Saya Menulis Untuk Ingat

menulis untuk ingatSemasa mewujudkan blog ini dulu, saya ada menetapkan untuk menulis setiap minggu

Agak memalukan, selepas 3 tahun, saya hanya menulis 60 post dalam blog ini.????

Semasa saya menulis post ini, saya membaca post saya yang lepas-lepas.

— Ia memberi satu perasaan yang hebat menyelusuri kehidupan yang telah lalu.

Ia mengingatkan saya apa tujuan saya mewujudkan blog ini, apa yang ingin saya kongsikan dan bagaimana saya meningkatkan tahap penulisan saya.

Saya menulis tentang pengalaman saya dan pelajaran yang saya telah peroleh. I could feel I’ve grown quite a bit since then.

Membaca semua post yang telah saya tulis membuatkan saya rasa berharap dapat berkongsi lagi sesuatu yang bermanfaat di blog ini.

Saya menulis bukan kerana saya sudah rasa bijak, sudah baik, atau sudah apa.

Saya menulis kerana saya sedang belajar.

Dan menulis, salah satunya adalah kaedah orang belajar untuk mengikat ilmu dan hikmah yang diperolehi

Dan hidup, sepenuhnya adalah tentang belajar.

Kerana saya hidup, saya menulis.

Memang ada beberapa sebab saya tak dapat memberi fokus kepada blog ini, tapi saya tidak akan menjadikan itu sebagai alasan.

Buat masa sekarang, saya hanya rasa bersemangat untuk menulis kembali.

Saya mahu menulis untuk mendokumentasikan apa yang saya telah belajar dan untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain.

Saya menulis kerana seni menulis membuatkan saya duduk dan berfikir, kerana ia membantu saya membuat refleksi dan berfikir dengan lebih baik.

Ia membuatkan semakin matang.

Juga, saya menulis kerana mungkin pada masa depan saya ingin lihat balik ke masa lampau dan melihat sejauh mana saya telah dewasa.

Paling utama, saya mahu menulis agar saya boleh ingat kembali bagaimana saya berfikir tentang sesuatu perkara di setiap titik dalam kehidupan saya.

Saya mahu menulis, supaya saya tidak akan LUPA.

Sebatang pensel yang tumpul yang digunakan untuk mencatat kadangkala lebih baik daripada ingatan yang tajam.

Dan menulis post ini mengingatkan saya mengapa saya mahu menulis kembali.

:-)

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
ema
ema
4 tahun yang lalu

terima kasih kerana terus menulis, semoga diberi kelapangan dan kesihatan untuk terus menulis..

Nur athirah
Nur athirah
5 tahun yang lalu

Terima kasih kerana memberikan penulisan yang menginspirasi dan berguna…

Nur athirah
Nur athirah
5 tahun yang lalu

Kepada yang menulis..terima kasih kerana memberi harapan dan pengharapan….