Membaca buku memang seronok dan bagus, tetapi kadangkala membuatkan saya frust.
Fed-up apabila maklumat atau informasi yang saya baca itu hanya ‘terapung-terapung’ dalam kepala dan tak melekat dalam ingatan.
Lepas tutup buku, ‘aku baca pasai apa tadi eh?’
*Kelam..
Masalah Sukar Untuk Mengingat Apa Yang Dibaca..
Saya suka membaca buku ilmiah dari pelbagai tajuk yang saya rasa macam menarik..
.. tetapi saya dapati agak sukar untuk untuk mengingat kembali apa yang telah saya baca.
Saya mahu mengingat dan menyimpan maklumat yang telah saya baca, tanpa perlu saya membaca buku tersebut berulang kali.
Apa kaedah yang boleh saya gunakan untuk memastikan saya ingat kesemua maklumat daripada buku tersebut setelah membacanya?
Sebenarnya membaca sahaja tidak cukup…
… bagaimana cara kita membaca juga penting dalam memberi kesan.
Membaca adalah salah satu proses.
Kita perlu mengingati dan menyerap apa yang kita baca itu.
Saya percaya kita semua telah diajar untuk membaca dengan baik dan lancar sejak sekolah rendah lagi, malah sejak tadika dan pra-sekolah lagi kan?
Tapi adakah anda betul-betul tahu bagaimanakah yang dikatakan ‘benar-benar membaca?’
Secara Asasnya, Ingatan (Memori) Dibina Atas Tiga Komponen:
- Impression
- Assosiation
- Repetition
Mengaplikasikan salah satu daripada komponen diatas sebenarnya pun sudah boleh membantu kita untuk mengingat.
Walau bagaimana pun, dengan menggandingkan ketiga-tiga komponen tersebut bersama-sama adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengingat.
Saya akan jelaskan setiap komponen itu:
Impression (Terpesona)
Apabila kita telah sangat terpesona atau tertarik (impressed) dengan sesuatu (idea, gambar, bunyian, wajah, ayat atau sesuatu situasi), kemungkinan untuk kita mengingat perkara itu adalah lebih tinggi.
Sebagai contoh;
jika ada anak kecil kita tertinggal atau sesat seorang diri didalam shopping mall buat sementara waktu, kita mungkin akan mengingati keseluruhan situasi itu dengan sangat tepat dan jelas.
Kerana apa?
Sebab kita kaget dengan situasi tersebut.
Begitu juga dengan buku kita.
Jika kita berasa terpesona dengan sesuatu watak/tokoh/idea, maka peluang untuk kita mengingatinya menjadi lebih tinggi.
Apa yang bestnya disini adalah anda juga boleh meningkatkan kadar kekuatan pesona diri kita ketika membaca.
Misalnya, anda boleh berhenti membaca sejenak dan cuba gambarkan situasi itu didalam fikiran, memperbesarkan ciri dalam situasi itu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kepesonaan kita terhadapnya.
Kita juga malah boleh menambahkan diri kita sendiri dalam gambaran mental tersebut.
Contohnya, kita sedang membaca topik mengenai bagaimana untuk mendisiplinkan anak.
Maka kita boleh membayangkan bagaimana kita sedang menggunapakai teknik yang telah kita baca itu terhadap anak kita.
Ini akan membantu meningkatkan tahap pesona kita semakin kuat.
Juga, kita boleh menambahkan impression kita terhadap bahan bacaan itu dengan membaca kuat-kuat.
Ini kerana sesetengah orang lebih peka terhadap bunyi (suara) daripada melihat secara visual (text).
Association (Mengaitkan)
Jika kita boleh menghubungkait sesuatu bahan yang kita baca dengan perkara yang telah kita tahu..
.. kebarangkalian untuk mengingatinya akan menjadi lebih tinggi.
Sebagai contoh, jika Najib Tun Razak (jika anda sedang membaca biodata tentang beliau) dilahirkan pada hari yang sama dengan anda..
.. anda akan mendapati ianya sangat mudah untuk diingati kerana anda telah menghubungkait data yang telah anda baca dengan sesuatu yang telah anda tahu.
Dan malah anda tidak akan mudah lupa.
Ia seperti mengikat sesuatu yang baru (data yang kita baca – tarikh lahir Najib) kepada pokok (data yang telah kita tahu – tarikh lahir kita).Justeru itu, lebih banyak yang kita tahu mengenai sesuatu topik, maka lebih mudah untuk mengingat.
Malah jika kita seorang jenis berpengetahuan luas dalam sesuatu topik, maka adalah menjadi sangat-sangat mudah untuk membuat hubungkait yang kuat
– sebab kita mempunyai banyak tali dan banyak pokok.
Oleh itu, jika kita ada banyak pengetahuan asas dalam sesuatu topik, InsyaAllah kita akan mengingat dengan lebih banyak.
Repetition (Pengulangan)
Jika anda membaca buku sama sebanyak 10 kali, InsyaaAllah akan boleh mengingat apa yang terkandung dalam buku itu secara keseluruhan.
Sama seperti benda lain, resepi, laluan antara dua lokasi, lirik lagu, nombor telefon dan sebagainya.
Lebih banyak kita ulanginya maka lebih kita akan mengingatinya.Apabila membaca buku, jika anda tidak mahu membacanya berulang kali, anda boleh highlight/tekankan kepada beberapa bahagian penting yang kita ingin ingat sahaja..
… dan hanya baca bahagian tersebut sahaja berulang kali.
Anda akan mengingat segment tersebut dengan lebih baik.
Dan anda akan mendapati bahawa ia akan membantu anda untuk mengingat keseluruhan buku.
Ringkasan
Personakan [impression] diri kita dengan gambaran mental yang unik, buat hubungkait [association] dengan apa yang telah kita tahu (dan pastikan kita belajar yang asas untuk memulakannya)..
… dan ulangi [repetition] latihan ini beberapa kali.
Berusahalah untuk bagus dalam mengingat dan anda akan menjadi seorang yang hebat dalam mengingat apa sahaja yang kita mahu.
Tidak perlu membaca laju-laju, tetapi yang penting adalah kualiti membaca tersebut.
Teknik Menulis Ringkasan Apa Yang Kita Baca — Teknik Robert Cialdini
Nothing so much assists learning as writing down what we wish to remember”
— Cicero
Berbanding teknik diatas, ini adalah teknik kegemaran saya apabila membaca.
Tips ini daripada Robert Cialdini, penulis buku Influence: The Psychology of Persuasion, untuk menjadikan apa yang kita baca menjadi lebih berkesan dan tersimpan lama dalam minda kita.
Cialdini mendedahkan teknik yang digunakannya:
Semasa kita membaca dan berjaya menghabiskan satu bab, ambil satu kertas dan tuliskan ringkasan daripada apa yang telah kita baca itu.
Ringkasan itu kita tuliskan dalam bentuk bullet point apa yang telah kita ingat itu.
Jika tidak pasti atau terlupa, rujuk kembali dalam bab yang telah kita baca tadi.
Kemudian simpan nota itu supaya kita boleh buat rujukan dimasa akan datang.
CialdiniInilah cara yang digunakan oleh Cialdini untuk menjadikan pembacaannya lebih mendalam dan mengingat banyak fakta kerana dia mempunyai ringkasan yang boleh dirujuk sentiasa.
Sebenarnya otak manusia akan mengingati sesuatu maklumat 5 kali lebih baik apabila menuliskan kembali apa yang kita telah baca itu..
… berbanding kita membaca maklumat tersebut berulang kali.
Kajian menunjukkan bahawa:
Orang yang menggunakan strategi B [baca sepuluh helai muka surat sekali, tutup buku dan menulis satu muka ringkasan] mengingati 50 peratus lebih banyak fakta dengan jangka masa lama..
… berbanding orang yang menggunakan strategi A [baca sepuluh helai muka surat sebanyak empat kali dan cuba mengingatinya]
Penutup
Tiada guna kalau kita rajinkan diri membaca buku tetapi tidak mampu untuk ingat apa yang kita baca.
Ia seperti membuang masa.
Oleh itu, mari kita elakkan perkara tersebut.
Baca dengan smart, jimatkan masa berharga, peroleh lebih banyak ilmu.
P/s: Jika anda suka artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan, iaitu Mortimer Adler: How to read a book
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Sama-sama. Terima kasih sudi meninggalkan jejak
Saya akan cuba,saya berumur 15tahun,tapi saya susah nak mengingati apa buku yang kita baca contoh sejarah,saya minat sangat tetapi susah untuk menghafal.Sekian
Boleh cuba aplikasikan apa yang saya kongsikan..
tapi macam mana nak ingat kalau baca sekali then tulis ringkasan ????saya x ingt and nk tulis ringkasan apa
Bacalah lagi sekali sehingga awak boleh buat ringkasan.
SANGAT BERSYUKUR DAN TERIMAKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. SAYA BOLEH APLIKASIKAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
Terima kasih saudaraku. Saya dari Indonesia.
Sama-sama.
Semoga bermanfaat.