Pada sekitar tahun 2006, antara item yang paling hot pada zaman tersebut adalah Walkman jenama Sony yang berbentuk thumb drive.
Dan ia pastilah menjadi salah satu item yang sangat diingini oleh semua remaja yang sedang melangkah ke alam akil baligh dan acah-acah mendengar lagu orang putih (termasuklah aku)
Ditambah pula oleh majalah popular pada zaman itu seperti Utopia, Hype! dan Gempak gigih meracun minda para remaja dengan benda-benda sebegini.
Namun, harganya bukanlah untuk mainan anak-anak marhaen. RM399 untuk walkman berkapasiti 516mb kalau tidak silap.
Lagi pun duit saku pergi sekolah pun hanya cukup-cukup sahaja, mustahil untuk menyimpan untuk perkara-perkara syirik sebegini. Hahaha!
Oleh kerana saya sedar bahawa pada waktu itu spender pun masih disponsor ibu, maka saya tangguhkan dulu hasrat yang murni ini dengan harapan dapat memilikinya pada suatu hari nanti.
Alhamdulillah selepas 11 tahun (2006 ~ 2017), akhirnya saya ‘berjodoh’ juga memilikinya.
Kisahnya, pada suatu hari saya menjumpai walkman ini secara tidak sengaja semasa mencari blender untuk ibu di kedai elektrik.
Sekali terpandang, ia terus mencetuskan kembali memori dan keinginan lama yang terpendam sejak zaman remaja.
Dan apa yang bagus, ia berharga hanya RM179 sahaja untuk kapisiti 4gb 1 . Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli walkman sony ini sambil tersipu-sipu macam monyet.
Malah saya menapau 2 ketul terus (bini nak jugak satu.. huhu)
Tapi maaf, saya beli untuk simpan sahaja.. sebab sekarang saya bukanlah jenis mendengar lagu.
Memori zaman remaja memang manis :-)
Tinggalkan Komen Anda..
Tak pernah ade walkman. Tapi rajin baca Utopia dulu. Pernah menang hadiah henpone Nokia join pertandingan buat logo utopia haha
Hebat tuan! Salute!
Masih adakah henfon tersebut? Kenangan terindah tu..
Mesti memorinya agak signifikan. Kalau tak, berat juga nak beli. Mungkin masa awak pegang je walkman ni kat kedai, terus ada chemistry.
Sekadar perkongsian, saya pun peminat walkman. Apa yang saya buat, saya buat folder ikut ‘mood’ dan keperluan. Ada folder 60’s, 90’s, lagu favorite, lagu untuk jogging, instrumental sahaja, bunyi nature seperti hujan & air terjun, etc. Tapi kalau tak ada mood untuk mendengar lagu, ada juga folder podcast, Ted lecture dan islamic lecture.
ps. Saya suka penulisan2 awak. Informative, bersistem dan menarik. Semoga berterusan.
Wassalam tuan, alamak penulisan ini saya tiada draft dan main tulis ikut apa yang terkeluar sahaja. Tidak seperti artikel2 berat yang lain mmg saya plan dan polish dahulu sebelum publish.
Tapi saya agak tertarik dengan penggunaan walkman tuan sebagai podcast untuk mendengar lecture.
Mungkin saya perlu mengikut jejak langkah tuan untuk utilize walkman tersebut. Terima kasih sangat kerana berkongsi pengalaman menarik tuan.