Ramai di antara kita cenderung untuk “meluahkan” apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan.
Tetapi sebenarnya, dalam kebanyakan masa — ia selalunya tidak perlu.
Kata-kata yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perkara baik..
.. malah, ia juga sangat berkuasa menjadi alat untuk menyakiti, menimbulkan kemarahan, dan akhirnya membuat diri kita sendiri rugi.
Kadang-kadang perkara terbaik adalah diam.
Bahasa atau kata-kata adalah satu kaedah yang sangat berguna untuk manusia berkomunikasi dengan satu sama lain.
Tetapi, ia sering disalahguna sebagai alat untuk menimbulkan fitnah dan salah faham.
Jika kita boleh belajar bagaimana untuk diam dan hanya mengatakan apa yang benar dan perlu sahaja, insyaaAllah kita akan sentiasa dekat dengan kebaikan.
Apa Yang Kita Boleh Dapat Dari Diam?
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam.”
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Sekiranya anda belum jelas, diam itu adalah suatu simbol kecerdikan.
Ini bukan bermaksud kita tidak perlu mempertahankan apa yang kita percaya adalah benar..
.. tetapi hidup kita akan menjadi lebih baik dalam jangka masa panjang jika kita hanya bercakap mengenai perkara yang benar-benar penting sahaja.
Tidak banyak pun faedah untuk meluahkan setiap apa yang kita rasa, terutama ke dalam media sosial seperti Facebook.
Sabar dan diamkan diri adalah lebih baik daripada meluahkan setiap perasaan kita.
Juga, lebih baik untuk berdiam diri apabila kita sedang marah.
Percayalah, kata-kata yang telah kita hamburkan (semasa marah), 90% daripadanya kita mungkin akan menyesal kemudian hari.
Setiap perkataan yang kita catatkan boleh membawa kerosakan atau memakan diri kita sendiri.
Sebelum kita membuka mulut, tanya diri kita terlebih dahulu, “Adakah ini perlu dinyatakan?“
Sekiranya tidak perlu, lebih baik berdiam diri dan fokus pada diri sendiri.
Don’t Speak Unless It’s Something Worth Saying
Tinggalkan Komen Anda..
saya akui saya tak banyak bercakap hal selain kerja di pejabat…akibatnya orang menyisihkan saya. Prinsip saya cuma tak suka bercakap kosong dan menyinggung perasaan org lain dengan kata-kata. Saya berdiam kerana Islam mahukan seseorang itu berdiam dari berkata yang tak berfaedah. Maafkan sy jika sy silap
Saya mempunyai seorg teman yg outspoken.bila b,ckp kena focus ke dia saja..keluar semuanya perkataan² yg tidak sepatutnya.semoga dia mampu mengawalnya satu hari nnti… kdg2 dia benar2 menyakiti hati Saya.sabar jerlh.
Berlebih-lebihan dalam pembicaraan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan. Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap keadaan.
Benar. Terima kasih.
Aku jenis outspoken in expressing my ideas and thoughts.
Contoh cam bahagi kerja untuk assignment, buat program etc. Maybe some people assume me as bossy. Mungkin sebab tu ada orang tak suka aku.
Tapi kalau aku tak very direct, tugas tak jalan dengan sempurna pulak.
Tidak salah kalau kita menyuarakan apa yang penting.
Yang penting, cara komunikasi kena berhikmah.
Pada zaman saya belajar dulu, ada terperasan jugak memang org yang jenis outspoken ni selalu tak disukai ramai.
Nasihat saya kepada yang jenis outspoken ni, bila tugasan berkumpulan, tahan diri dulu untuk diam sekejap. Dengar dulu pendapat orang lain dalam group assignment tu.
Lepas tu, barulah bagi pendapat & tanya samada mereka setuju ataupun tidak.
Kalau yang lain tak setuju, kena terimalah dengan hati yang terbuka.
Selalunya orang tak kisah kawan outspoken, tetapi ramai yang tak dapat berkerjasama dengan orang jenis bossy.
Wallahuaklam.
K..
:-)
Well, that advice would turn Twitter into a ghost town laa… huhu.
Let’s do it.