Bagaimana untuk solat dengan khusyuk?
Antara masalah utama dalam solat adalah:
- Sering lalai dan terlupa rakaat
- Tidak khusyuk dan memikirkan hal lain
- Tergesa-gesa dalam solat
Mendidik diri untuk sentiasa khusyuk semasa solat merupakan satu proses yang panjang dan berterusan.
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan tahap khusyuk di dalam solat.
Di sini terdapat beberapa cara yang efektif dan jika diamalkan secara rutin, ia akan dirasakan semakin mudah dari masa ke semasa.
1. Sediakan diri sebelum solat
Bagaimana menyediakan diri sebelum solat?
Antaranya adalah dengan mengambil wuduk dengan rapi dan sempurna, membersihkan bilik atau kawasan solat dan memakai pakaian yang baik dan cantik seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Tanamkan dalam fikiran bahawa kita sedang bersedia untuk menghadap Allah, seolah-olah ini adalah solat yang terakhir.
Kadangkala, ramai diantara kita gagal untuk memahami bahawa solat adalah satu pertemuan yang sangat penting dengan Allah.
2. Menyediakan diri untuk solat juga akan membuatkan kita memotivasikan diri sendiri
Ia juga memberi diri kita ruang tempoh untuk bertenang.
Ambil masa sebanyak mungkin sebelum solat untuk membaca Al-Quran dan melakukan muhasabah diri. Duduklah diatas tikar sejadah dan cuba fahami makna isi kandungan surah yang dibaca.
Jika masih tidak mampu, cukuplah sekadar semudah membuat muhasabah diri sahaja
3. Menghidupkan amalan-amalan sunat
Solat akan menjadi sesuatu yang penting kepada kita bila kita mula melibatkan kehidupan kita secara Islam serta beramal dengannya.
Ia mungkin dirasakan sedikit sukar kerana kebanyakkan daripada kita semua tidak selalu berada di rumah, malah terpaksa menghabiskan masa di tempat kerja atau sekolah.
Tetapi terdapat beberapa amalan ringkas yang boleh kita semua amalkan.
Antaranya adalah:
- Membaca beberapa helaian muka surat dari surah dalam Al-Quran pada waktu pagi dan petang
- Mengucapkan zikir apabila kita bangun dan sebelum tidur
- Mendengar bacaan Al-Quran semasa memandu atau perjalanan ke sesuatu tempat.
Semua ini akan membantu membawa perasaan ‘Islam’ ke dalam diri kita.
4. Mengubah amalan solat yang biasa dilakukan.
Apa yang saya maksudkan adalah melanjutkan tempoh beribadah daripada hanya solat 4 rakaat tanpa sebarang wirid, zikir, doa dan solat sunat.
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
– Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah
Solat 12 rakaat itu adalah dua rakaat qobliyah (sebelum) Subuh, empat sebelum Zuhur dan dua setelahnya, dua setelah Maghrib, dan dua setelah ‘Isya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam al-Tirmidzi.
Ini adalah cara yang efektif kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk solat secara tergesa-gesa.
Ia akan membuatkan kita lebih berdisiplin dan meningkatkan tahap tumpuan kita semasa solat.
5. Berusaha Menghafal Surah Baru
Sentiasalah belajar untuk mengingat surah baru beserta terjemahannya dengan sepenuh hati.
Ia boleh dimulakan dengan surah-surah yang kita suka, atau surah yang membuatkan hati kita tersentuh. Kita juga boleh menghafal 20 halaman terakhir Al-Quran.
Jika anda mampu menghafal 30 juz Al-Quran, alhamdulillah itu adalah satu kebaikan yang sangat tinggi untuk diri anda.
Kuatkan ingatan kita dengan sentiasa membacanya dalam solat kita secara berterusan.
Secara peribadi, saya merasakan surah yang sedikit panjang akan sangat membantu kerana ia membuatkan kita tiada pilihan agar tidak tergesa-gesa dalam solat.
6. Muzik dan Lagu Membuat Hati Tidak Khusyuk
Satu perkara kecil yang mahu saya ketengahkan adalah muzik dan lagu.
Muzik sangat mengganggu saya ketika dalam solat.
Kadangkala kita terdengar muzik secara tidak sengaja dan kemudian ia akan bermain-main dalam fikiran semasa sedang solat.
Ini adalah beberapa kaedah yang saya dapat kongsikan.
Ia mungkin tidak sempurna tetapi ia memberi kesan terhadap diri saya dan mungkin juga kepada para pembaca.
Jika anda ada sebarang tips tambahan, mohon tambahkan pada ruangan komen di bawah.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Tinggalkan Komen Anda..
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
– Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah
Teringat saya akan buku sains solat terbitan UM..
Penulis buku tersebut menganjurkan solat sunat sebanyak 12 rakaat setiap malam utk kesihatan yang optimum!
SubhanaAllah besarnya fadhilat solat tersebut.
Terima kasih kerana sudi berkongsi tuan :-)
Salam solat sunat empat sebelum zuhur atau sebelum asar
Mengenai topik solat sunat, tuan boleh merujuk blog post ini sebagai panduan: https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib/
Yang penting juga kita kena fahami dan fokus semasa kita solat samalah kita fokus semasa drive, belajar dan tonton wayang. Malah dalam solat ni kita kena betul-betul fokus.
Benar. Dengan memahami apa yang kita buat dan baca, ia akan membantu kita untuk lebih fokus. Inilah yang akan membuatkan kita khusyuk.