Tidak semua orang mampu menulis dengan baik.
Malah, kadangkala penulis profesional pun juga gagal melakukannya.
Banyak orang gigih menulis artikel yang sarat dengan maklumat.. tetapi malangnya, tiada siapa yang membacanya.
Apa sebenarnya kesilapan yang berlaku disini?
Anda perlu tahu bahawa; 76% pembaca laman web adalah sangat sibuk.
— Mereka hanya menjeling dan mengimbas (scanning).
Otak mereka ligat berkira-kira menentukan sama ada meninggalkan blog anda atau tidak.
Oleh itu, apakah perkara penting agar pembaca terus kekal?
Ia adalah berkaitan dengan kejelasan.
Kejelasan bermaksud membuat kandungan artikel anda mudah difahami.1
Jika pembaca tidak faham apa yang disampaikan, maka bagaimana artikel anda boleh dianggap berguna?
Dengan erti kata lain, jika anda dapat menghasilkan kandungan yang jelas untuk difahami..
.. ia pasti akan membantu memudahkan pembaca melihat nilai yang terkandung di dalam artikel tersebut.
Dan hasilnya, mereka akan meneruskan pembacaan.
Saya rasa anda sudah nampak ideanya disini.
Oleh itu, bagaimana anda boleh menulis dengan jelas sejelas-jelasnya?
7 Kaedah Menjadikan Tulisan Anda Jelas dan Mudah Difahami
Saya akan menerangkan beberapa kaedah mudah untuk membantu anda menyampaikan idea dalam penulisan dengan jelas dan berkesan:
1. Fahamkan dahulu apa yang hendak disampaikan
Kejelasan bermula sebelum anda mula menulis.
Anda perlu berfikir terlebih dahulu apa yang anda ingin sampaikan, sebelum jari bergerak menaip ayat.
Sebelum menaip sesuatu ayat, anda harus mempertimbangkan beberapa perkara ini:
- Subjek anda: Sebagai contoh, artikel ini adalah mengenai penulisan yang jelas.
- Tujuan anda: Tujuan saya di dalam artikel ini adalah untuk menerangkan bagaimana untuk menulis dengan jelas.
- Rangka penulisan: Rangka penulisan adalah bagaimana struktur asas artikel tersebut akan terbina. Rangka penulisan saya mempunyai 7 perkara.
2. Ketahui siapa pembaca anda
Mengenali pembaca adalah satu ciri penting dalam penulisan yang baik.
Lebih baik anda mengenali pembaca, maka lebih jelas anda dapat berkomunikasi dengan mereka.
Mari saya jelaskan perkara ini.
Bayangkan pembaca anda adalah kanak-kanak berumur 7 tahun.
Untuk berkomunikasi dengan efektif, maka tulislah seperti bagaimana cara kita ingin bercakap dengan kanak-kanak 7 tahun.
Jangan risau, ia tidak akan menyinggung perasaan dan merendahkan kepintaran pembaca.
Malah, ia akan membenarkan mereka untuk memproses maklumat dengan lebih mudah.
Sudah tentu, bila kita sedang cuba menjelaskan sesuatu topik yang agak advanced, kita perlu menggunakan perkataan dan konsep yang lebih meluas.
Atas sebab ini, anda harus tahu apakah topik dan konsep yang biasa didengari oleh pembaca anda, dan bincangkan topik tersebut.
Bila menulis, letakkan perkara ini dalam minda. “Bagaimana saya boleh membantu pembaca memahami perkara ini dengan lebih baik?”
- Letakkan satu idea dalam setiap ayat
- Gunakan perkataan mudah dan ayat pendek
Teknik penulisan diatas adalah kaedah paling mudah untuk membantu pembaca memahami kandungan penulisan anda.
Pembaca mahu untuk faham.
Mereka hendak memahami yang anda hendak sampaikan.
Lebih jelas penulisan anda, lebih mudah untuk mereka faham.
Faham?
3. Jelaskan maksud sesuatu perkataan atau istilah yang sukar
Salah satu cara untuk membuatkan penulisan anda jelas adalah dengan menerangkan maksud istilah yang digunakan.
Pada permulaan artikel ini, saya ada menjelaskan tentang ‘kejelasan’
Jika saya terus menganggap anda sudah memahami definisi istilah tersebut, sudah pasti artikel ini akan mengelirukan.
Oleh sebab itu, saya harus menerangkan maksudnya terlebih dahulu.
Jika anda menulis artikel yang memfokuskan subjek atau konsep tertentu, maka pastikan anda menjelaskan terlebih dahulu maksudnya.
Dengan cara ini, pembaca akan tahu secara tepat apa yang sedang anda sampaikan.
4. Bina rangka ayat
Apakah maksud rangka ayat?
Rangka ayat adalah struktur ayat yang digunakan dalam artikel anda dalam melengkapkan sesuatu ayat.
Apabila ayat anda hanya mengandungi frasa atau ayat tunggal, selalunya ia tidak membantu pembaca untuk faham.
Menulis dalam ayat yang penuh akan memaksa anda untuk berfikir bagaimana menyusun ayat semudah yang mungkin bagi menjelaskan yang sedang diperkatakan.
Apa yang lebih penting, ayat penuh akan membantu pembaca memahami setiap point yang dibaca.
5. Tulis satu ayat untuk setiap perenggan
Salah satu perkara yang saya amalkan dalam setiap penulisan saya adalah menulis satu ayat untuk setiap perenggan.
Dibawah adalah contoh penulisan saya dari blog akuislam.com
Mengapa saya melakukan perkara ini?
Kerana ia membuatkan kandungan saya dapat diimbas dengan mudah (scannable)
Hasilnya, artikel diatas mendapat perkongsian ke Facebook 10 ribu shares dalam masa tiga hari.
Kebanyakan pembaca blog tidak membaca setiap patah perkataan.
Sebaliknya mereka hanya melangkaui kebanyakan perkataan, ayat dan perenggan.
Dengan kaedah perenggan satu ayat akan menyebabkan mata kita akan
Berhenti …
Baca …
Dan faham.
Ia adalah satu teknik yang ringkas dan meningkatkan tahap kejelasan.
6. Jadikan ayat anda pendek dan ringkas
Ayat yang pendek lebih mudah untuk difahami.
Jika anda cuba untuk menyumbat banyak perkataan dalam satu ayat, anda akan hilang kejelasan.
Gunakan ayat pendek – lebih mudah untuk dibaca, mudah difahami, mudah untuk menangkap perhatian orang yang mempunyai kadar tumpuan yang singkat..
Perkataan panjang juga akan menjejaskan tahap kejelasan
Cuba elakkan perkataan panjang dan gantikan dengan perkataan mudah dan pendek.
Walaupun anda rasa menggunakan perkataan panjang dalam penulisan adalah cool..
… tetapi untuk kebanyakan orang, ia tidak tidak beri apa-apa makna pun. Aha >.<
7. Sentiasa cuba untuk konsisten
Lebih baik untuk boleh dijangka.
Malah, ini adalah sebabnya orang kembali lagi ke blog anda – mereka sudah tahu bagaimana artikel anda akan berkomunikasi dengan mereka.
Cuba lihat contoh Mc Donald.
Setiap kita bercakap mengenai McD, pasti fikiran anda telah terbayang bagaimana ia akan kelihatan, pilihan menu, bagaimana untuk order, dan bagaimana rasa makanan mereka.
Orang ramai kembali ke McD kerana ia sudah boleh dijangka.
Penulisan artikel blog anda juga begitu.
Pembaca mahu pengalaman yang sama setiap masa.
Jadi fokus untuk menyampaikan gaya penulisan yang sama dan konsisten.
Penulisan yang jelas dan mudah difahami adalah sangat berkuasa!
Kejelasan adalah satu seni yang hilang dalam dunia penulisan hari ini.
Penulisan yang jelas adalah sangat berkuasa dan meyakinkan.
Jika anda mampu menulis dengan jelas, InsyaaAllah tulisan anda akan lebih menonjol dan akan disukai ramai.
Ia mengubah perspektif, menukar fikiran dan mendorong tindakan.
Tinggalkan Komen Anda..
Penulisan yg sempurna adalah lahir dari hati yg benar walaupun setiap ayat yg ditulis datangnya dari hak org lain..
Sebenarnya, penulisan yang sempurna adalah terhasil daripada pelbagai elemen yang disusun dengan baik.
Ibarat sebuah masakan, seorang chef akan mengadunkan pelbagai bahan-bahan dengan baik untuk menghasilkan rasa yang sempurna.
Begitu jugalah dengan penulisan.