben Tanh Night Market
Hari 3
- Sepanjang hari mengikuti tour Chu Chi Tunnel
- Makan malam di Restoran Halal Saigon Seri Penang
- Ben Tahn Night Market
Hari 4
- Sepanjang hari mengikuti tour Mekong River Delta
- Makan malam di Restoran Halal Saigon Seri Penang
Hari 5
- Pulang ke Kuala Lumpur
















Peringatan Langkah Keselamatan..
Seperti bandar-bandar lain, Ho Chi Minh juga tidak terlepas dari aktiviti jenayah.
Oleh itu risiko untuk barangan anda dicuri atau ditipu sentiasa ada. Salah satu kerisauan bila berada di bandar ini adalah pencuri dan perompak sentiasa berlegar-legar memerhatikan anda.
Disini ada beberapa langkah untuk mengurangkan risiko tersebut:
- Teman – Elakkan merayau seorang diri. Anda akan menjadi sasaran mudah sekiranya kelihatan merayau seorang diri. Oleh itu dapatkan teman.
- Kamera – Anda tidak sepatutnya memegang kamera secara terbuka. Selalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila mengambil gambar di tempat terbuka.
- Telefon – Jangan gunakan telefon bimbit anda ditempat terbuka seperti jalan yang sibuk. Biasanya bila saya perlu menggunakan telefon, saya akan masuk ke dalam kedai berhampiran sekejap.
- Dompet – Selalunya saya menyimpat dompet di dalam poket kanan depan dan menyimpan sedikit wang kecil di poket kiri. Dengan cara ini, jika saya perlu membeli, saya tidak perlu mengeluarkan wallet saya seketul. Untuk wanita, elakkan membawa handbag untuk mengelak menjadi mangsa ragut.
- Kawasan tumpan pelancong – Penyamun biasanya suka berlegar-legar dikawasan tumpuan pelancong, oleh anda harus sangat berhati-hati dengan barang anda di kawasan ini.
- Tawar-menawar – Cuba buat tawar menawar sehingga ¾ dari harga yang diminta. Namun mengikut pemerhatian saya, harga pasar malam adalah lebih murah dari Ben Tanh.
- Teksi – Jika anda ingin menggunakan teksi, pastikan anda menaiki teksi bermeter dari syarikat yang benar-benar boleh dipercayai. Antara yang disarankan adalah Vinasun.
Walau bagaimana pun, kebanyakan warga Ho Chi Minh adalah sangat peramah dan baik.
Oleh itu, jangan terlalu takut dan nikmatilah pengembaraan anda sepenuhnya.
Cuma jangan lupa untuk berhati-hati.

























Salam.. Agak2 utk backpack travel ke Vietnam ni bajet brpa ye?
Alamak bang, kalau yang terbaru tak tahulah sebab duit kita dah jatuh ni.
Saya pegi ni masa duit kita tengah strong, RM1K tu dah boleh jalan dengan selesa dan makan sedap dah.
Terima kasih infonya Bro
salam
saya nak tanya. adakah airasia membenarkan kita bawa air mineral masuk dlm baggage. utk ke vietnam
Wassalam,
Ya, kalau masa saya pergi tu, kalau dalam luggage dibenarkan.
Untuk cabin sahaja tidak dibenarkan.
berapa harga tiket Chu Chi tunnel
Sekarang ini saya tak tahu.
Saya pergi pada tahun 2015
Sorry nak tanya????, mknn yg the sinh tourist ni provide halal ya?
Tak pasti.
Saya tak makan sebab was-was juga.
Chu chi tunnel dgn mekong river kena lawat pd hari yg berbeza kah? tdk boleh di buat pd hari yg sama tak
Kena tanya tour agent (sinh cafe), mungkin ada.
Tapi rasanya tak sempat dalam satu hari sebab mekong tu dia pergi banyak tempat, ambil masa setengah hari.
Salam. boleh tahu encik ikut tour mekong delta dari ejen mana? ???? dan anggaran harga berapa ya?
Saya guna ejen Sinh Cafe.
Lupa dah harga, tapi tak mahal pun. :-)
Nk tyn bawak duit untuk shopping berapa
Bawak banyak pun takpe, boleh shopping banyak :-)
Boleh suggest hotel yg sesuai untuk couple Dan mudah Utd Jalan2
Banyak hotel-hotel yang ok disekitar Bui Vien Street tu :-)
INFO BAGUS. TERIMA KASIH. NANTI NAK PEGI HCM CITY. .
Selamat berjalan-berjalan :-)
terbaik
:-)
Assalamualaikum, nak tanya total hangus berapa?
Tak sampai 1K
hai.. nak tahu apa sim card yg baik utk travel backpack ke vietnam?
Saya gunakan simkad Vinaphone dan coveragenya agak ok. ada 4g serta tempat.
terima kasih atas info yg diberi.. boleh saya tahu perbezaan ben than market dengan ben than night market.. adakah barang yg dijual sama contoh kain, tudung, etc..
Ben Tahn market barangan yang dijual dalam bangunan pasar pada waktu siang, manakala night market jual beli berlaku diluar kawasan bangunan pasar.
Ya barangan yang dijual lebih kurang sama.
Tq for info. Saya cuba search the sinh tourist di fb utk ikut ground pakej. Sekali tgok review..horible. terus x jadi…
Oh betul ke? Masa saya guna servis mereka dulu ok jer
t kasih
info yang baik
Sama-sama
Assalamualaikum Naim..nak tnye klau nk beli tiket dari sinh cafe tu kena beli di sana atau secara online di malaysia? Dan berapa jauh jarak ben than market ke sinh cafe ye?
Wassalam,
Saya beli walk-in kat sana je. Jarak sinh cafe dan ben tahn tak jauh pun, walking distance je
Asalam Naim,
Terima kasih diatas perkongsian ke Vietnam ni.. saya bercadang nak backpack bersama isteri, boleh saya tahu budget pengembaraan Naim 5 hari tu sbb saya cadang nak sambung ke negeri berdekatan, jadi sedang allocate budget bagi setiap negara..
Terima kasih
Khairi – Shah Alam
http://www.wasap.my/60192257589
Wassalam Tuan Khairi,
Budget saya lebih kurang rm700 sahaja (pada masa tersebut) termasuk flight return.
Nota:
1- saya banyak explore bandar berjalan kaki sahaja
2- saya tinggal di hostel bagpackers
Untuk tahun 2018 saya tak pasti bagaimana memandangkan duit RM jatuh nilainya.
Salam
Tumpang tanya, untuk bayar makan minum di restoran/kedai2 convenience store boleh guna RM tak ? Kalau pengangkutan VND kan.
Kalau restoran halal di sekitar Ben Tahn biasanya mereka menerima RM dan USD. Kalau convinience store mereka hanya nak VND.
Kalau dikawasan lain saya tak pasti.
Ok noted encik..
Nampaknya kena tukar Vnd juga sikit..
Terima kasih :)
Sama-sama.
Memang better ada juga tu VND sebab tak semua peniaga nak RM.
Thanks for all info. Untuk naik pengangkutan awam, boleh bayar dlm RM tak?
Setakat saya kat sana, diorang nak VND untuk teksi dan bas
Terima kasih atas perkongsian
Sama-sama ????
Berapa harga tour ke chu ci tunnel dan mekong delta?
Harga terbaru boleh rujuk pada pautan ini: https://www.thesinhtourist.vn/
terbaik.. terima kasih atas perkongsian
Sama-sama puan ????
salam dri airport naik bas memg last bnti kt bandar ek
Ya. Stesen bas disebelah Ben Tahn market
ok thnks bos
Sama-sama
Assalamualaikum..saya dan keluarga planning ke sana akhir nov ini….dari airport ke hotel ( hotel paling dekat dekat kawasan tunpuan pelancong ) berapa jauh..? Seperti kawasan tumpuan ben tahn market,mekong,war museum dll..
Wassalam.
Tidak jauh tuan. Saya mengambil masa lebih kurang 20 min menaiki bus shuttle dari airport.
Jika tuan menaiki teksi vinasun, rasanya masa yang diambil adalah lebih singkat.
Assalamualaikum, kalau mahu ikut tu sinh tourist ke sungai mekong & terowong chuchi tu , rm brp drg ambik cas untuk seorang?
Wassalam,
Harga terbaru puan boleh rujuk pada pautan ini: https://www.thesinhtourist.vn/
Assalam…kalau ke vietnam perlu tukar dong byk ke atau tukar dong rm300 selebihnya bwk rm?
Saya suggest tukar terus banyak2 kepada Dong atau USD.
Sebab duit RM kebanyakkan hanya diterima peniaga-peniaga dikawasan Ben Tanh sahaja.
Salm..blh call x..
Maaf tuan, saya lebih selesa berkomunikasi melalui emel atau ruangan komen ini sahaja
Selamat pagi. Kalau kami pergi berdua, sorang berapa dah cukup? Nak tanya ja. Nak pastikan berapa duit dah cukup untuk jalan2 di Ho Chi Minh.
Kalau nak selamat dan selesa, paling minimum rm1k la. (since duit Malaysia tengah jatuh).
Lebih banyak lebih baik.
Mekong tu ada tak aktiviti camni :
Naik bot besar pusing pulau
Naik kuda
Naik sampan
Tengok tempat buat gula-gula kelapa
Shopping madu
Ada. Itulah tempat yang bawa oleh Sinh Tourist semasa melawat Mekong Delta
Assalamualaikum,
Saya nak tanya.. pergi Mekong n ChuChu under Sinh Tourist agen tu dia bawak semua tempat la ya..?
Maksud saya cam Mekong tu.. Dia bawak sampai ke “kilang” ke.? atau sekadar pusing-pusing tempat tu jer..? heheheee
dan memang kena min 6 pax ya baru dapat harga tu …
Tq atas makluman.
Ya, saya pergi dulu dia bawak semua tempat.
Bawak sampai ke kilang.
Tentang harga tu, saya hanya dua orang je, xperlu sampai 6pax. Tapi saya pergi tu pada tahun 2016 la.
alright sebab tengok harga cam ok jer..
cuma dia mention situ 6 pax n ada 2 pakej berbeza..
nak kena tengok betul-betul laa…
btw makanan yang disediakan halal kan.?
Makanan tu saya rasa tak halal (dan saya tak makan pun) sebab saya tengok tukang masak non-muslim yang sediakan.
Saya cuma pesan air minuman je. Tak berani ambik risiko.
‘bawa sampai ke kilang’ tu maksudnya kilang apa?
Amy:
Maksud saya kilang pemprosesan madu, makanan, kain, etc (local based product).
Tapi saya tak pasti la kalau soalan puan nurul maksudkan tu adalah kilang lain.
Agak2 berapa kos yang di guna sepanjang di sana??
Tak sampai RM1k pun termasuk flight
Tuan naim, kos ground tour ke Mekong river Dan Chu chi tunnel brapa yer agak2nya
Saya gunakan perkhidmatan Sinh Cafe untuk ground tour. Harga terbaru untuk tahun ini tuan boleh rujuk pada pautan ini: https://www.thesinhtourist.vn/tourlist/t
Salam tuan, apa dimaksudkan dgn ground tour? Doakan saya, solo traveller
Wassalam,
Ground tour tu kita ambil package lawatan yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan tempatan untuk melawat tempat-tempat disana sahaja.
Tiket flight dan hotel kita uruskan sendiri
hai. boleh tahu tak? utk dapatkan wi-fi kat sana macam mana ye? maksudnya lebih mudah dan murah saya sewa poratble wifi dari sini atau beli simkad dekat sana je?
Beli simkad dari sana pun OK sebab bagi saya harganya murah. Lebih kurang harga disini sahaja, dan line coverage di sana pun bagus.
Hati2 semasa di sana kalau boleh pasti muka depan pasport kita snapshoot..saya salah sorang mangsa ragut pada 24hb April 2018…di nasihatkan agar menaiki teksi terus ke hotel…sekiranya anda mangsa ragut pastikan apabila berada di imgration jgn tertipu dgn agen yg menawarkan khidmat utk mendapatkan visa keluar..mereka mengenakan caj USD 100 kononnya dpt di selesaikan dlm ms 1 jam.
Yang penting pastikan duit dan passport di letakkan di beg berlainan.Di percayai ada seorg berbangsa vietnam yg boleh berbahasa melayu yg akan membantu kita hingga ke balai polis..tapi sebenarnya dia merupakan ketua utk kes samun ini..hingga ke hari ini sy agak trauma….
Subhanallah. Harap tuan banyakkan bersabar.
Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman tuan dengan kami.
salam..boleh saya tau harga untuk bonceng prebet motosikal?kira per tempat atau per day?
Bergantung kepada destinasi yang kita nak pergi cik. Harga per destinasi.
salam. saya nak tanya pakej yang disediakan oleh thesinhtourist ke mekong delta tu including lunch sekali kan? halal ke? lagi 1 soalan..macam nak pergi post office, war museum, indepandance palace semua tu dekat dengan district 1? boleh jalan kaki atau public transort?
Wassalam. Ya sekali dengan lunch tapi kami tak makan, cuma minum air sahaja.
Untuk soalan ke-2, kami jalan kaki je ke semua tempat tu. Bagi saya, ia masih dalam walking distance.
Tapi usah khuatir, teksi vinasun agak mudah didapati andai kata penat berjalan. ✌
berapa total kos utk 5 hari di sana? termasuk tiket flight
Tak sampai RM1K. Sekitar Rm800 lebih kurang (tak masuk shopping)
Hello untuk pergi ke ho cin ming vietnam kalo jalan sorang sorang ok ker and tempat apa jak kat sana famous ya thanks for replynye
Tidak digalakkan untuk pergi seorang diri kerana banyak kejadian rompak disana melibatkan pelancong yang berseorangan.
Banyak juga tempat famous di sana seperti Chu Chi Tunnel. Awak boleh merujuk kepada butiran dalam post saya di atas
Oh, ok thanks ya infonye sebab baru beberapa minggu lepas saye lepak kat thailand sorang sorang jak and banyak orng ckp jngan lepak sorang sorang juak ya ckp sma macam u juak kat vietnam nee pelancong tak di sarankan lepak sorang sorang
And saya lepak kat thailand ikut saran juak kat blog seseorang so saya berjaya buleh lapak kat thailand kerena tengok saran dri blog seseorang yg dah bepengalaman di sana
Oh ya, sya nak minta bantuan pasal uang sana u tulis kat atas tu 800rm dah cukup sampai 5 hari itupon dah termasok hotel kan ???
Trus saya nak tau dari uang kecil hingga paling besar boleh di tuliskan kah sebab saya bengong uang vietnam panjang betol 00000000 kosongnyeee uang vietnam hahaha saya tak faham ????????
Sebagai contoh:
1000 dong =rm (“””””)kalau tukar rm berapa ?? Minta hingga yg terbesar ya uangnye berapa
Sorry nee banyak tanyeee hehehe
Kalau artikel u buat tu sangat membantu untuk saya bila saya nak lepak kat sana nanti
Trimakasih atas replynyeeee ????????????????
Setakat saya pergi hari tu cukup untuk 5 hari, tapi saya tidak shopping la, hanya sekadar untuk makan dan kos pengangkutan.
Saya tidak pasti berapa tukaran VND kepada RM pada tahun 2018 ini, tetapi rasanya ia tidak jauh berbeza dengan tahun 2015 semasa saya pergi.
Selain itu, matawang USD juga diterima disana.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُُ tuan…
Byk nk tanya ni…
1. Brapekah keseluruhan kos ke HCM ?
2. Di manakan tempat Penginapan sepanjang berada disana?
3. Bgmn ngan urusan lawatan… sendiri atau agen?
Tђąηk ўσυ tuan
Wassalam,
1) Tidak sampai rm1k termasuk tiket flight return.
2) Koniko Bagpack Hostel
3) Sesetengah tempat kami explore sendiri. Sesetengah destinasi seperti Mekong Delta dan Chu Chi Tunnel kami gunakan perkhidmatan agen untuk ground tour.
Sebenarnya semua persoalan puan sudah ada jawapannya dalam artikel saya diatas.
Kalau sewa moto, adakah perlu lesen di sana? bayaran macammana pula ye?
Saya tidak pasti tentang lesen kerana saya naik moto sebagai pembonceng sahaja, bukan penunggang. Tapi rasanya disini polis tidak kisah tentang lesen sebab helmet pun jarang yang pakai.
Bayarannya bergantung kepada tuan moto (boleh nego) tapi agak murah sekitar 20K VND
Salam, hotel seeloknya booking on9 or walk in boleh? saye pergi seorang je, bahaya ke?
Saya nasihatkan book hotel awal-awal melalui online agar lebih mudah untuk plan perjalanan.
Ya, agar bahaya sebab selalunya yang sorang-sorang akan menjadi sasaran. Semasa trip saya, saya berjumpa dengan indian malaysia yang dirompak di kawasan Ben Tanh.
Sebaiknya jika pergi seorang, elakkan melalui jalan sunyi, lewat malam dan mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.
Assalam. Inche Naim… betul ker ada peniaga yg agak berkasar kalau kita tak jadi beli barang dgn dia.. . InsyAllah 16hb Mac nak ke sana.. panduan dr Inche Naim sangat membantu..sb saya tak gunakan travel agency.
Semasa trip saya, saya tidak menemui peniaga sebegitu. Kebanyakan mesra. Malah ada yang boleh berbahasa melayu.
Alhamdulillah, sama-sama puan.
Semoga selamat pergi dan pulang.
Salam Inche Naim…..perlukan kita buat pertukaran wang. Dengar khabar penjual di sana menerima RM? Tq
Wassalam. Hanya peniaga di sekitar Ben Tanh market yang menerima RM. Di kawasan lain, mereka mahukan VND atau USD
Assalam bang.. nak tanya.. yang Sinh Tourist agen tu terus abang walk in atau online booking?
Wassalam. Saya walk in jer haritu.
Bajet dalam 1 k utk shopping kain baju cukup x?
Kalau nak beli banyak, memang tak cukup.. hehe. Tapi harga textile kat sana memang murah
Bajet dalam 1 k cukup x?
Cukup kalau tak shopping sangat dan beli merchandise sahaja.
Bajet rm1k termasuk shopping ke??
Kos untuk semua kecuali shopping.
Kos flight, tempat tinggal, ground tour, transport, tiket masuk, makan etc..
As Salam Bro
Brapa harga sim kad utk phone dan internet kat sana?
Apa nama provider yg sesuai?
Wassalam tuan azman,
Masa saya pergi tu, harga untuk simkad adalah 100K VND. Saya gunakan provider Vinaphone.
Dari segi provider mana yang paling bagus tu saya tak tahu sebab saya pakai ini sahaja.
Tapi saya tak pernah ada masalah gunakan provider ini, line sentiasa clear dan 4G ada dimana-mana.
As Salam Bro
Beli sim kad utk talipon dan internet
Berapa harga?
Dalam 100K Dong tuan.
Harga berbeza-beza mengikut provider, data dan sms credit.
Assalammualaikum, bro travel sorg ke kt sana?
Wassalam, berdua tuan. Dengan kawan sorang lagi..
Info dan tips yang sangat2 berguna
Alhamdulillah.. glad to hear it.
Tq for sharing your experiences in vietnam.sgt best penulisannya.detail and siap Ade tips lagi.nice2.boleh saya tahu berapa rough totsl budget bercuti Di Vietnam?tmasuk flight Dan hotel.tq
Modal saya untuk flight (airasia) dan hostel adalah rm600++.
Secara kasarnya, budjet dalam RM1k termasuk makan, ground tour dan kenderaan.
Terima kasih sudi singgah. Ada apa2 lagi yang puan/cik nak tahu?
terima kasih ats pengkongsian ini, akhir bulan ni saya akan ke vietnam, saya akan cuba buat ape yang sahabat kongsi kan, terima kasih
Sama-sama. Semoga membantu!
Terima kasih byk pengalaman sy dapat di sini sy akan ke Vietnam pertengahah tahun ni
Sama-sama. Semoga selamat pergi dan pulang.