Mungkin:
Kali pertama sejurus anda melihat atau terbaca permulaan tajuk artikel ini, akan tercetus dalam fikiran anda;
Aku baca jap lagi ah artikel ni..”
Tapi jangan!
Jika ada tugasan lain, biarkan dulu. Baca artikel ini sekarang.
— Sila jangan bertangguh.
Saya akan hanya mengambil 2 minit masa anda.
Dan anda InsyaaAllah pasti akan dapat menjimatkan beratus-ratus jam masa dalam kehidupan.
Artikel ini adalah untuk mereka yang sentiasa mengalami mental block, mempunyai jadual waktu yang padat, dan mereka yang ingin mengelakkan dari struggle menyiapkan assignment sebelum tarikh akhir.
Untuk orang selalu mempunyai kerja yang perlu sentiasa dibereskan secepat mungkin macam saya la senang cerita. Huhu
Cuba buat perkara ini sekarang:
Kenalpasti perkara yang paling penting yang perlu dibuat pada hari ini.
Cuba untuk buat sebahagian kecil yang pertama dari tugasan itu – sekurang-kurangnya seminit atau 30 saat.
Apa yang paling penting, adalah kita sudah pun bermula untuk membuat tugasan itu.
Hapuskan segala gangguan. Turn off semua benda seperti internet dan telefon. Tutup semua program.
Yang patut wujud ketika itu adalah diri kita dan tugasan tersebut.
Duduk tetap disuatu tempat, dan hanya fokus untuk memulakan tugas.
Walaupun ketika itu mood kita bukan untuk menyiapkan keseluruhan tugasan, tapi atleast sekadar untuk bermula.
Kita bertangguh apabila digoda…
Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada minda kita, apabila kita terasa terdesak untuk melakukan perkara lain.
Pasti kita akan rasa ada satu pujukan atau godaan, suatu desakan kepada kita untuk membuka Facebook, check emel, dan website kegemaran kita, semasa kita sedang dalam proses menyiapkan tugasan.
— Kita akan secara tidak sengaja membuat panggilan telefon, menghantar mesej dan buat benda lain.
Saya memanggil godaan-godaan ini sebagai DAJAL.
Sila kenal pasti dan waspada terhadap ‘dajal-dajal’ ini.
Jangan berganjak dari tugasan dan tempat duduk itu.
Kenalpasti ‘dajal-dajal’ itu, tetapkan diri ditempat duduk, stay in focus, tarik nafas dan biarkan ‘dajal’ itu berlalu.
Godaan daripada dajal ini memang kuat, ia akan datang menerjah seolah-olah secara badai yang memuncak dan membesar, kemudian ia akan berlalu pergi.
Pergerakannya adalah seperti ombak.
Biarkan dajal ini berlalu satu persatu.
Juga sila waspada, kadangkala minda kita juga mempengaruhi kita supaya tidak meneruskan tugasan itu.
Biarkan juga ini berlalu dari kita.
Yang penting kita rileks dan tetap fokus.
Sekarang kita hanya perlu ambil langkah kecil untuk bermula. Sekecil yang boleh.
Bila sudah bermula, perkara selebihnya akan berlaku dengan sendiri dan menuruti langkah kita sehingga tugasan itu siap.
Cuma kita perlu bermula sahaja!
Penutup:
Bukan susah untuk membuang sikap suka bertangguh dan menangguhkan kerja ini.
Apa yang penting kita perlu sentiasa berwaspada dengan godaan dajal yang mendatang dan biarkan mereka berlalu.
- Kenalpasti tugasan/perkara terpenting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.
- Lakukan sebagian kecil tugasan walaupun malas. Yang penting kita ‘bermula’
- Hapuskan segala gangguan
- Bila dilanda gelombang godaan dajal, rehat sebentar, tarik nafas dan biarkan semua godaan itu berlalu.
- Stay in focus untuk menyelesaikan tugas kita.
Tinggalkan Komen Anda..
[…] Jemput baca: Cara Mengatasi Sikap Suka Bertangguh […]
Wahh alhamdulillah terima kasihhhh. Doakn sye dpt atasi sikap bertangguh ni ye
Semoga dipermudahkan urusan ????
Sangat membantu..terima kasih.
Sama-sama
Couldn’t agree more with this article…esp the ‘dajals’ one….
err..hehe. mana awak jumpa blog saya ni? >< haha
Ya, berhati-hatilah dengan dajal-dajal yang bakal membunuh produktiviti kita tersebut. :)
Rse awk pernah add sye kt fb lme da *xingat bila* n i just coincidently follow you on your ig, then perasan ad address blog ni
ooh i see.. So, welcome to my blog Cik Husna. =)